omniture

Pakar Pembuat Wiski Johnnie Walker Terima Pengiktirafan atas Perkhidmatan kepada Scotch

Johnnie Walker
2019-10-28 04:45 92

LONDON, 27 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Pakar Pengadun Johnnie Walker, Dr Jim Beveridge, dianugerahkan OBE oleh Yang Mulia Ratu pada hari ini atas sumbangan luar biasa beliau kepada industri wiski Scotch.

Dr. Jim Beveridge with his OBE award outside Windsor Castle.
Dr. Jim Beveridge with his OBE award outside Windsor Castle.

Mengiktiraf kerjaya yang luar biasa mencakupi hampir empat dekad lamanya dengan syarikat penyulingan yang terkemuka di dunia Diageo, Dr Beveridge disampaikan dengan pingat OBE oleh Yang Mulia semasa istiadat pengurniaan di Windsor Castle.

Sepanjang kerjaya beliau, Dr Beveridge mengukuhkan kedudukan beliau sebagai salah seorang tokoh yang paling disegani dalam industri, terkenal dengan kemahiran dan dedikasi beliau terhadap kualiti, selain cara beliau yang teliti dan sederhana.

Anugerah ini diterima apabila Johnnie Walker, wiski Scotch yang paling popular di dunia, bersiap sedia untuk menyambut ulang tahun ke-200 pada tahun 2020. Dr Beveridge hanyalah individu keenam dalam dua abad sejarah syarikat yang memegang kedudukan sebagai Pakar Pengadun, yang pertama merupakan pengasas John Walker itu sendiri.

Sebagai sebahagian daripada perayaan untuk menyambut tahun ke-40 beliau bersama Johnnie Walker, Dr Beveridge diminta untuk bekerjasama dengan pasukan beliau untuk wiski 40 tahun yang unik menggunakan beberapa Scotch yang paling sukar dijumpai daripada wiski berkualiti terbaik Johnnie Walker.

Berpusat di bilik mengadun Diageo di Menstrie, Clackmannanshire, Dr Beveridge memimpin pasukan dengan 12 pengadun yang bertanggungjawab terhadap kualiti dan kekonsistenan semua jenama wiski Scotch daripada syarikat ini. Beliau turut bekerjasama erat dengan kilang penyulingan, pembuat tong, tukang tembaga dan semua individu berkemahiran yang terlibat dalam menghasilkan wiski Scotch terbaik ini.

Beliau merupakan penerima beberapa anugerah industri termasuk disenaraikan dalam senarai Dewan Kemasyhuran Wiski Dunia pada tahun 2015 manakala pada tahun 2016, beliau dinamakan sebagai Pakar Pengadun Tahunan Terbaik oleh Pertandingan Wiski Antarabangsa buat tahun kedua berturut-turut, yang pertama dalam sejarah pertandingan berkenaan.

Mengulas tentang penerimaan anuegrah tersebut, Dr Beveridge mendedikasikan anugerah tersebut kepada rakan-rakan sejawat beliau dalam seluruh industri wiski Scotch. Beliau berkata: "Ia merupakan pengalaman yang indah untuk menerima anugerah ini daripada Yang Mulia Ratu dan ia merupakan satu penghormatan yang saya berbesar hati untuk menerimanya bagi pihak semua individu yang pernah bekerjasama dengan saya dalam industri wiski Scotch sejak empat dekad yang lalu.

"Scotch benar-benar merupakan satu usaha berpasukan pada setiap langkah bermula dengan bijian hinggalah kepada gelas dan saya berasa bertuah kerana dapat bekerja dalam industri yang begitu istimewa ini. Saya dedikasikan anugerah ini kepada semua wanita dan lelaki di kilang penyulingan kami, tukang tembaga, kuperaj, gudang dan dewan pembotolan di seluruh Scotland yang kesemuanya bertanggungjawab untuk menghasilkan Johnnie Walker."

Mengucapkan tahniah kepada Dr Beveridge atas penerimaan anugerah beliau, Ketua Eksekutif Diageo Ivan Menezes, berkata: "Ini merupakan hari yang cukup istimewa buat Jim dan keluarga beliau dan saya berasa gembira untuk mengucapkan tahniah kepada mereka bagi pihak semua individu di Diaego.

"Jim terkenal dalam industri Scotch atas dedikasi beliau terhadap seni pembuatan wiski dan juga untuk wiski-wiski luar biasa yang dicipta oleh beliau untuk Johnnie Walker, namun beliau juga terkenal sebagai rakan kongsi dan rakan yang istimewa kepada individu yang bekerjasama dengan beliau. Ini merupakan pengiktirafan yang wajar diterima oleh beliau untuk kerjaya luar biasa yang mencakupi empat dekad lamanya."

Pengarah Jenama Global Johnnie Walker John Williams menambah penghormatan beliau: "Setiap orang dalam keluarga Johnnie Walker berasa gembira melihat Jim menerima pengiktirafan ini atas sumbangan luar biasa yang dibuat oleh beliau kepada Johnnie Walker dan wiski Scotch."

"Jim bukan sahaja merupakan penjaga hampir dua abad warisan Johnnie Walker, beliau juga merupakan perintis yang berusaha tanpa henti, sentiasa belajar dan sentiasa mencari penerokaan rasa baharu dalam wiski Scotch."

Johnnie Walker ialah wiski Scotch dengan jualan nombor satu di dunia dengan purata tujuh botol dieksport dari Scotland pada setiap saat, menjadikannya produk eksport yang utama di negara tersebut. Jenama ini menggunakan wiski-wiski Scotch yang terbaik daripada inventori tiada tandingan Diageo melibatkan 28 kilang penyulingan malt dan lebih 10 juta tong kayu yang dimatangkan di Scotland.

Johnnie Walker menjadi keutamaan dalam program pelaburan bernilai £150 juta menerusi pelancongan wiski Scotch oleh Diageo, termasuk mewujudkan tempat tarikan pengunjung unggulan global di Edinburgh serta mengubah 12 pengalaman pengunjung di kilang penyulingan syarikat di serata Scotland.

Sila minum dengan bertanggungjawab.
Kunjungi drinkiq.com untuk mendapatkan fakta.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1017629/Dr_Jim_Beveridge_OBE.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1017630/Dr_Jim_Beveridge_OBE.jpg

Dr. Jim Beveridge with his OBE award outside Windsor Castle.
Dr. Jim Beveridge with his OBE award outside Windsor Castle.

 

 

Source: Johnnie Walker
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Beer, Wine & Spirits Beverages Retail Travel Awards New products/services