omniture

Hengtong CABLESCOM sertai Program Tabiat Sihat "POR TI"

Hengtong Group
2019-10-28 08:31 411

SUZHOU, China, 28 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Hengtong CABLESCOM menyertai Program "POR TI", yang disusun berkisarkan Program Pemekaan dan Latihan Tabiat Sihat yang lengkap, dengan kerjasama Fundacion Ibercaja dan Hospital Quiron Salud.

Tempoh Program ini ialah 9 bulan.  Mereka akan menjemput pakar terkenal dalam pelbagai bidang untuk melatih pekerja syarikat dari tiga aspek makanan sihat, kesihatan mental dan kesihatan fizikal.

Puan Isabel Banzo, Pengurus Sumber Manusia, telah mewakili Hengtong CABLESCOM dalam Program "POR TI" pada hari Jumaat, 18 Oktober.  Kami berkongsi Program ini Bersama dengan syarikat tempatan yang lain:  Grupo Sess, Libelium, Pastas Romero dan Podoactiva.  Syarikat-syarikat ini memilih 9 orang sukarelawan dalam kalangan pekerja mereka  yang akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sepanjang tahun, menerima maklumat dan nasihat selain latihan yang mencukupi untuk menyepadukan tabiat sihat menjadi sebahagian kehidupan seharian mereka dan berkongsi perkara ini dengan pekerja-pekerja lain.  Dengan cara ini, penerimaan tabiat sihat disepadukan ke dalam syarikat merentas semua jabatan dan ia datang daripada pekerja itu sendiri.

Jose Luis Rodrigo Escrig, ketua pengarah ibercaja foundation menekankan bahawa ini ialah pelan "inovasi", yang akan memberi impak kepada pembangunan tanggungjawab sosial korporat, juga menggalakkan hubungan antara perusahaan dengan matlamat yang sama, dan akan "memperbaiki persekitaran kerja, menggalakkan rasa kepunyaan dan komitmen pekerja ".

Latar Belakang Hengtong

Hengtong Group ialah sebuah organisasi antarabangsa yang mempunyai kepelbagaian kepakaran yang meliputi kabel serat optik, kuasa, marin dan luar pesisir, perkhidmatan dan penyelenggaraan siap guna EPC, serta internet pelbagai benda, data raya dan e-dagang, bahan-bahan baru muncul dan tenaga baharu.

Hengtong mempunyai 70 syarikat milik penuh dan syarikat induk (3 daripadanya disenaraikan di bursa saham Shanghai, Hong Kong dan Indonesia), dengan 10 kemudahan perkilangan yang berpangkalan di Eropah, Amerika Selatan, Afrika Selatan, Asia Selatan dan Asia Tenggara. Kami mengendalikan pejabat jualan di lebih 30 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, membekalkan produk ke lebih 130 buah negara.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.hengtonggroup.com/en/

Source: Hengtong Group
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Corporate Social Responsibility