omniture

Penyelesaian Mikrosegmentasi Hillstone Networks Peroleh Penaiktarafan Besar dengan Keluaran Baharu CloudHive

Hillstone Networks
2019-10-29 08:00 136

SANTA CLARA, California, 29 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Hillstone Networks, penyedia terkemuka bagi penyelesaian Sekuriti Perusahaan dan Pengurusan Risiko, hari ini mengeluarkan penaiktarafan penyelesaian mikrosegmentasi untuk perlindungan beban kerja awan, Hillstone CloudHive. Keluaran baharu ini memberi lebih banyak faedah, termasuk keterlihatan perniagaan yang ekstensif, kawalan akses web yang terperinci dan modul perkhidmatan sekuriti yang berprestasi tinggi untuk pengguna yang harus mencapai prestasi perlindungan sekuriti yang lebih ketat dan dikawal selia.

Sorotan utama keluaran ini:

  • Meningkatkan kebolehgunaan dan kecekapan operasi keseluruhan
  • Menyediakan keterlihatan dan pemantauan perniagaan dengan analisis korelasi trafik masuk dan keluar bagi semua mesin maya yang dilindungi
  • Menyediakan penapisan URL untuk mengawal tingkah laku mesin maya bagi mengakses perkhidmatan HTTP luar
  • Memenuhi keperluan berprestasi tinggi menerusi Modul Perkhidmatan Sekuriti baharu dengan prestasi IPS dan AV tiga kali ganda serta sesi berganda.

"Interaksi antara sistem perniagaan dalam persekitaran maya adalah rumit, oleh itu, biasanya sukar dilihat," kata Tim Liu, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama Hillstone Networks. "Penyelesaian mikrosegmentasi Hillstone, CloudHive menyediakan pengguna bukan sahaja dengan keterlihatan VM, aplikasi atau ancaman, tetapi juga hubungan antara perkhidmatan dalam rantaian perkhidmatan. Ia memperkasa pengguna untuk memahami keadaan dalaman operasi perniagaan dan kebolehan untuk memantau kesihatan perniagaan, mengenal pasti tanggungjawab dan meningkatkan kecekapan penyelesaian masalah keseluruhan."

Penyelesaian sekuriti Hillstone merupakan platform memandang masa depan yang membolehkan organisasi-organisasi untuk melihat secara komprehensif, memahami dengan teliti dan bertindak pantas terhadap ancaman siber. Komponen kritikal bagi mencapai hal ini ialah platform mikrosegmentasi, digunakan untuk mengurangkan permukaan serangan keseluruhan pada rangkaian. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keluaran ini, kunjungi halaman keluaran CloudHive 2.7.

Latar Belakang Hillstone Networks
Penyelesaian Sekuriti Perusahaan dan Pengurusan Risiko Hillstone Networks menyediakan keterlihatan, perisikan, dan perlindungan untuk memastikan perusahaan boleh melihat secara komprehensif, memahami dengan teliti dan bertindak pantas terhadap ancaman siber. Diiktiraf oleh penganalisis-penganalisis terkemuka dan dipercayai oleh perusahaan-perusahaan global, penyelesaian Hillstone meliputi perusahaan bermula daripada pinggir ke awan di samping meningkatkan kos pemilikan keseluruhan. Untuk mengetahui lebih lanjut kunjungi www.hillstonenet.com.

Hubungi:
Zeyao Hu
Pengurus Pemasaran
inquiry@hillstonenet.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/765968/Hillstone_Logo.jpg

Source: Hillstone Networks
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Data Analytics