ROTTERDAM, Belanda, 29 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Emerald Kalama Chemical, sebuah kumpulan perniagaan Emerald Performance Materials, meraikan pembukaan besar-besaran pejabat baharu di Rotterdam yang akan bertindak sebagai hab pusat syarikat ini untuk operasi Eropah. Antara fungsi lain, pejabat ini akan menempatkan pasukan yang semakin berkembang Emerald bagi pemenuhan pesanan dan perkhidmatan teknikal, yang memberi tumpuan untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia untuk produk-produk yang dikeluarkan menerusi operasi Emerald di Eropah.
"Tatkala kami terus berkembang sebagai sebuah organisasi global, kami menyedari keperluan terhadap hab EMEA terpusat yang akan mewujudkan penjajaran dengan ibu pejabat global kami di Vancouver. Pejabat Pusat Eropah baharu kami akan membantu kami untuk memastikan kesinambungan dan perkhidmatan yang cemerlang untuk pelanggan kami, selain menyediakan ruang untuk pertumbuhan pasukan kami," kata Ed Gotch, ketua pegawai eksekutif.
Emerald telahpun mempunyai kepentingan utama di wilayah Rotterdam, dengan kemudahan pembuatannya terletak di Rotterdam Botlek. Hasilnya, pejabat baharu di Rotterdam menyediakan lokasi strategik yang juga mudah untuk salah satu operasi pembuatan Eropah utama Emerald.
Kemudahan Rotterdam Botlek ialah salah satu kemudahan yang terbesar dan paling cekap seumpamanya dan Emerald telah melaksanakan sejumlah peluasan kapasiti dan barisan produk di lapangan sejak sedekad yang lalu, Emerald juga mempunyai operasi Eropah di Widnes, United Kingdom, yang mana Emerald telah melakukan peluasan baru-baru ini untuk meningkatkan pengeluaran dan menambah bahan kimia baharu. ECO baharu ini akan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dengan produk yang dikeluarkan di dua kemudahan ini.
Emerald Kalama Chemical ialah peneraju dunia bagi kimia benzoat dan pembekal yang dipercayai serta andal bagi bahan-bahan khusus, memberi tumpuan pada bahan-bahan perisa dan wangian, pemplastik bukan ftalat, antimikrob dan perantaraan sintesis. Emerald menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia dari kemudahan-kemudahan di A.S. dan Eropah. Operasi Emerald di Rotterdam Botlek dan Widnes kedua-duanya mempunyai pensijilan ISO 9001:2015 untuk kualiti, ISO 14001:2015 untuk pengurusan persekitaran dan ISO 45001 untuk kesihatan dan keselamatan operasi.
Untuk maklumat lanjut tentang Emerald® atau produk-produknya, tersedia di seluruh dunia, kunjungi www.emeraldkalama.com. Anda juga boleh menghubungi Emerald Kalama Chemical di kalama@emeraldmaterials.com, di Eropah melalui +31.88.888.0500, atau di A.S. melalui +1.360.954.7100.