![]() |
![]() |
Mendayakan pemindahan bank waktu nyata kepada pemegang akaun kad UnionPay merentas 14 bank
DUBAI, UAE, 29 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Xpress Money, sebuah syarikat Finablr dan salah satu jenama pemindahan wang yang paling boleh dipercayai di dunia, bekerjasama dengan Geoswift, sebuah syarikat teknologi pembayaran inovatif yang menghubungkan China dan seluruh pelosok dunia. Kolaborasi ini akan membolehkan pelanggan di seluruh dunia untuk menghantar wang ke 14 bank di China secara terus kepada akaun kad UnionPay penerima. Penerima-penerima akan dapat menikmati peluang pemindahan bank rentas sempadan pada waktu nyata oleh insan tersayang.
Pemindahan wang masa nyata kepada pemegang akaun kad UnionPay 14 bank ini
1. ICBC
2. Bank of China
3. Bank of Communications
4. Bank of Shanghai
5. China Construction Bank
6. China Everbright Bank
7. Harbin Bank
8. Linshang Bank
9. Hunan Rural Bank
10. Qinghai Rural Bank
11. Guangdong Rural Bank
12. Henan Rural Bank
13. Huxia Bank
14. Fujian Rural Credit Cooperative
Perkongsian ini sejajar dengan rancangan pengembangan perniagaan oleh Xpress Money di kawasan-kawasan yang menerima kiriman wang utama, iaitu Asia, Afrika dan LATAM. Memandangkan Asia merupakan pusat kepada 2 penerima kiriman wang masuk terbaik bagi tahun 2018 – India (US$79 bilion) & China (US$67 bilion)1, adalah penting untuk memacu pertumbuhan melalui perkongsian perniagaan yang begitu strategik.
Mengulas tentang perkongsian terkini ini, Ketua Pegawai Eksekutif Xpress Money, Sudhesh Giriyan berkata, "Kepakaran, rangkaian mantap kami, teknologi bertaraf dunia dan sistem pematuhan selain kebolehan untuk memproses pemindahan wang rentas sempadan yang selamatlah yang menjadikan kami rakan kongsi pilihan untuk syarikat-syarikat merentas kawasan-kawasan berbeza. Kepakaran dan komitmen yang ditampilkan oleh Geoswift merupakan bukti pertumbuhan mereka dalam bidang teknologi pembayaran. Saya yakin dengan kejayaan perkongsian ini hasil daripada gabungan kecekapan yang dapat ditawarkan oleh kedua-dua organisasi."
"Ekosistem pembayaran sentiasa berubah-ubah, khususnya untuk pemindahan wang rentas sempadan di dalam dan luar China. Ia sedikit sebanyak boleh menjadi mencabar lantaran keperluan kawal selia yang rumit dan perbezaan dalam piawaian pematuhan global dan tempatan. Menerusi perkongsian strategik kami bersama Xpress Money, kami yakin bahawa kedua-dua gabungan keupayaan kami akan dapat meningkatkan pengalaman pemindahan wang rentas sempadan untuk pengguna akhir kami," kata Raymond Qu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Geoswift.