LIMRA dan BCG keluarkan keputusan tinjauan terkini menunjukkan perubahan pada keutamaan Ketua Pegawai Eksekutif
WINDSOR, Connecticut dan BOSTON, 30 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Pengurusan perubahan telah menjadi cabaran paling penting dalam minda eksekutif pengurusan peringkat atasan dalam industri insurans hayat global, diikuti rapat oleh keperluan untuk menambah baik pengalaman pelanggan. Keputusan tinjauan global dwitahunan baharu eksekutif pengurusan peringkat atasan insurans hayat mendapati perubahan keutamaan tatkala perubahan ekonomi, teknologi, kawal selia dan pengguna menekan syarikat insurans hayat untuk menilai semula model perniagaan mereka.
Kajian ini yang dijalankan oleh LIMRA dan Boston Consulting Group (BCG), meninjau lebih daripada 500 eksekutif pengurusan peringkat atasan insurans hayat, hampir satu perlima daripada mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden, merentas 62 negara untuk mengenal pasti cabaran terbesar mereka dan kuasa luaran terbesar yang memberi kesan kepada perniagaan mereka dan keutamaan mereka pada masa depan. Penemuan ini dibentangkan dalam sebuah laporan berjudul "What's On the Minds of Life Insurance Executives:Managing Change in a Customer-Focused World," yang dilancarkan hari ini.
Pengurusan perubahan muncul sebagai cabaran dalaman terbesar yang dihadapi eksekutif insurans hayat semasa mereka bekerja membantu organisasi mereka bergerak seiring dan menyesuaikan keadaan dengan persekitaran perniagaan yang berubah pantas. Kajian ini mendapati satu pertiga eksekutif memetik pengurusan perubahan sebagai cabaran terbesar mereka. Ini ialah perubahan signifikan daripada kajian terdahulu pada 2015 dan 2017, apabila eksekutif memetik pengurusan bakat sebagai cabaran terbesar mereka (Carta 1).
"Dalam persekitaran perniagaan hari ini, eksekutif menyedari bahawa memiliki bakat yang tepat tidak memadai untuk menangani kuasa luaran yang mentransformasikan landskap perniagaan," kata Alison Salka, Ph.D., naib presiden kanan dan pengarah Penyelidikan LIMRA. "Untuk mentransformasikan seluruh organisasi mereka, eksekutif mesti menyemai budaya korporat yang bukan sahaja benar-benar menerima perubahan, tetapi juga mengekalkannya pada jangka masa panjang."
Sebahagian daripada keperluan untuk mengurus perubahan dengan lebih baik dalam organisasi mereka ialah pengiktirafan bahawa syarikat insurans hayat perlu menambah baik pengalaman pelanggan mereka. Hampir satu perempat eksekutif berkata ini adalah satu cabaran utama bagi syarikat mereka. Semasa syarikat terkemuka menerima keupayaan IT dan data lebih maju untuk menganalisis tingkah laku pelanggan, menjual silang dan menyesuaikan produk, syarikat lain menghargai keperluan untuk melabur dalam teknologi ini untuk bersaing bagi mendapatkan perhatian pengguna.
"Eksekutif insurans hayat telah lama menyedari mereka perlu berubah untuk organisasi mereka dan menggunakan teknologi digital baharu untuk menambah baik pengalaman pelanggan, menjadi lebih cekap dan membangunkan produk yang lebih bersesuaian dengan keperluan pelanggan," kata Tim Calvert, pengarah urusan dan rakan kongsi serta pemimpin global amalan Insurans Hayat BCG. "Penyelidikan kami menunjukkan bahawa mereka kini bersedia untuk melakukan sesuatu berkenaan hal ini."
Cabaran Luaran Memacu Perubahan
Semasa syarikat insurans hayat mencari jalan untuk transformasi, terdapat faktor luaran yang juga merangsang perubahan. Hampir dua pertiga (64%) eksekutif yang ditinjau berkata teknologi seperti kecerdasan buatan, automasi dan peralatan perkhidmatan pelanggan bakal mempunyai impak paling besar terhadap syarikat mereka dalam masa lima tahun akan datang, diikuti oleh tingkah laku pelanggan dan regulasi (Carta 2).
"Kemajuan teknologi menawarkan peluang paling banyak untuk membantu syarikat insurans mentransformasikan perniagaan mereka tetapi juga mendedahkan cabaran pengurusan bakat yang mendesak yang mereka hadapi," ujar Calvert. "IBM melaporkan persaingan untuk saintis data berkemahiran akan meningkat hampir 30% menjelang 20201. Syarikat insurans bukan sahaja berhadapan dengan isu pencarian calon berkelayakan tetapi cara mengekalkan individu-individu ini dalam pasaran dengan persaingan tinggi."
Regulasi juga memainkan peranan signifikan dalam memacu perubahan. Dorongan kuat di banyak negara untuk piawaian fidusiari dan kesesuaian; ketelusan mengenai harga, komisen dan insentif; dan perlindungan privasi pengguna bermakna persekitaran kawal selia akan terus mempunyai implikasi penting untuk syarikat insurans hayat.
Apabila ditanya untuk menamakan sektor paling mencabar untuk peraturan dan kepatuhan, "kepentingan pelanggan," dipetik oleh 47% eksekutif di seluruh dunia, sebagai isu utama. Ini diikuti rapat oleh "analitik/permodelan dalam pematuhan risiko," "privasi data" dan "keselamatan siber."
"Penipuan juga merupakan kebimbangan yang kian meningkat dalam kalangan eksekutif insurans hayat. Lebih daripada tiga perempat Ketua Pegawai Eksekutif dan eksekutif secara keseluruhan bimbang mengenai insiden penipuan yang kian meningkat," Salka berpendapat. "Penipuan bukan sahaja merosakkan asas penting syarikat tetapi turut memusnahkan reputasinya dan kepercayaan pengguna. Kebimbangan ini mendorong LIMRA membangunkan FraudShare, satu peralatan baharu untuk membantu syarikat insurans mengesan dan mencegah percubaan mengambil alih akaun."
Penulis laporan ini menawarkan tiga cadangan untuk syarikat insurans hayat pertimbangkan apabila mereka membuat penjajaran dan gambaran semula serta mentransformasikan syarikat mereka untuk masa depan:
Tanamkan budaya menyokong perubahan . Budaya korporat yang menyokong perubahan ialah prasyarat jika syarikat insurans hayat ingin menjadikan perniagaan mereka lebih berpusatkan pelanggan. Ini bermula dengan memiliki orang yang tepat yang percaya akan perubahan dalam seluruh organisasi.
Fokuskan kepada pelanggan . Perkara pertama untuk diingati berkenaan menambah baik pengalaman pelanggan ialah kebolehpercayaan dan ketangkasan sebagai kunci. Syarikat insurans perlu memahami dengan lebih baik keperluan pelanggan mereka dengan memantau secara teliti dan tetap perjalanan pelanggan bagi menentukan perkara yang sudah berjalan baik dan perkara yang perlu ditambah baik.
Berfikir secara strategik mengenai teknologi. Supaya industri benar-benar mencapai kualiti pengalaman digital dan kecekapan pengendalian yang mereka ingini, teknologi mesti menjadi lebih utama bagi strategi perniagaan keseluruhan dan dilihat sebagai sumber kelebihan persaingan—berbanding hanya kos semata-mata.
Untuk memuat turun laporan, sila lawati: "What's On the Minds of Life Insurance Executives:Managing Change in a Customer-Focused World,"
1 The Quant Crunch: How the Demand for Data Science Skills Is Disrupting the Job Market, IBM 2017
Latar Belakang LIMRA
Memberi khidmat kepada industri sejak 1916, LIMRA membantu memajukan industri perkhidmatan kewangan dengan memperkasa hampir 600 syarikat perkhidmatan kewangan di 64 buah negara dengan pengetahuan, wawasan, hubungan dan penyelesaian. Lawati LIMRA di www.limra.com.
Latar Belakang Boston Consulting Group
Boston Consulting Group membentuk perkongsian dengan pemimpin dalam perniagaan dan masyarakat untuk mengatasi cabaran terpenting mereka dan merakam peluang terbesar mereka. BCG ialah perintis dalam strategi perniagaan apabila syarikat ini diasaskan pada 1963. Hari ini, kami membantu klien dengan transformasi menyeluruh—menginspirasikan perubahan kompleks, membolehkan organisasi berkembang, membina kelebihan persaingan dan memacu impak asas yang penting.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1017737/LIMRA_Challenges_over_time.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1017738/LIMRA_External_forces_impact.jpg