NANJING, China, 30 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Persidangan Ekonomi & Perdagangan Musim Luruh Emas Changshu dibuka pada hari Jumaat di bandar Changshu di wilayah Jiangsu, timur China.
Lebih 300 orang menghadiri persidangan, termasuk pelabur projek utama dan pakar serta sarjana daripada perantara pihak ketiga, universiti tempatan dan institut penyelidikan terkenal.
Forum Data Raya Ruang-masa & Penderiaan Jauh diadakan ketika persidangan berlangsung. Satu siri forum dan aktiviti berfokuskan data raya, teknologi angkasa dan teknologi pembuatan pintar dilangsungkan sebagai satu usaha untuk membantu Changshu mengasaskan zon demonstrasi pembangunan ekonomi digital dan menyediakan dorongan baharu untuk pembangunan berkualiti tinggi di bandar ini.
Dimaklumkan bandar ini telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Kelab Pendana Robot (RFC) dan Institut Beijing untuk Kejuruteraan Persekitaran Kapal Angkasa Lepas (BISEE), sebuah subsidiari Akademi China untuk Teknologi Angkasa Lepas (CAST) pada persidangan ini.
Kira-kira 80 projek berpusatkan bidang-bidang seperti pembuatan lanjutan, ekonomi bandar dan teknologi digital dimeterai di persidangan ekonomi dan perdagangan ini dengan pelaburan keseluruhan bernilai 32.1 bilion yuan. Antaranya, 55 projek pelaburan industri bernilai 29.873 bilion yuan ditandatangani di persidangan.
Persidangan ekonomi dan perdagangan ini dilihat sebagai suatu aktiviti pelaburan dan promosi perdagangan komprehensif, kata Zhou Qindi, Setiausaha CPC bagi Jawatankuasa Perbandaran Changshu, yang menambah bahawa acara ini bermatlamat untuk mempercepatkan tata aturan industri pembuatan lanjutan dan perintis, dan membina Changshu sebagai platform berkesan untuk keterbukaan dan kerjasama saling menguntungkan.
Menurut Zhou, bandar ini akan meninggkatkan usaha lebih gigih bagi mengambil peluang yang dibawakan Inisiatif Jalur dan Jalan, pelan integrasi Delta Sungai Yangtze dan strategi pembangunan Jalur Ekonomi Sungai Yangtze serta memacu pembangunan industri baharu dan ekonomi baharu dalam percubaan untuk menambah baik tahap industri dan urbanisasi bandar secara keseluruhan.
Kini, Changshu ialah antara destinasi pelaburan teratas di wilayah Delta Sungai Yangtze di China kerana kos perniagaannya yang rendah dan persekitaran perniagaan yang unggul.
Pada 2018, keluaran dalam negeri kasar (GDP) bandar ini berjumlah 240 bilion yuan dan GDP per kapitanya melebihi 33,000 dolar Amerika.
Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309041.html?from=singlemessage