omniture

Airspan Umum Perkongsian Strategik untuk 5G Dengan Mitsui

Airspan Networks inc.
2019-10-30 17:28 139

- Mitsui dan Airspan bakal bekerjasama untuk peluang 5G global

- Mitsui manfaatkan Airspan untuk kebolehan terbukti untuk menyampaikan perkhidmatan secara meluas

LOS ANGELES, 30 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Airspan Networks inc. dan Mitsui & Co., Ltd., hari ini mengumumkan bahawa kedua-duanya telah memuktamadkan terma-terma untuk satu perkongsian strategik. Ini memperlihatkan langkah pertama untuk Mitsui ke arah pelaburan dan pengembangan perniagaan 5Gnya, dalam salah satu teknologi yang paling cerah pada masa depan dan pengusaha dalam bidang ini.

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, Mitsui akan turut berpeluang untuk memberi bantuan kewangan dan sokongan komersial, kepada Airspan untuk pelancaran 5G berskala luas. Selain itu, MKI, subsidiari milik penuh Mistui akan menyediakan Airspan dengan sokongan operasi dan penggunaan di Jepun dan juga Asia hasil daripada pengalaman dan jangkauan tempatannya selama bertahun-tahun.

Taisuke Miyake, Pengurus Besar, Jabatan Penyelesaian IT, Unit Perniagaan ICT, Mitsui, berkata: "Kami berbangga untuk bekerjasama dengan Airspan, kejayaan mereka dalam menyediakan penyelesaian 4G boleh diskala yang inovatif dan terbukti akan bertindak sebagai kelebihan utama masa kini dalam merealisasikan visi disruptif mereka untuk infrastruktur, perisian dan perkhidmatan rangkaian RAN Terbuka 5G."

Henrik Smith-Petersen, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Airspan Networks, berkata: "Pengalaman Mitsui dalam mempelopori teknologi baharu pada peringkat global akan menjadi aset yang tidak ternilai buat kami tatkala kami berkembang dan meningkatkan penggunaan rangkaian 5G di seluruh dunia, kami teruja dan berbesar hati untuk mengalu-alukan rakan kongsi yang begitu berprestij."

Latar Belakang Mitsui

Mitsui & Co. (8031: JP) ialah salah sebuah syarikat perdagangan dan pelaburan global yang terbesar dan paling terkenal. Ditubuhkan di Jepun pada tahun 1947, Kumpulan ini mengekalkan pandangan unik yang tidak terhalang tentang pasaran antarabangsa melalui rangkaian seluruh dunianya yang mencakupi 66 negara, dengan portfolio perniagaan yang pelbagai merentas enam sektor utama.

Berkerjasama melalui perkongsian dengan banyak syarikat persendirian yang paling terkenal di dunia, prestasi jangka panjang yang luar biasa oleh Mitsui & Co. adalah berdasarkan bidang perniagaan utamanya iaitu Tenaga dan Sumber, Jentera & Infrastruktur serta Bahan Kimia. Perniagaan legasi yang mantap dan berkembang ini menyediakan platform yang stabil dalam bidang yang berani dan semakin inovatif melibatkan Mobiliti, Penjagaan Kesihatan, Pemakanan & Pertanian serta Jualan Runcit & Perkhidmatan.

Kejayaan Mitsui & Co. juga berasaskan pendekatan boleh disesuaikan olehnya terhadap perkongsian, yang menawarkan pandangan yang tiada tandingan terhadap pemacu ekonomi luas dunia. Pandangan ini membolehkan pemimpin-pemimpin Mitsui untuk mengenal pasti trend dan peluang untuk pertumbuhan di samping mendorong kolaborasi yang berkesan dalam perniagaannya bagi memanfaatkan sinergi serta merealisasikan nilai tambahan.

Latar Belakang Airspan

Airspan ialah penyedia penyelesaian penumpatan rangkaian 4G & 5G yang memenangi berbilang anugerah dengan hampir satu juta sel digunakan di seluruh dunia dan portfolio produk dalaman dan luaran yang luas, stesen utama Femto, Piko, Mikro dan Makro yang kompak. Kit alatan yang sempurna untuk mengeksploitasi potensi penuh teknologi seperti seni bina mmWave, Sub 6GHz, MIMO Besar-besaran dan V-RAN terbuka, selain merupakan akses tanpa wayar tetap yang utama dalam industri serta portfolio penyelesaian angkut balik untuk aplikasi PTP dan PTMP.

Oak Investment Partners memegang kepentingan mengawal dalam Airspan. Airspan tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan maklumat Akta Bursa Sekuriti 1934 dan, dengan itu, tidak memfailkan laporan, penyata kewangan, penyata proksi, kenyataan maklumat atau maklumat lain dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan. Untuk maklumat tentang kenyataan pandang ke hadapan www.airspan.com/fls.

www.airspan.com 

Hubungi
Damiano Coletti
mediarelations@airspan.com
Tel: +1-561-893-8670

Source: Airspan Networks inc.
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Joint ventures