omniture

Quectel Umum Modul Penentu Kedudukan Kejituan Tinggi Dwi-jalur Berdasarkan Cip GNSS BCM47755 Broadcom

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
2019-10-31 04:41 475

SHANGHAI, 31 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions Co., Ltd., pembekal global yang terkemuka bagi modul-modul selular dan GNSS, hari ini mengumumkan bahawa LC79D Quectel telah memasuki peringkat pengeluaran besar-besaran dan kini tersedia untuk pembelian. LC79D ialah modul GNSS kejituan tinggi L1/L5 yang menawarkan tahap kos dan prestasi yang jauh lebih hebat kepada penyelesaian GNSS L1 dalam pasaran hari ini.

Quectel LC79D GNSS Module
Quectel LC79D GNSS Module

Berdasarkan BCM47755 Broadcom, penyelesaian ini menawarkan sokongan serentak untuk jalur L1 dan L5 untuk satelit GPS, Galileo dan QZSS, jalur L1 untuk satelit GLONASS dan BeiDou selain jalur L5 untuk IRNSS. Sokongan berbilang GNSS, berserta LNA dan SAW bersepadu, membolehkan LC79D untuk mencapai ketepatan hampir 1m dan mempunyai prestasi yang jauh lebih hebat dalam kanyon bandar mendalam. Kombinasi prestasi yang utama dalam industri, operasi mandiri, kuasa dan kos yang rendah menjadikannya penyelesaian yang ideal untuk sesiapa sahaja yang memerlukan penyelesaian GNSS yang berprestasi lebih tinggi.  

"Broadcom teruja untuk bekerjasama dengan Quectel untuk LC79D mereka," kata Prasan Pai, pengarah pemasaran produk untuk Divisyen Komunikasi Tanpa Wayar dan Ketersambungan di Broadcom. "Dengan menggunakan cip penerima GNSS Dwi-Frekuensi BCM47755 Broadcom, LC79D daripada Quectel berkedudukan unik untuk menjadi salah satu penyelesaian utama untuk pasaran Kejituan Tinggi dan IoT yang boleh mendapat manfaat daripada peningkatan ketepatan, penggunaan kuasa yang rendah dan peningkatan prestasi dalam kanyon bandar mendalam."

"LC79D menawarkan prestasi dan kos yang jauh lebih hebat berbanding penyelesaian lain yang terdapat dalam pasaran hari ini," ujar Mark Murray, Naib Presiden Jualan, GNSS di Quectel. "Ketepatan hampir 1m, berserta kuasa dan kos yang rendah, menjadikannya penyelesaian yang sempurna untuk IoT, penjejakan, pertanian jitu, dron dan sesiapa yang memerlukan ketepatan tinggi. Dalam Mod Hos, LC79D juga dapat menyokong hitungan buntu yang memberi tumpuan pada pasaran eBasikal (eBike), robotik dan kenderaan berautonomi."

LC79D didatangkan dalam pakej 10.1mm x 9.7mm ultra kompak. Sampel dan kit Pembangunan kini disediakan.

Latar Belakang Quectel Wireless Solutions 

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd. ialah pembekal terkemuka global bagi modul-modul selular dan GNSS, dengan portfolio produk yang luas merangkumi teknologi tanpa wayar paling terkini 5G, LTE/LTE-A, NB-IoT/LTE-M, UMTS/HSPA(+), GSM/GPRS dan GNSS. Produk-produk Quectel telah digunakan secara meluas dalam bidang IoT/M2M termasuk pembayaran pintar, telematik dan pengangkutan, tenaga pintar, bandar pintar, keselamatan, gerbang tanpa wayar, industri, penjagaan kesihatan, pertanian dan pemantauan persekitaran. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang Quectel, laman-laman LinkedInFacebook dan Twitter.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191029/2624981-1?lang=0

 

Source: Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services