omniture

ZTE siar "Kertas Putih Common Edge" kongsi pandangannya tentang MEC

ZTE Corporation
2019-11-04 09:32 341

SHENZHEN, China, 4 November 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengeluarkan "Kertas Putih Common Edge" bagi memperkenalkan platform awan pinggir tertumpu sepenuhnya, Common Edge. Penyelesaian Common Edge ZTE termasuk platform pendedahan keupayaan MEP, awan pinggir ringan, rangkaian penuh pelayan berorientasi pinggir dan pemecutan pinggir.

Penyelesaian tersebut menampilkan pendedahan keupayaan rangkaian. Lebih 100 jenis maklumat dan keupayaan rangkaian pinggir, seperti Penentu Kedudukan Dalaman Tanpa Wayar, RNIS (Perkhidmatan Maklumat Rangkaian Radio), TCPO (Perkhidmatan Pengoptimuman TCP) dan VO (Perkhidmatan Pengoptimuman Video), terdedah kepada inovasi perkhidmatan pemecutan luaran.

Berorientasikan pada sambungan penuh, penyelesaian Common Edge ZTE menyepadukan akses rangkaian tanpa wayar dan rangkaian tetap, menyokong berbilang sistem seperti 4G/5G/WiFi.

Melalui penyepaduan mendalam OpenStack dan Kubernetes, penyelesaian ini menyediakan pengendali dengan pandangan awan pinggir seragam dan sistem pengurusan sumber matang melibatkan pengkomputeran seragam, rangkaian seragam, storan seragam dan sekuriti seragam, yang dapat meningkatkan kecekapan pengurusan dan juga penggunaan sumber.

Sebagai platform pengurusan awan seragam MEC berasaskan AI, penyelesaian ini menyediakan pengurusan seragam bagi DC pusat dan awan pinggir untuk melaksanakan O&M awan pinggir yang tak berjaga dan automatik.

Selain itu, penyelesaian Common Edge ZTE menyediakan pelayan cesi pendek 450-mm E5410/E5430 (U9103) dengan 14 slot PCIe dan reka bentuk pendawaian depan yang mudah serta penyelenggaraan untuk ruang DC pinggir kecil, bagi memenuhi keperluan pemecutan dan peluasan perkakasan pinggir.

Dalam kertas putih ini, ZTE turut menyediakan analisis mendalam tentang cabaran yang dihadapi oleh pembangunan MEC, mengesyorkan cadangan untuk pembinaan dan penggunaan MEC serta meneroka senario aplikasi MEC.

Berdasarkan penyelidikan dan pemahaman mendalam tentang MEC 5G, ZTE menggalakkan pembangunan teknologi utama dan standard industri, lalu meningkatkan lagi virtualisasi platform pinggir dan pendedahan keupayaan rangkaian.

ZTE telah bekerjasama erat dengan pengendali global untuk melaksanakan penentusahan penyelesaian MEC dan rangkaian rintis. Selain itu, syarikat telah berkolaborasi dengan lebih 200 pelanggan industri dan lebih daripada 100 rakan kongsi strategik dalam bidang kawalan industri, IoV (Internet Pelbagai Kenderaan), pertanian pintar dan penjagaan kesihatan pintar, agar dapat bersama-sama membina persekitaran MEC yang saling menguntungkan dan mempercepatkan transformasi digital pelbagai industri.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 negara.

Setakat ini, ZTE telah memperoleh 35 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa.

Berikut merupakan pautan untuk mengakses Kertas Putih Common Edge ZTE: https://sdnfv.zte.com.cn/en/insights/2019/10/ZTE-Common-Edge-White-Paper

Hubungan Media:

Margrete Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775207 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services