omniture

UNISOC capai panggilan data 5G melalui modul 5G mmWave

UNISOC
2019-11-04 16:50 324

SHANGHAI, 4 November 2019/PRNewswire/ -- Selaku pembekal global bagi cipset komunikasi mudah alih dan cipset IoT, UNISOC hari ini mengumumkan ia telah berjaya melengkapkan satu panggilan data melalui modul gelombang milimeter (mmWave) 5G berasaskan jalur 26GHz. Ia akan meletakkan asas kukuh bagi pembangunan cipset mmWave 5G.

Ujian ini dilaksanakan menggunakan prototaip terminal UNISOC 5G mmWave dan penjana isyarat dan penganalisis isyarat Keysight.

Terminal 5G mmWave prototaip termasuk jalur dasar, frekuensi pertengahan,RFFE dan antena tatasusun berperingkat, disepadukan dengan pemproses berbilang teras, pemprosesan isyarat berkelajuan tinggi FPGA, antena tatasusun berperingkat berskala besar, dan menyokong jalur 26/39GHz, membolehkannya memenuhi keperluan untuk lebar jalur besar, frekuensi tinggi, kelajuan tinggi, dan pengesahan MU-MIMO dalam pelbagai senario 5G NR.

UNISOC telah lama berada di bidang 5G, dan telah secara aktif mengambil bahagian dalam ujian 5G R & D yang dianjurkan oleh Kumpulan Promosi IMT-2020 (5G). UNISOC dan Keysight akan bersama-sama mendemonstrasikan panggilan data melalui modul mmWave 5G dan menunjukkan hasil terkini teknologi mmWave 5W di PT Expo China 2019 yang diadakan dari 31hb Oktober hingga 3hb November di Beijing.

Latar Belakang UNISOC

Sebagai subsidiari utama Tsinghua Unigroup, UNISOC merupakan sebuah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi terkemuka yang komited terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk cipset teras dalam komunikasi mudah alih serta IoT. Produk-produknya mencakupi platform cipset mudah alih yang menyokong piawaian komunikasi 2G/3G/4G/5G dan pelbagai penyelesaian cipset dalam bidang IoT, RFFE, sambungan tanpa wayar, sekuriti, TV dan sebagainya. Dengan anggaran 4,500 kakitangan, 14 pusat R&D dan 7 pusat sokongan pelanggan di seluruh dunia, UNISOC berdedikasi untuk menjadi salah satu daripada tiga pembekal cipset mudah alih terkemuka dari segi bahagian pasaran global, penyedia cipset terbesar untuk IoT dan peranti ketersambungan serta syarikat 5G yang terkemuka di China. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.unisoc.com.

Source: UNISOC
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors Telecommunications