omniture

Keadilan Terlaksana: Kemenangan Muktamad untuk SPI Group Bagi Pertikaian Tanda Dagangan Stolichnaya Berpanjangan

SPI Group
2019-11-06 22:38 68

SYDNEY, 6 November 2019 /PRNewswire/ -- Pada hari Khamis, 31 Oktober 2019, di Sydney, SPI Group mencapai kemenangan muktamad bagi pembelaan kes selama 15 tahun terhadap Federal Treasury Enterprise Sojuzplodoimport (FKP atau FTE) milik negara Rusia ke atas pemilikan tanda dagangan Stolichnaya SPI Group di Australia.

Ini merupakan kemenangan ketiga buat SPI Group di Australia dalam tempoh 3 tahun. Selepas kemenangan berkenaan, SPI mengaturkan untuk membuat tuntutan bagi perolehan semula kos guaman, yang ketika ini melebihi nilai $7 juta.

Ini merupakan kemenangan yang komprehensif buat SPI Group dalam pembelaan tanda dagangannya yang memakan masa yang lama di Australia. Kes berkenaan, yang merupakan salah satu kes Mahkamah Persekutuan yang paling lama berlangsung di Australia, akhirnya tiba ke penghujung yang adil.

Kes berkenaan merupakan sebahagian daripada pertarungan perundangan berterusan yang mana wakil-wakil Persekutuan Rusia cuba merampas tanda dagangan SPI melalui mahkamah luar negara. Tuntutan yang dibawa bagi pihak mereka dibuat tanpa merit dan memberi kepentingan kepada individu-individu persendirian.

Ini merupakan satu lagi pengesahan bahawa SPI Group ialah pemilik yang sah untuk tanda dagangan Stolichnaya.

SPI Group dan rakan-rakan sekutunya memiliki tanda dagangan Stolichnaya di lebih 180 negara.

Latar Belakang SPI Group S.à r.l.
SPI Group ialah sebuah syarikat bebas dengan pasukan multinasional berbakat yang beribu pejabat di Luxembourg, mempunyai kemudahan pengeluaran di AS, Latvia, Mexico, Argentina dan juga Sepanyol. Kumpulan ini komited terhadap misi untuk membina portfolio jenama-jenama minuman premium terpilih yang disegani, yang dicapai olehnya dengan mengawal dan menyempurnakan setiap peringkat proses, bermula daripada pemupukan hingga pengedaran.

Source: SPI Group
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Retail Legal issues