omniture

Cognate BioServices umum pemerolehan Cobra Biologics

Cognate BioServices; Cobra Biologics
2019-11-06 22:50 84

- Pemerolehan transformatif wujudkan platform perkhidmatan pembuatan terapi sel dan gen global untuk produk-produk klinikal dan komersial

- EW Healthcare Partners dan pelabur-pelabur bersamanya menyediakan pembiayaan untuk transaksi berkenaan

MEMPHIS, Tennessee, 6 November 2019 /PRNewswire/ -- Cognate BioServices (Cognate), sebuah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) terkemuka yang mengkhusus dalam produk-produk terapi gen sel dan sel perantara serta Cobra Biologics (Cobra), CDMO terkemuka yang mengkhusus dalam menyediakan perkhidmatan pembuatan untuk DNA plasmid dan vektor virus, hari ini mengumumkan bahawa kedua-duanya telah memeterai satu perjanjian muktamad yang mana Cognate akan memperoleh kesemua modal saham diterbitkan milik Cobra. Pelabur Cognate sedia ada EW Healthcare Partners memimpin pembiayaan untuk pemerolehan berkenaan.

Transaksi berkenaan mewujudkan penyedia perkhidmatan dipertingkat yang terkemuka dalam industri bagi membawakan penyelesaian pembangunan dan pembuatan ubatan kepada industri-industri imunoterapi sel dan gen global serta perubatan regeneratif. Cognate dan Cobra bersama-sama akan berkedudukan mantap untuk memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman industri mereka selama berdekad-dekad, menyediakan rantaian bekalan yang bersepadu kepada pelanggan mereka dan meluaskan keupayaan global mereka untuk menyediakan penyelesaian yang lebih baik dan boleh diskala bagi menyokong keperluan pelanggan mereka yang sentiasa berubah-ubah.

"Pemerolehan ini penting untuk strategi Cognate bagi memajukan tawaran sedia adanya dan mewujudkan platform perusahaan untuk pengurusan kitaran hayat produk-produk terapi sel dan gen, mempercepatkan ketersediaan teknologi baharu kepada pesakit yang paling memerlukannya," kata J. Kelly Ganjei, Ketua Pegawai Eksekutif Cognate. "Cobra ialah peneraju yang berkedudukan mantap dalam pembangunan dan pembuatan pelbagai DNA serta vektor virus yang amat diperlukan oleh pelanggan semasa dan bakal pelanggan kami. Dengan sejarah prestasi dan reputasi yang mengagumkan dalam menyokong pembangun-pembangun produk terapi sel dan gen menavigasi melalui cabaran pembangunan dan pembuatan serta keperluan kapasiti, gabungan kepakaran, infrastruktur dan jejak geografi Cognate-Cobra serta merta menempatkan kedua-dua perniagaan untuk bertindak balas dengan lebih baik kepada keperluan pasaran semasa dan masa depan dengan lebih pantas, berkesan dan komprehensif."

Evis Hursever, Pengarah Urusan di EW Healthcare Partners, berkata, "EW Healthcare Partners gembira kerana berpeluang untuk menyokong pasukan Cognate tatkala mereka mendorong pertumbuhan dan transformasi perniagaan menjadi penyedia utama dalam bidang terapi sel serta gen. Kami berharap dapat terus menyokong Syarikat berkenaan dan pasukan pengurusan yang luar biasa tatkala mereka memanfaatkan peluang-peluang pertumbuhan di hadapan dan mencapai rancangan pertumbuhan mereka yang bercita-cita tinggi."

Peter Coleman, Ketua Pegawai Eksekutif Cobra Biologics, berkata, "Cobra Biologics telah membina reputasinya dalam menyediakan pembangunan proses yang berkualiti tinggi, pembuatan dan perkhidmatan isian/siap untuk DNA plasmid, vektor virus dan protein. Berganding bahu dengan Cognate merupakan suatu yang mengujakan, meletakkan kedudukan gabungan Cognate-Cobra sebagai penyedia perkhidmatan yang utama merentas rantaian bekalan terapi termaju. Pemerolehan oleh Cognate akan mengukuhkan keupayaan dan kapasiti Cobra, meluaskan penawaran perkhidmatan kami untuk kedua-dua pelanggan baharu dan sedia ada."

Transaksi ini terus menyokong misi Cognate untuk memenuhi keperluan pengguna unggul terhadap perkhidmatannya—pesakit dengan keperluan perubatan tidak dipenuhi, yang menumpu unutk menangani peningkatan permintaan terhadap akses pantas kepada keupayaan pembuatan termaju yang disepadukan ke dalam persekitaran pembuatan berskala komersial.

Syarikat berkenaan akan terus disokong oleh pelabur-pelabur sedia adanya. EW Healthcare Partners dan Medivate Partners mengambil bahagian dalam pusingan pembiayaan ini bagi tujuan pemerolehan Cobra manakala Blackrock dan dana kekayaan berdaulat juga akan terus bekerjasama dengan Syarikat berkenaan.

Transaksi berkenaan tertakluk kepada penerimaan kelulusan di bawah Akta Penambahbaikan Antitrust Hart-Scott-Rodino 1976.

Latar Belakang Cognate BioServices, Inc.

Cognate ialah sebuah organisasi dinamik didorong keputusan yang memberi tumpuan untuk menyediakan rangkaian perkhidmatan pengkomersialan yang paling luas kepada syarikat-syarikat perubatan regeneratif, imunoterapi selular dan terapi sel maju. Cognate menyediakan kombinasi unik perkhidmatan khusus kepada syarikat-syarikat merentas kesemua titik pembangunan klinikal dan komersial yang mengkhusus dalam percubaan klinikal peringkat pertengahan hingga lewat dan menyokong pelanggan kami melalui peluasan produk sehingga pembuatan komersial. Cognate mengaplikasikan pengetahuan dan kepakaran daripada pasukan perniagaan, saintifik dan teknikalnya untuk membangunkan produk-produk autologus dan alogenik dengan jayanya merentas pelbagai platform teknologi berasaskan sel dari awal hingga akhir. http://www.cognatebioservices.com

Latar Belakang Cobra Biologics:

Cobra Biologics ialah CDMO terapi termaju antarabangsa terkemuka dengan kemudahan-kemudahan yang diluluskan oleh GMP di Sweden dan juga UK, setiap satunya memegang rekod prestasi yang ekstensif dalam menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan global kami. Kami menawarkan rangkaian luas perkhidmatan bersepadu dan mandiri untuk pasaran klinikal dan juga komersial. Sebagai penyedia yang dipercayai dan rakan kongsi yang utama dalam proses pembangunan serta pengkomersialan ubatan, kami berbangga dengan kecemerlangan pembuatan kami serta rangkaian perkhidmatan yang komprehensif kepada industri-industri farmaseutikal dan juga bioteknologi. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: www.cobrabio.com

Latar Belakang EW Healthcare Partners:

Dengan hampir $4 bilion dikumpul sejak ditubuhkan, EW Healthcare Partners ialah salah sebuah firma pelaburan penjagaan kesihatan persendirian yang terbesar dan tertua serta berusaha untuk membuat pelaburan ekuiti pertumbuhan dalam syarikat-syarikat penjagaan kesihatan peringkat komersial yang pantas berkembang dalam sektor-sektor farmaseutikal, peralatan perubatan, diagnostik dan perkhidmatan didayakan teknologi di Amerika Syarikat serta Eropah. Sejak ditubuhkan pada tahun 1985, EW Healthcare Partners telah mengekalkan komitmen tunggalnya terhadap industri penjagaan kesihatan dan telah menjadi pelabur jangka panjang dalam lebih 150 syarikat penjagaan kesihatan, merentas sektor, peringkat dan juga geografi. Pasukan ini terdiri daripada lebih 20 ahli profesional pelaburan kanan yang mempunyai pejabat-pejabat di Palo Alto, Houston, New York dan London. Untuk maklumat lanjut, lihat www.ewhealthcare.com.

Latar Belakang Medivate Partners:

Medivate ialah sebuah firma ekuiti persendirian dan modal usaha niaga yang memberi tumpuan kepada pelaburan dalam industri bioteknologi/penjagaan kesihatan di Asia dan Amerika Utara. Firma ini berkedudukan kukuh untuk merebut peluang-peluang pelaburan penjagaan kesihatan yang melonjak antara Asia serta Amerika Utara dan berusaha untuk menjalankan arbitraj terhadap kelebihan pelaburan rentas sempadan yang unik. Semasa menutup dana ketiganya, Medivate Partners serta merta membina reputasi kerana memberi akses golongan dalaman kepada sindiket berkaliber yang terkemuka dan urus niaga sains hayat yang membuahkan hasil di Asia dan Amerika Utara.

Untuk berita terkini kami, sila kunjungi https://www.cognatebioservices.com/category/press-releases/

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi James Wilkerson di 901-969-8981.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1022849/Cognate_BioServices_Acquires_Cobra_Biologics_Logo.jpg

Source: Cognate BioServices; Cobra Biologics
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers