omniture

"Little Iron Horse" Gagah Berdiri berwarna Hitam dan Emas pada Syiling Royal Canadian Mint Baharu

Royal Canadian Mint
2019-11-07 07:27 90

OTTAWA, Ontario, 7 November 2019 /PRNewswire/ -- Hampir 400 tahun selepas kuda Kanada mula dibawa ke Kanada oleh peneroka Perancis Baharu, "kuda besi kecil" yang membantu membina sebuah negara itu diraikan pada duit syiling Royal Canadian Mint perak tulen yang menggabungkan saduran emas dan rodium hitam. Direka oleh artis Claude Thivierge dari Saint-Zotique, Quebec, duit syiling yang menggamit perhatian ini menggambarkan kepala dua ekor kuda, diletakkan dalam bentuk lambang yin dan yang, bagi meraikan ikatan berkekalan baka yang unik ini dengan sejarah Kanada. Pada bahagian belakang duit syiling, patung rupa Yang Maha Mulia Ratu Elizabeth II bersinar menerusi warna emas terhadap kegelapan latar belakang rodium. Duit syiling luar biasa ini, berserta banyak tawaran baharu, boleh didapati pada hari ini.

The Royal Canadian Mint's gold and black rhodium-plated coin celebrating the Canadian horse
The Royal Canadian Mint's gold and black rhodium-plated coin celebrating the Canadian horse

Selain itu, Mint berusaha mencapai matlamatnya dengan Syiling 25-Sen 2019 – First Canadian in Space menerusi penghormatan tri-logam pertama seumpamanya untuk penerbangan tahun 1984 bersejarah Marc Garneau di dalam kapal angkasa Space Shuttle Challenger. Mewakili lapisan-lapisan berbeza pada atmosfera Bumi, cincin luar gangsa, cincin dalaman kupronikel dan teras tembaga menonjolkan setiap perincian daripada persembahan pada Challenger oleh Tony Bianco tatkala ia dilancarkan dalam sejarah Kanada 35 tahun yang lalu. Duit syiling tersebut dibungkus dalam lipatan berwarna warni yang memaparkan kenyataan peribadi daripada Garneau dan reka bentuk tampalan misi khas yang dipakai oleh beliau pada sut penerbangan beliau.

Kembali ke darat, Mint turut meraikan musim ke-25 bagi Juara NBA semasa Toronto Raptors menerusi sepasang duit syiling kenangan. Peminat-peminat yang berbangga boleh meraikan sejarah sukan Kanada dengan syiling perak halus 1 auns yang menampilkan logo asal Raptor yang berwarna dan syiling keluli bersadur nikel 25-sen, menampilkan logo cakaran ikonik masa kini yang dilampirkan dalam lipatan persembahan, dipaparkan dengan cap emas bagi meraikan Kejohanan NBA 2019.

Duit syiling direka halus lain yang ditawarkan pada bulan ini termasuk:

  • Syiling Emas Tulen Ukiran Timbul Ultra Tinggi $200 2019 – Purely Brilliant Collection: Forevermark Black Label Square, syiling rekaan Chris Reid dan Rosina Li, menampilkan berlian potongan empat segi yang tulen;
  • Syiling Perak Halus $50 2020 – Christmas Train, syiling terkini daripada Mint yang menampilkan unsur perak yang bergerak;
  • Syiling Perak Halus $50 2020 – Real Shapes: The Caribou, syiling baharu yang dibentuk dalam profil reka bentuk kepala karibu pada syiling 25-sen;
  • Syiling Emas Tulen $500 2019 – 40th Anniversary of the Gold Maple Leaf, direka bentuk daripada lima auns emas tulen 99.99%;
  • Syiling Emas Tulen $2,500 2019 – Into the Light: Lion, syiling seberat satu kilo yang mencipta semula salah satu lukisan artis hidupan liar Robert Bateman bagi savana Afrika;
  • Syiling Gangsa 5-Sen 2020 – The Canadian Home Front: The Victory Nickel, satu penghormatan kepada versi Tombac timah-tembaga bagi syiling 5-sen yang diedarkan semasa Perang Dunia Kedua untuk menyelamatkan nikel berharga untuk usaha perang Bersekutu;
  • Syiling Perak Halus $30 2019 – Majestic Birds in Motion: Golden Eagles, direka oleh artis Pierre Leduc;
  • Syiling Perak Halus $20 2020 – Holiday Cookies, menampilkan lelaki biskut halia kaca Venice;
  • Syiling Perak Halus $3 2019 – Celebrating Canadian Fun and Festivities – Aurora Borealis, direka oleh Steve Hepburn; dan
  • Syiling Perak Halus $5 2019 – Zodiac Series: Sagittarius, direka oleh Jori Van Der Linde.

Tempaan, harga dan maklumat latar belakang penuh bagi setiap produk boleh didapati di tab "Shop" di  www.mint.ca Imej duit syiling boleh dilihat  di sini .

Semua produk ini boleh dipesan terus daripada Mint di 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, atau di laman sesawang Mint. Syiling ini juga boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, serta menerusi rangkaian peniaga dan pengedar global kami, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah sebuah kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, kunjungi  www.mint.ca .Ikuti Mint di  Twitter , Facebook dan Instagram .

Untuk maklumat lanjut : Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Tel: (613) 884-6370, reeves@mint.ca  

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1023823/Royal_Canadian_Mint_The_Little_Iron_Horse.jpg

Source: Royal Canadian Mint
Related Stocks:
Toronto:MNT
Related Links:
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment New products/services