omniture

Alami Keajaiban Musim Cuti Di Bangunan Empire State

Empire State Realty Trust, Inc.
2019-11-07 07:33 191

Baharu Musim Sejuk Ini: Haba Sinaran di Balai Cerap Tingkat ke-86

NEW YORK, 7 November 2019 /PRNewswire/ -- Bangunan Empire State (ESB) hari ini mengumumkan butiran tentang perayaan musim cuti tahunannya, dikongsi bersama warga New York, pelancong dan peminat di seluruh dunia. Perayaan tersebut, yang diadakan sepanjang bulan November dan Disember, akan melibatkan paparan tingkap Fifth Avenue bermusim, konsert percutian dan penampilan mengejutkan oleh tetamu-tetamu selebriti. Dekorasi dengan gaya Art Deco istimewa Bangunan tersebut menghiasi pintu masuk Balai Cerap Jalanan tingkat ke-34 dan lobi Fifth Avenue ikonik serta menjadikan ruang dalaman Bangunan Empire State bercahaya seperti lampu-lampu menaranya yang terkenal di dunia. Bermula dari tingkat bawah hingga antena yang bergemerlapan, ESB menyebarkan keriangan percutian di setiap sudut Bandar Raya New York dan dunia. Baharu pada musim sejuk ini ialah haba sinaran untuk memberi keselesaan tambahan kepada pengunjung di dek tinjau 360 darjah luar tingkat ke-86 ESB.


"Bermula dari muzium interaktif imersif tingkat ke-2 kami ke pemanas luar baharu kami di tingkat ke-86, sehingga Balai Cerap Tingkat ke-102 360 darjah yang ditutupi kaca, Pengalaman Balai Cerap yang diperbaharui semula secara sepenuhnya pada Bangunan Empire State merupakan tempat untuk mengalami keajaiban Bandar Raya New York semasa musim cuti," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Empire State Realty Trust. 

Perjalanan Tetamu kami ke Balai CerapTingkat ke-86 yang terkenal di dunia dihiasi dengan sentimen perayaan di lokasi-lokasi berikut:

Lobi Fifth Avenue dan Balai Cerap:

Semasa minggu 11 November 2019, semangat percutian Bangunan Empire State disemarakkan. Perhiasan dan dekorasi menerusi warna-warna klasik emas, gangsa dan perak akan menonjolkan perincian Art Deco istimewa di lobi Fifth Avenue. Pada 13 November, Radio City Rockettes sekali lagi akan "membuka" tingkap percutian Fifth Avenue khusus ESB, yang direka oleh Mark Stephen Experiential Agency. Tingkap-tingkap khusus tersebut akan menampilkan beberapa lelaran berbeza pada Bangunan tersebut terhadap perhiasan berlogam yang reflektif, landskap gula-gula dan kacip kekeras.

ESB akan turut meraikan percutian berkenaan dengan persembahan muzik secara langsung di lobi Fifth Avenue. Bermula pada hari Isnin, 2 Disember 2019 hingga hari Jumaat, 27 Disember 2019, seorang pemain piano akan mempersembahkan lagu-lagu klasik musim cuti dan koleksi kegemaran bermusim untuk menambah suatu gaya perayaan. ESB akan turut menganjurkan beberapa persembahan koir pelajar tempatan sepanjang musim cuti tersebut.

Galeri Tingkat Kedua:

Dalam perjalanan mereka ke Balai Cerap Tingkat ke-86, Tetamu diundang untuk meneroka tempat Bangunan tersebut dalam budaya popular melalui sembilan pameran yang interaktif dan imersif, yang mencakupi ruang seluas lebih 10,000 kaki persegi. Bersedia untuk dibawa ke awal tahun 1930-an dan alami sendiri pembinaan Bangunan Empire State; nikmati filem pendek yang menampilkan filem-filem kegemaran musim cuti seperti Elf, When Harry Met Sally, dan A Very Harold and Kumar Christmas menerusi paparan 72-skrin berpanorama. Pastikan anda mengakhiri perjalanan anda dengan foto anda di dalam genggaman tangan gergasi Kong!

Dek Pemerhatian:

Sebaik sahaja Tetamu tiba ke Dek Pemerhatian di tingkat ke-86 dan 102, mereka tidak akan mengetahui siapa yang bakal ditemui oleh mereka. Sepanjang bulan November dan Disember, bangunan berkenaan akan mengalu-alukan tetamu selebriti yang terkenal ke Balai Cerap Tingkat ke-86 yang terkenal di dunia ini bagi menikmati pemandangan 360 darjah. Dalam tahun-tahun yang lalu, bangunan berkenaan telah menerima tetamu-tetamu seperti Mariah Carey, Gwen Stefani, Hugh Jackman dan Zac Efron semasa musim cuti.

Mengunjungi ESB pada Musim Sejuk:

Buat julung kalinya, Bangunan Empire State memperkenalkan lampu pemanas di Balai Cerap Tingkat ke-86 yang terkenal di dunia ini bagi menjamin suasana yang hangat ketika pencari keseronokan menikmati pemandangan terbuka secara 360 darjah. Bemula daripada pameran dalaman kami di tingkat ke-2 hingga Balai Cerap Tingkat ke-102 kami dengan suhu yang dikawal berserta tingkap-tingkap setinggi dari lantai ke siling, Tetamu akan tetap hangat walaupun cuaca di luar tidak menyenangkan.

Lampu Menara Ikonik:

Sepanjang musim cuti, ESB akan menerangi latar langit Bandar Raya New York dengan lampu-lampu menara bagi meraikan Hari Kesyukuran, Chanukah, Krismas dan Malam Tahun Baharu.

Untuk jadual pencahayaan penuh, sila kunjungi http://www.esbnyc.com/explore/tower-lights/calendar .  

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri dari seluruh dunia. Bangunan Empire State dinamakan sebagai destinasi perjalanan yang paling popular di dunia dalam satu kajian yang dijalankan oleh Uber dan dinamakan sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila kunjungi  www.empirestatebuilding.com www.facebook.com/empirestatebuilding , @EmpireStateBldg,  www.instagram.com/empirestatebldg http://weibo.com/empirestatebuilding www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 30 September 2019, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa di 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1023833/Empire_State_Realty_Trust_holiday.jpg

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Commercial Real Estate Entertainment Real Estate Travel