omniture

Perniagaan Keluarga Harus Percaya kepada Pemimpin Generasi Seterusnya untuk Berkembang Maju dalam Era Digital, Menurut PwC

PwC
2019-11-07 23:08 132

LONDON, 7 November 2019 /PRNewswire/ --

  • 41% generasi seterusnya (NextGens) daripada perniagaan keluarga bercita-cita untuk menyandang jawatan pengarah eksekutif dalam lima tahun akan datang, menurut Kaji Selidik NextGen Global PwC 2019
  • 70% telahpun terlibat secara mendalam menerusi perusahaan keluarga; 48% telahpun mempunyai operasi dalaman penting untuk dikendalikan
  • Kelompok minoriti yang signifikan tidak merasakan mereka mempunyai 'lesen untuk beroperasi'
  • Generasi semasa harus bertindak sekarang untuk memanfaatkan potensi NextGens sebagai pemimpin masa depan bagi transformasi digital

Generasi seterusnya (NextGens) bagi perniagaan keluarga melihat diri mereka sebagai agen perubahan untuk transformasi digital, namun mereka mencari sokongan dan kepercayaan yang lebih tinggi daripada pemimpin-pemimpin generasi semasa, menurut satu laporan baharu oleh PwC.

Kaji Selidik NextGen Global PwC 2019 mendapati bahawa majoriti NextGens terlibat secara mendalam menerusi perusahaan keluarga, dengan hampir separuh (48%) melaporkan bahawa mereka telahpun mengendalikan operasi dalaman yang penting. Satu perempat (26%) telahpun menjawat jawatan pengarah eksekutif.

Tahap penglibatan ini juga sepadan dengan cita-cita masa depan untuk memimpin, dengan 41% menginginkan jawatan pengarah eksekutif dalam lima tahun akan datang manakala hampir satu pertiga (29%) ingin menjadi pemegang saham majoriti.

Keyakinan juga tinggi dalam kalangan NextGens berhubung nilai yang dapat dibawakan oleh mereka dari segi kemahiran. Lebih dua pertiga daripada responden melihat sifat-sifat mereka yang paling mantap (menyelesaikan masalah dan kepimpinan) menjadi kemahiran yang penting dalam landskap perniagaan masa depan. 64% berkata mereka boleh menambah nilai bagi memastikan strategi perniagaan masa depan sesuai untuk era digital.

Peter Englisch, Pemimpin Perniagaan Keluarga Global, PwC Jerman berkata,

'Dapatan daripada kaji selidik ini menekankan maklumat positif bahawa NextGens bercita-cita tinggi dan amat komited terhadap perniagaan keluarga. Mereka melihat peranan yang jelas bagi menjamin legasi keluarga dalam era dengan perubahan dan transformasi yang mendalam. Namun demikian, mereka turut melihat diri mereka dikekang dan dikecewakan oleh kekurangan peluang.

'Walau bagaimanapun, kita harus menyedari bahawa kekecewaan ini adalah realistik dan pragmatik. Apa yang dicari-cari oleh NextGens ialah sokongan dari segi pembangunan kepakaran dan pengalaman yang diperlukan untuk mereka berjaya. Pandangan mereka boleh disimpulkan sebagai: "Bantu saya untuk menyerlahkan potensi saya agar saya berpeluang mendapat kemahiran dan pengalaman yang saya perlukan untuk menjawat jawatan kepimpinan impian saya."

'Mereka merupakan kumpulan yang pelbagai dari segi keperluan dan juga cita-cita mereka. NextGens memerlukan pendekatan yang dibangunkan berkisarkan pemahaman tentang keperluan dan cita-cita mereka dan kaji selidik ini memberi panduan penting untuk langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil oleh mereka.'

Kaji selidik ini mengenal pasti empat persona utama NextGens, berdasarkan pandangan mereka mengenai kemahiran, sumbangan dan matlamat kerjaya mereka. Persona-persona ini ialah:

Pengubah: Pemimpin masa depan yang berkeyakinan (46% responden)
Pengubah bermatlamat untuk memimpin perubahan dalam perniagaan keluarga dan lebih berkemungkinan untuk bercita-cita menyandang jawatan eksekutif dalam tempoh lima tahun (56% pengubah mengatakan tentang hal ini berbanding 41% daripada semua 956 responden).

Pengelola: Mengekalkan tradisi dan jaringan sedia ada (26% responden)
Pengelola lebih berkemungkinan berumur lebih 35 tahun berbanding NextGens lain (42% berbanding 36% daripada semua responden) dan menyandang jawatan pengurusan (44% berbanding 39% daripada semua responden).

Usahawan dalaman: Membuktikan diri anda dengan mengendalikan usaha niaga di bawah naungan keluarga (20% responden)
Usahawan dalaman lebih berkemungkinan untuk merasakan perlunya membuktikan diri anda sebelum menyampaikan idea-idea untuk mencetuskan perubahan (27% berbanding 21% daripada semua responden).

Usahawan: Mengikuti laluan anda sendiri di luar perniagaan keluarga (8% responden)
Usahawan kurang berkemungkinan melihat diri mereka sebagai pemimpin masa depan bagi sesebuah perniagaan keluarga — walaupun mereka ingin memimpin perniagaan mereka sendiri — dan lebih berkemungkinan untuk bercita-cita menjawat jawatan tadbir urus dalam sesebuah perniagaan keluarga (sebagai contoh, dalam majlis keluarga).

Kaji selidik ini memberi panduan khusus untuk setiap persona dari segi bagaimana mereka harus mendekati pembangunan profesional mereka.

Vicki Huff Eckert, pemimpin AS dan global, PwC New Ventures berkata,

'Penting untuk memahami kepentingan pendekatan rentas generasi. Dalam sesetengah perniagaan keluarga, mungkin terdapat sehingga lima generasi yang kesemuanya bekerja bersama-sama dalam sebuah syarikat. Setiap generasi cenderung untuk mempunyai sifat-sifat yang boleh menimbulkan perselisihan dengan individu-individu di sekeliling mereka — namun mereka juga mempunyai pandangan, pengalaman dan kemahiran yang boleh memberi manfaat kepada perniagaan.

'Menerapkan sifat-sifat terbaik daripada setiap generasi — mengetahui waktu untuk melepaskan golongan muda memimpin dan bila untuk mengawal mereka – boleh mencetuskan perubahan antara sekadar berjuang untuk terus hidup dan mewariskan perusahaan yang berkembang pesat kepada generasi seterusnya.'

Catatan untuk editor:

Kaji selidik ini, Agents of change: Earning your licence to operate (Agen perubahan: Peroleh lesen anda untuk beroperasi), memanfaatkan pandangan daripada lebih 950 NextGens dari 69 wilayah merentas lima benua dan 11 industri.

Anda boleh melihat laporan tersebut di sini: www.pwc.com/nextgensurvey 

Latar Belakang PwC

Di PwC, tujuan kami adalah untuk membina kepercayaan dalam masyarakat dan menyelesaikan masalah-masalah yang penting. Kami merupakan jaringan firma dalam 157 negara bersama lebih 276,000 orang yang komited untuk membawakan kualiti dalam khidmat jaminan, khidmat nasihat dan khidmat cukai. Ketahui lebih lanjut dan maklumkan kepada kami tentang apa yang penting buat anda dengan mengunjungi kami di www.pwc.com.

PwC merujuk kepada rangkaian PwC dan/atau salah satu atau lebih daripada firma-firma anggotanya, setiap satu merupakan entiti undang-undang berasingan. Sila rujuk www.pwc.com/structure untuk butiran lanjut. 

© 2019 PwC. Hak cipta terpelihar

 

Source: PwC
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Survey, Polls & Research