omniture

Di Eropah, Untuk Eropah: Huawei Bina Perikatan untuk Era Pintar

Huawei
2019-11-08 03:34 490

Huawei eco-Connect Europe 2019 diadakan di Paris

PARIS, 8 November 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengadakan eco-Connect Europe 2019 di Paris, Perancis menerusi tema "Mendayakan Masa Depan Terhubung Digital Sepenuhnya (DigitALL)". Persidangan berkenaan memberi tumpuan pada jalinan kerjasama yang saling memberi manfaat antara Eropah dan Huawei dalam era kecerdasan dan menarik lebih 500 rakan kongsi serta 4,200 peserta.

Tatkala syarikat mendekati 20 tahun pengalaman dalam pasaran Eropah pada tahun hadapan, Huawei terlibat secara meluas dalam mendayakan pendigitalan Eropah. Syarikat mengkhusus untuk mencipta ekosistem terbuka dengan ketersambungan merata, kecerdasan pervasif dan platform digital yang dikumpul oleh pengalaman industri yang membantu negara-negara dan perusahaan-perusahaan Eropah mencapai kejayaan dalam transformasi digital dan fasa kitaran ekonomi yang seterusnya. Dalam lima tahun akan datang, Huawei akan melabur sebanyak 100 juta EUR bagi membina ekosistem AI Ascend dan menerajui pembangunan era pintar yang baharu.

Ekonomi digital ialah enjin yang memacu pertumbuhan ekonomi global dan peluang untuk Eropah menjamin kedudukan perindustrian yang baik dalam pasaran global

Ekonomi digital telah menjadi asas perindustrian, model perniagaan dan bentuk ekonomi baharu yang paling penting di seluruh dunia. Dalam dua dekad akan datang, pendigitalan perindustrian akan menjadi trend terbesar dan peluang untuk pembangunan ekonomi. Huawei komited untuk membantu perusahaan menyepadukan teknologi dengan senario industri dan mendayakan transformasi digital industri ini. Eropah mempunyai keunggulan seluruh dunia dalam pendidikan, bakat dan penyelidikan asas, selain ekosistem inovatif dengan daya kreativiti yang luas serta asas rantaian perindustrian yang mantap. Lebih daripada satu perempat daripada syarikat-syarikat Fortune 500 dunia adalah dari Eropah. Pembangunan ekonomi digital akan menjadi peluang untuk Eropah menjamin kedudukan perindustrian yang baik dalam pasaran global.

Ketersambungan + Kecerdasan + Platform Digital – Huawei bawakan rakan-rakan kongsi Eropah dengan "kunci emas pintar"

Meskipun transformasi digital merupakan trend yang dominan, terdapat banyak cabaran sepanjang perjalanannya. Perusahaan-perusahaan berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan dan kecekapan operasi secara sistematik dan secara asasnya menyelesaikan masalah tertentu sambungan data, kolaborasi perniagaan dan inovasi mantap dalam transformasi perusahaan bagi merealisasikan transformasi perniagaan dipacu data.

En. Yan Lida, Pengarah Lembaga Huawei Technologies dan presiden Huawei Enterprise Business Group
En. Yan Lida, Pengarah Lembaga Huawei Technologies dan presiden Huawei Enterprise Business Group

Daripada 228 syarikat Fortune 500 seluruh dunia yang telah memilih Huawei untuk menjadi rakan kongsi transformasi digital mereka, hampir 50 syarikat adalah dari Eropah. En. Yan Lida, Pengarah lembaga Huawei Technologies dan presiden Huawei Enterprise Business Group, berkata, "Kami telah mengamalkan transformasi digital dan mencari laluan yang berdaya maju selama bertahun-tahun. Kami telah menjumpai kunci emas untuk membuka pintu pasaran yang bernilai trilion USD ini – Horizon Digital Platform. Mempunyai pengumpulan yang luas, seni bina tertumpu, ekosistem terbuka dan tinggi kecekapan, Horizon Digital Platform menggunakan awan sebagai asas untuk menghubungkan proses perniagaan, berkongsi data perniagaan dan mendayakan aliran maklumat yang lancar melalui pengoptimuman dan penyepaduan ICT baharu serta pengagregatan data perkhidmatan. Platform ini bukan sahaja membolehkan kolaborasi perkhidmatan yang lebih baik dan inovasi perniagaan yang mantap untuk pelanggan perusahaan, tetapi juga meletakkan asas untuk pembinaan dunia digital sepenuhnya. Bagi pendayaan aplikasi, platform ini menyokong pembangunan pantas dan penggunaan aplikasi yang fleksibel. Dalam sambungan terminal, platform ini memanfaatkan ketersambungan merata bagi meningkatkan kolaborasi antara awan, saluran dan peranti, menghubungkan dunia fizikal dan dunia digital. Huawei akan membuka seni bina platform untuk menjamin perkhidmatan, componentization (pemecahan kepada komponen-komponen) dan sokongan untuk penggunaan berbilang persekitaran, membantu pelanggan untuk memilih kombinasi yang paling sesuai dengan keperluan perniagaan mereka. Huawei akan turut berkongsi keupayaan untuk membantu rakan-rakan kongsi memaksimumkan penggunaan platform untuk menawarkan perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan. Huawei telah mencapai kejayaan dalam pelbagai senario perindustrian, seperti Bandar Pintar, Kampus Pintar dan Lapangan Terbang Pintar. Kisah kejayaan kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Duisburg di Jerman, Sardinia Isle di Itali dan Lapangan Terbang Dubai di Emiriah Arab Bersatu."

Dengan tiga hala tuju strategik iaitu ketersambungan, kecerdasan dan platform digital, Huawei akan membina ekosistem digital terbuka di Eropah, termasuk penerokaan aplikasi teknologi baharu seperti 5G melalui pusat-pusat inovasi bersama berorientasi pelanggan, melabur dalam ekosistem Ascend untuk mendayakan industri AI dan memanfaatkan OpenLab sebagai platform inovasi terbuka bagi menggalakkan penyelesaian khusus-industri bersama rakan-rakan kongsi.

Di bawah tema "Membina Dunia Pintar Terhubung Sepenuhnya", Huawei demonstrasikan sepenuhnya keupayaan Teknologi Digital

Huawei bekerjasama dengan lebih 20 rakan kongsi perikatan dan penyelesaian termasuk Orange Business Services, Intel, SUSE, T-systems, Dedalus dan Wipro untuk mendemonstrasikan penyelesaian dan kisah kejayaan mereka dalam tujuh industri utama: Bandar Pintar, pembuatan, kewangan, tenaga, pengangkutan, peruncitan dan penjagaan kesihatan.

Sebagai contoh, Huawei, FESTO dan Quicktron bersama-sama mendemonstrasikan untuk membawakan sambungan AGV berkos rendah, lebar jalur ultra tinggi, kependaman ultra rendah dan keupayaan perayauan lancar melalui Wi-Fi 6 + 5G + pensuisan optik bagi memenuhi keperluan mudah alih kawasan luas pada kampus dalam transformasi digital industri pembuatan.

Huawei dan rakan kongsi perisian pembuatan Gefasoft juga bersama-sama mendemonstrasikan bagaimana penyelesaian pemecutan aplikasi utama dapat mengoptimumkan prestasi perkhidmatan dalam sistem pengeluaran dan mengekalkan kesinambungan perniagaan dalam talian, lalu menunjukkan potensi dan kelebihan hebat Huawei dalam AI tindanan penuh kolaboratif pengkomputeran pinggir dan awan pinggir pada masa depan.

Huawei bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi utama industri untuk siarkan berita terkini tentang kerjasama dan kemajuan pembinaan ekosistem terbuka di Eropah

Semasa berlangsungnya persidangan Huawei eco-Connect Europe, Huawei bekerjasama dengan beberapa perusahaan yang terkemuka dalam industri untuk meluaskan ekosistem dan melanjutkan skop kerjasama mereka.

  • Huawei dan StorTrec menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk bersama-sama menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan lanjutan yang lebih baik bagi produk-produk Pengkomputeran Pintar kepada pengguna akhir pada masa depan.
  • Huawei menandatangani MOU dengan rakan-rakan kongsi penyelesaian aplikasi pintar seperti StoryTemple B.V. dan AGS Italy, untuk bersama-sama menginovasi berdasarkan platform pengkomputeran AI utama Huawei untuk membawakan masa depan yang lebih baik kepada masyarakat.

Huawei percaya bahawa potensi hebat era pintar boleh dirangsang hanya dengan membina ekosistem dengan rakan kongsi, berkongsi dividen teknologi dalam seluruh rantaian industri dan mencipta asas infrastruktur ICT era-pintar yang menawarkan pengalaman pelanggan yang unggul serta beradaptasi sepenuhnya terhadap keperluan sebenar perusahaan Eropah. Huawei berusaha untuk mewujudkan ekosistem terbuka melalui ketersambungan + kecerdasan + platform digital utamanya, seraya membuka lembaran baharu dalam era pintar bersama pelanggan dan rakan kongsi Eropah.

Huawei eco-Connect Europe ialah sebuah acara unggulan tahunan yang dihoskan oleh Huawei untuk industri ICT Eropah dan telah diadakan tahun ini di Paris mulai 4-5 November 2019. Persidangan tahun ini bertema "Mendayakan Masa Depan Terhubung Digital Sepenuhnya (DigitALL)" dan bertujuan untuk mewujudkan platform terbuka, bekerjasama dan berkongsi untuk pelanggan dan rakan kongsi meninjau peluang-peluang baharu untuk masa depan yang pintar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.huawei.com/en/press-events/events/hce2019

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191105/2632640-1?lang=0

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment