omniture

Syarikat gergasi jualan runcit China Suning tandatangani perjanjian dengan jenama-jenama luar negara di Ekspo Import Antarabangsa China

Suning Holdings Group
2019-11-09 01:22 537
  • Bakal buka kedai pengalaman yang menumpu pada jenama-jenama baru muncul luar negara di China dalam 3 tahun akan datang untuk mempromosi jenama-jenama luar negara
  • Syarikat gergasi Cina perkukuh kolaborasi dengan badan dagangan Itali ITA dan jenama-jenama Itali

SHANGHAI, 9 November 2019 /PRNewswire/ -- Suning Holdings Group – syarikat gergasi komersial yang menduduki tempat kedua antara 500 perusahaan milik bukan kerajaan di China dengan pendapatan tahunan mencecah kira-kira EUR 77 bilion – telah menandatangani perjanjian dengan berpuluh-puluh jenama luar negara di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE).

Suning turut memilih pameran perdagangan yang luas itu, yang kini memasuki tahun keduanya dan diwujudkan untuk meningkatkan perdagangan dua hala, bagi mendedahkan rancangan untuk membuka 150 kedai pengalaman yang memberi tumpuan pada jenama-jenama baru muncul luar negara di China sepanjang tiga tahun akan datang bagi mempromosikan jenama-jenama antarabangsa.

Suning, yang akan menyambut ulang tahun ke-30 pada tahun 2020, mengumumkan kontrak-kontrak dengan berpuluh-puluh jenama antarabangsa yang berbeza semasa Persidangan Rentas-Sempadan Wilayah Jiangsu yang berlangsung di CIIE hari ini. Perjanjian ini memperlihatkan usaha berterusannya untuk membawakan rangkaian luas jenama antarabangsa untuk generasi baharu pengguna Cina dan menjadi rakan kongsi pilihan buat mereka yang ingin meneroka pasaran Cina.

Suning berminat khususnya untuk meneroka perjanjian dengan jenama-jenama luar negara khusus dan berkualiti tinggi serta perniagaan-perniagaan yang dapat membantu mencipta pengalaman produk unggul dan gaya hidup beraspirasi. Berserta rancangan untuk membuka 150 kedai pengalaman baharu yang direka untuk menyediakan pintu masuk kepada pengguna Cina bagi mengakses dan mendapat inspirasi daripada jenama-jenama antarabangsa utama, perniagaan ini juga bersedia untuk melancarkan kedai pintar berkualiti tertinggi Suning International yang inovatif di Shanghai semasa separuh pertama tahun 2020.

16 jenama yang menandatangani perjanjian semasa CIIE termasuk beberapa jenama Itali seperti pengeluar perkakas De'Longhi, jenama penjagaan kulit Perlier dan pengeluar kosmetik Bolton Group. Jenama-jenama lain termasuk perbadanan produk makanan multinasional Perancis Danone, pembuat jam tangan Amerika Timex, syarikat pemprosesan makanan kedua terbesar di Brazil Marfrig Global Foods dan firma Korea Selatan NUC Electronics.

En. Steven Zhang, Presiden Suning International, yang menggalas tanggungjawab utama untuk menerajui cita-cita antarabangsa Suning berkata: "Kami memberi tumpuan untuk membawakan produk-produk kediaman, fesyen dan gaya hidup yang bergaya dan berkualiti tinggi dari seluruh dunia ke China, melalui inovasi Jualan Runcit Pintar dan perkongsian jenama berhemat, bagi menampung keperluan untuk generasi baharu pengguna Cina. Perjanjian yang ditandatangani oleh kami semasa CIIE memperlihatkan komitmen kami untuk menghubungkan Timur dan Barat bagi memudahkan peluang komersial bersama dan pertukaran budaya, termasuk untuk jenama-jenama yang berhasrat untuk meneroka pasaran Cina – dan kami berharap dapat menandatangani lebih banyak perjanjian seperti ini dalam masa terdekat."

Awal minggu ini di CIIE, Suning menandatagani perkongsian tiga tahun dengan Italian Trade Agency (ITA) bersama-sama Pengerusi ITA Carlo Ferro dengan kehadiran Menteri Luar Negeri Itali Luigi Di Maio. En. Di Maio memuji-muji sumbangan oleh Suning dalam usaha membawa jenama-jenama Itali yang asli ke China dan tidak sabar-sabar menantikan pembangunan masa depan produk-produk Itali dalam pasaran Cina melalui saluran jualan runcit global Suning.

Di bawah perjanjian ini, ITA akan bekerjasama erat dengan Suning bagi membantu memperkenalkan lebih banyak jenama Itali ke China, merentas segmen reka bentuk, fesyen, teknologi, wain dan makanan istimewa. Perkongsian ini akan turut menyaksikan ITA menyokong 'Akademi Peruncitan Suning-Itali', program latihan yang diwujudkan untuk menyokong pembeli-pembeli luar negara profesional.

Suning telahpun menandatangani perjanjian dengan 150 jenama Itali tahun ini, dengan satu pertiga daripada jenama-jenama ini diperkenalkan ke China buat julung kalinya, seperti jenama wain Biondi Santi dan Culti, jenama minyak wangi. Jenama-jenama Itali lain yang memeterai perjanjian dengan Suning termasuk nama-nama yang biasa didengar merentas industri-industri berbeza termasuk Technogym, Versace, Armani, illy dan San Benedetto.

En. Zhang sendiri ditempatkan di pejabat Milan Suning, yang mana pada pembukaan tahun 2018 dilihat sebagai pemangkin untuk pertumbuhan Eropah Suning International. Di bawah bimbingan beliau, perniagaan ini meramalkan bahawa sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah pendapatannya akan diperoleh daripada perniagaan antarabangsa menjelang akhir tahun 2020.

Suning Holdings Group ialah pemilik Suning.com, subsidiari jualan runcit pintar yang kini tersenarai sebagai jenama jualan runcit yang paling bernilai di China. Ia dimasukkan ke dalam Senarai Fortune Global 500 bagi syarikat-syarikat yang terbesar di dunia selama tiga tahun berturut-turut, dengan jumlah nilai jenama mencecah kira-kira EUR 34 bilion dan pendapatan kendalian melebihi kira-kira EUR 33 bilion. Minggu lalu, Suning.com melaporkan pendapatan sebanyak lebih EUR 23.62 bilion dalam tiga suku pertama tahun 2019.

Latar Belakang Suning Holdings Group:

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2019, Suning Holdings Group tersenarai sebagai tiga jenama terbaik antara 500 perusahaan milik bukan kerajaan terkemuka di China dengan pendapatan tahunan mencecah RMB 602.5 bilion (kira-kira EURO 77.24 bilion) dan terus mengungguli senarai bagi kategori peruncitan Internet. Berpegang kepada misi perusahaan iaitu "Menerajui Ekosistem merentas Industri-industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya sebagai jualan runcit melalui ekosistem korporat yang terdiri daripada pelbagai industri vertikal, termasuk hartanah komersial, perkhidmatan kewangan dan sukan. Suning.com, subsidiari utama yang mempelopori peruncitan dalam talian dan luar talian, telah tersenarai dalam Fortune Global 500 selama tiga tahun berturut-turut dari tahun 2017 hingga 2019.

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Banking/Financial Service Retail Licensing/marketing agreements Trade show news