omniture

Long Asia Group taja forum dagangan FX tarik ratusan di Thailand

Long Asia Group
2019-11-11 16:25 458

CHIANG MAI, Thailand, 11 November 2019 /PRNewswire/ -- Perdagangan tukaran asing (FX) telah berkembang menjadi jenis pelaburan yang popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan perdagangan dalam pasaran FX mencecah US$6.6 trilion sehari pada April 2019, meningkat US$5.1 trilion tiga tahun yang lalu [1].

Long Asia Group sponsored FX trading forum attracts hundreds in Thailand
Long Asia Group sponsored FX trading forum attracts hundreds in Thailand

Walau bagaimanapun, meskipun terdapatnya populariti yang semakin meningkat, hanya sekitar 10 peratus pelabur di seluruh dunia memahami bagaimana produk pelaburan yang rumit ini berfungsi menurut syarikat pelaburan Long Asia Group. Oleh itu, syarikat berkenaan kini memberi tumpuan pada perdagangan FX, berharap agar dapat memperkenalkan jenis pelaburan ini kepada lebih ramai pedagang.

Long Asia menaja sesi latihan FX pertamanya yang dianjurkan oleh Forex Bangkok di Chiang Mai pada 10 November bersama sekitar 300 peserta yang belajar tentang elemen-elemen penting bagi jenis pelaburan yang kompleks ini.

"Amat penting untuk pemula forex mendapatkan asas-asas yang ditetapkan untuk asas dalam pendidikan perdagangan forex seperti konsep asas, leveraj dan margin, jenis pesanan, dan pasangan mata wang yang paling popular serta kelas aset dan banyak lagi. Kami juga ingin berkongsi bersama pedagang yang lebih berpengalaman cara untuk menavigasi sekitar pasaran-pasaran sentiasa berubah-ubah memandangkan jumlah maklumat yang tidak berkesudahan mengalir ke arah mereka dari pelbagai arah. Mereka boleh membuat pertimbangan dan keputusan yang betul apabila mereka memahami peranan ekonomi dan hubungan bekalan/permintaan serta penunjuk dan analisis sentimen bagi membantu keputusan membeli/menjual," kata Raymond Au, Pengarah Pembangunan Perniagaan APAC di Long Asia Group.

Menuju masa depan, Long Asia merancang untuk mengadakan Forum Pedagang-pedagang di Vietnam pada awal Januari 2020. Forum berkenaan akan menawarkan pendidikan pelaburan bursa asing kepada sekitar 200 peserta. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Long Asia Group.

Latar Belakang Long Asia Group 

Ditubuhkan pada tahun 1999, Long Asia ialah sebuah syarikat bersepadu rentas serantau berbilang perniagaan Singapura, yang mempunyai subsidiari-subsiadiari di Hong Kong, Malaysia, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Kumpulan ini komited untuk menyediakan bursa tukaran mata wang asing, sekuriti, derivatif, niaga hadapan, pengurusan aset, hartanah global dan perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada pelanggan-pelanggan bernilai bersih tinggi di seluruh dunia.

Kini, Long Asia memegang pelbagai lesen pengawalseliaan kewangan nasional termasuk:

- Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS)
- OTC, lesen-lesen Jenis 4 dan Jenis 9 bagi Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong (SFC)
- Lesen Penjelasan dan Keahlian bagi Bursa Komoditi dan Derivatif Indonesia (ICDX)

Hubungan Media

Nama: Raymond Au - Pengarah, Pembangunan Perniagaan APAC
Emel: raymond.au@longasiagroup.com

Telefon: +852 9370 5086

[1]https://www.bis.org/statistics/rpfx19_fx.htm

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191111/2632582-1?lang=0

Source: Long Asia Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology