omniture

Memperkenalkan "JOOX Coins Redemption Center" dengan keahlian VIP percuma, perkidmatan K-Plus dan pelbagai tawaran hebat!

Ambil peluang ini untuk menangi tiket Anugerah Muzik Melon 2019 yang dinanti-nantikan.
JOOX
2019-11-12 18:18 696

KUALA LUMPUR, Malaysia, Nov. 12, 2019 /PRNewswire/ -- Peminat muzik, inilah peluang anda untuk menjadi ahli VIP JOOX secara percuma dan menikmati muzik tanpa had dari artis kegemaran anda bila-bila masa, di mana- mana saja dengan aplikasi yang kini boleh didapati melalui desktop dan telefon bimbit! JOOX, aplikasi strim muzik yang paling popular di Asia[1] dengan pustaka melebihi 30 juta trek, memperkenalkan "JOOX Coins Redemption Center", salah satu ciri yang membolehkan pengguna di Malaysia untuk menangi JOOX syiling dan menebus tawaran berdasarkan pilihan mereka.

Apakah tawaran yang boleh anda tebus?

Pelbagai ganjaran boleh ditebus di Pusat Penukaran Syiling JOOX, termasuk keahlian JOOX VIP percuma, perkhidmatan K-Plus serta penyertaan dalam beberapa acara muzik eksklusif. Tambahan pula, untuk tempoh yang terhad, anda kini boleh menebus keahlian JOOX VIP sehari dengan hanya 32 syiling (syiling VS 48 pada asalnya)!

Bagaimana untuk mendapat JOOX Coin?

Selain daripada membeli syiling JOOX secara langsung dalam aplikasi JOOX, kini anda juga boleh menangi sehingga 300 syiling JOOX secara percuma dengan melengkapkan misi mudah yang berbeza setiap hari yang akan dipaparkan pada bahagian "Tugasan & Ganjaran" app. Tugas harian dan tugas yang tidak terhad termasuk perkongsian menerusi siaran secara langsung ke Facebook dan WeChat Moments, di mana peserta yang menonton siaran secara langsung dan mengongsikan rakaman karaoke, mendengar rakaman karaoke dan menyanyi dalam video karaoke.

Tugas harian yang boleh dilaksanakan dengan goyang kaki! Cabarlah diri anda dan tuntutilah syiling JOOX percuma anda untuk menebus lebih banyak lagi kejutan yang disediakan oleh JOOX!

Peminat K-Pop, bersiap sedialah untuk lebih banyak lagi kejutan!

Adakah anda peminat K-Pop? Inilah berita baik untuk anda! Tidak lama lagi anda boleh menggunakan syiling JOOX yang anda kumpulkan ini untuk menghadiahkan pada idola Korea anda di salah satu anugerah muzik yang terbesar di Korea – Anugerah Muzik Melon 2019 (MMA). Semakin banyak anda memberi hadiah, semakin tinggi peluang anda untuk menangi tiket untuk menikmati persembahan bintang K-Pop kegemaran anda dalam acara istimewa ini secara langsung! Mulai hari ini, pastikan anda selesaikan tugas harian anda untuk menerima lebih banyak JOOX coin dan menghadiahkan coin tersebut di https://joox.page.link/uVFNW5! Ikuti laman untuk maklumat lanjut.

Memperkenalkan "JOOX Coins Redemption Center" dengan keahlian VIP percuma, perkidmatan K-Plus dan pelbagai tawaran hebat!
Memperkenalkan "JOOX Coins Redemption Center" dengan keahlian VIP percuma, perkidmatan K-Plus dan pelbagai tawaran hebat!

1.  JOOX adalah aplikasi streaming muzik yang paling banyak dimuat turun di Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Malaysia di Apple App Store dan Google Play Store. Sumber: App Annie, data tahunan sehingga Disember 2018.

Dengar musik dan tonton video, acara atau konsert bila-bila masa dan di mana jua anda berada! Anda boleh muat turun aplikasi JOOX di Apple App Store dan Google Play Store atau menerusi laman web JOOX. Ikuti JOOX untuk dapatkan informasi muzik terkini dan acara secara langsung dari artis tempatan dan antarabangsa dari JOOX!

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

Mengenai JOOX

JOOX adalah aplikasi muzik percuma yang disediakan untuk pencinta muzik. Dengan pustaka hits yang luas dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai lagu yang diperibadikan. Pengguna bakal menemui muzik baru yang hebat dengan lagu-lagu dan stesen radio yang disyorkan khas dengan cita rasa dan perasaan pengguna. Kini, JOOX boleh didapati dalam versi iOS, Android dan Desktop (Window/Mac) dan pengguna boleh menikmati lagu-lagu yang berkualiti tinggi di setiap masa dan dimana jua.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191112/2639923-1?lang=0

Source: JOOX
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Music Telecommunications New products/services