omniture

Gesaan Tindakan Kemajuan Kestabilan Siber: Suruhanjaya Global (GCSC) Lancar Laporan Akhir

The Global Commission on the Stability of Cyberspace (GCSC)
2019-11-13 00:27 128

Dibentangkan di Forum Keamanan Paris, laporan GCSC tampilkan rangka kerja kestabilan siber dan usul pada waktu kritikal dalam masa depan ruang siber 

PARIS, 12 November 2019 /PRNewswire/ -- Suruhanjaya Global Kestabilan Ruang Siber (GCSC) hari ini mengeluarkan laporan akhirnya Advancing Cyberstability, sebagai sebahagian panel yang diadakan di Forum Keamanan Paris 2019. Stef Blok, Menteri Hal Ehwal Luar Negara Belanda, Jean-Yves Le Drian, Menteri Hal Ehwal Eropah dan Luar Negara Perancis, dan David Koh, Ketua Eksekutif, Agensi Keselamatan Siber Singapura, melancarkan laporan itu dan meletakkan dapatan dalam konteks usaha global yang berterusan untuk meningkatkan keselamatan antarabangsa di ruang siber. Pengerusi Bersama Suruhanjaya, Michael Chertoff dan Latha Reddy, bersama bekas Pengerusi Marina Kaljurand, mengemukakan cadangan dan mengulas mengenai pendekatan strategik dan tugas GCSC.

Laporan ini mewakili kemuncak himpunan tugas Suruhanjaya selama tiga tahun kebelakangan, menawarkan rangka kerja, prinsip, norma tingkah laku, dan saranan kestabilan siber, untuk komuniti antarabangsa dan ekosistem yang lebih luas.

"Awal tahun ini, 28 negara anggota EU menyokong rangka kerja sekatan yang menyasarkan aktiviti siber yang berniat jahat. Hari ini, GCSC menyatukan satu set norma dan prinsip untuk tingkah laku pelaksana negeri dan bukan negeri. Ini merupakan sumbangan penting kepada ruang digital di mana ketenteraman dan keamanan mesti dikekalkan," kata Stef Blok, Menteri Hal Ehwal Luar Negara Belanda, pengasas bersama GCSC. "Oleh kerana kestabilan di ruang siber berkaitan secara langsung dengan kestabilan 'dunia sebenar', kerangka kerja kestabilan siber seperti itu lebih penting daripada sebelumnya. Langkah seterusnya dalam proses berbilang pihak ini adalah untuk mengumpulkan bukti dan mempertangjungjawabkan mereka yang melanggar peraturan. Bersama-sama kita mesti meningkatkan akauntabiliti dan menggabungkan semua persoalan, antara kerajaan, firma teknologi dan keselamatan, dan masyarakat madani. "

Usaha Suruhanjaya dicetuskan daripada keinginan untuk menangani ketidakstabilan sosial dan politik yang semakin meningkat akibat tindakan berniat jahat dalam ruang siber. Keadaan ini semakin merosot seperti yang dibuktikan oleh peningkatan jumlah dan kecanggihan serangan siber oleh pelaksana negera dan bukan negara, yang semakin meletakkan risiko kepada manfaat ruang siber. Dalam persekitaran yang semakin tidak menentu ini, terdapat kekurangan persefahaman dan kesedaran antara komuniti yang melaksanakan usaha dalam isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan siber antarabangsa. Dengan laporan ini, GCSC berhasrat untuk menyumbang kepada usaha antarabangsa untuk menangani cabaran-cabaran ini.

"Kestabilan siber dan tadbir urus adalah berkait rapat secara semula jadi," tambah Michael Chertoff, Pengerusi Bersama GCSC. "Seiring dengan perkembangan zaman digital dengan begitu pesat, kerajaan dan masyarakat tidak mempunyai tahap pertukaran yang diinginkan, apatah lagi proses pembuatan keputusan yang diperlukan untuk memastikan kestabilan ruang siber. Upaya GCSC melengkapi usaha organisasi lain, dan akan mempengaruhi cara para pelaksana penting yang dapat saling terlibat dan berkolaborasi ke arah ruang siber yang stabil. " 

Menekankan pendekatan yang bersepadu dan berbilang pemegang kepentingan, rangka kerja ini mencerminkan langkah-langkah teknologi, produk dan operasi, serta memberi tumpuan kepada perubahan tingkah laku yang diperlukan dalam kalangan semua pemegang kepentingan.

"Penyiaran laporan akhir ini bukanlah satu akhiran, melainkan ia permulaan usaha baharu untuk melaksanakan prinsip, norma, dan usul yang dicadangkan," kata Latha Reddy, Pengerusi Bersama GCSC. "Beban in terletak pada semua pihak berkepentingan-- pemerintah, industri, masyarakat madani--untuk bekerjasama, mengguna pakai dan melaksanakan amalan yang diterima untuk membantu mengukuhkan kestabilan siber. Taruhan lebih tinggi dari sebelumnya, yang menentukan tindak balas dalam bentuk tindakan."

Berikutan penerbitan ini, ahli GCSC akan terus menyokong dan melibatkan diri dengan komuniti masing-masing. Input dan maklum balas daripada kumpulan-kumpulan ini mencerminkan interaksi dengan pakar-pakar negeri dan bukan negara dan akan menjadi asas untuk menyokong laporan itu di masa hadapan.

Untuk gambar keseluruhan, lihat Helaian Fakta dan untuk salinan laporan, sila lawati Advancing Cyberstability.

Latar Belakang Suruhanjaya 

Dilancarkan pada Persidangan Keselamatan Munich 2017, misi Suruhanjaya Global Kestabilan Ruang Siber adalah untuk membangunkan cadangan bagi norma dan dasar untuk meningkatkan keselamatan dan kestabilan antarabangsa dan membimbing tingkah laku negara dan bukan negera yang bertanggungjawab di alam maya. Suruhanjaya membantu untuk menggalakkan kesedaran dan pemahaman bersama antara pelbagai komuniti ruang siber yang mengendalikan isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan siber antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.cyberstability.org

Source: The Global Commission on the Stability of Cyberspace (GCSC)
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Publishing/Information Service Telecommunications European Government Survey, Polls & Research Trade show news