omniture

Ucommune Tuan Rumah Persidangan INS Dunia ke-4 di Beijing, Lancar Kertas Putih Trend Masa Depan

Ucommune
2019-11-13 08:56 372

BEIJING, 13 November 2019 /PRNewswire/ -- Ucommune, pengendali komuniti bekerja bersama terbesar China, baru-baru ini menjadi tuan rumah Persidangan INS Dunia ke-4 di Beijing, China. Direka bentuk untuk memudahkan pertukaran maklumat dan kerjasama dalam ekonomi inovasi, persidangan tahun ini menghimpunkan ribuan usahawan dan pemimpin pemikir dengan tema "Masa Depan Penciptaan Bersama", menggemakan tiga nilai teras Ucommune, "Inovasi, Rangkaian dan Perkongsian".

Ucommune Terbitkan Kertas Putih Trend Masa Depan
Ucommune Terbitkan Kertas Putih Trend Masa Depan

Persidangan ini mengalu-alukan lebih 50 pakar, sarjana, pemimpin industri, institusi pelaburan dan usahawan inovasi untuk membincangkan barisan topik popular terdiri daripada penyelesaian cara hidup pintar sehingga kepada inovasi dan perkembangan perniagaan.

Ucommune Jadi Tuan Rumah Persidangan INS Dunia ke-4 di Beijing
Ucommune Jadi Tuan Rumah Persidangan INS Dunia ke-4 di Beijing

"Sebagai pengendali komuniti bekerja bersama terbesar China, menjadi tanggungjawab kami untuk menghubungkan manusia dan memudahkan pertukaran idea untuk memacu inovasi," kata Dr Daqing Mao, Pengasas dan Pengerusi Ucommune. "Kini dalam tahun keempatnya, Persidangan Dunia INS menghimpunkan minda paling pintar dari seluruh negara untuk mencipta dan berkongsi. Diperkaya dengan semangat inovasi, perkongsian dan perhubungan, persidangan ini melihat cara trend teknologi masa depan, idea kreatif dan pembangunan budaya mengubah kehidupan dan pekerjaan kita sehari-hari."

Semasa persidangan, Ucommune mengumumkan dapatan kertas putih tahunan mereka "Masa Depan Penciptaan Bersama: Laporan Trend Masa Depan pada 2019" yang menyediakan wawasan akademik berharga untuk penganalisis data, pemerhati ekonomi dan pengkaji politik. Laporan 96 halaman ini mengandungi data daripada 76 set data dan sepuluh bandar untuk menyemak cara kecerdasan buatan akan membentuk kediaman masa depan, ruang awam, dan perniagaan merentasi sembilan senario dan industri: teknologi rantaian blok; 6G; sistem penjagaan kesihatan keluarga terhubung; aplikasi realiti maya (VR); pemanduan berautonomi dan pengenalpastian wajah.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://www.ucommune.com/en/

Latar Belakang Ucommune 

Ucommune ialah pengendali komuniti bekerja bersama di China. Setakat 30 Jun 2019, Ucommune menguruskan 200 ruang bekerja bersama di 44 bandar di China Besar, Singapura dan Bandar Raya New York. Perkhidmatan ruang bekerja bersama di luar talian milik Ucommune termasuk model bekerja bersama U Space kendalian kendiri, ruang tersuai U Studio dan U Design, dan model aset ringan U Brand dan U Partner. Dengan penerokaan selama empat tahun, Ucommune merangsang ekosistem bekerja bersama pintar pada skala global, tempat ahli kami boleh memanfaatkan rangkaian kami bagi membebaskan potensi mereka dan mencipta nilai maksimum secara kolektif.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191111/2638444-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191111/2638444-1-b?lang=0

Source: Ucommune
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research