omniture

SK-II ARTIST SERIES: POWER OF PITERA

SK-II
2019-11-13 17:17 147

MENGUBAH PEMBINAAN JENAMA MELALUI KUASA SENI

NEW YORK, 13 November 2019 /PRNewswire/ -- Menerobos sempadan pembinaan jenama, jenama penjagaan kulit bertaraf global SK-II memperkenalkan "SK-II ARTIST SERIES: POWER OF PITERA™" untuk memperbaharui semula Pitera™ ikoniknya dan pembinaan jenama, bermula dengan penceritaan kisah kepada pengalaman jualan runcit, melalui kuasa seni kolaboratif. Usaha ini dihidupkan menerusi pameran yang pertama seumpamanya di Shanghai dan reka bentuk kedai diinspirasikan seni pertama SK-II untuk outlet unggulan Matsumoto Kiyoshi, Ikebukuro di Tokyo.


Diterajui oleh Carol Lim, pengasas bersama dan salah seorang daripada pasangan kreatif Opening Ceremony dan menampilkan kumpulan artis kreatif global—pengilustrasi Han Ram, majalah reka bentuk "Toilet Paper", pereka tari Ryan Heffington, jurugambar Zhong Lin, "SK-II ATRIST SERIES: POWER OF PITERA™" merupakan projek artistik terbesar oleh SK-II dalam perjalanan transformasi jenamanya setakat ini dan salah satu program bersilang antara kecantikan dan seni yang terbesar di dunia.

Mengambil inspirasi daripada Pitera™ ikonik—kisah penemuan legenda, keajaiban setiap titisan berharga, gerakan "Pat Pat" istimewa dan Kulit Halus Licin, artis-artis menafsirkan semula Pitera™ ikonik melalui pelbagai medium seni seperti kolaj, arca, lukisan, fotografi, grafik, malah tarian yang moden.

Pitera™ merupakan 'Legendary' ('Legenda') oleh Ram Han
Legenda Pitera™--kesemuanya bermula di kilang arak sake di Jepun apabila pemerhatian yang dibuat secara kebetulan terhadap tangan-tangan yang kelihatan luar biasa muda Toji yang berusia dengan perbezaan jelas pada wajah berkedut beliau merungkaikan rahsia POWER of PITERA™. 

Detik legenda ini dihasilkan semula dalam landskap seakan-akan mimpi yang menakjubkan oleh pengilustrasi Ram Han.

"Saya mendapat inspirasi daripada pengalaman peribadi saya dan kenangan-kenangan mistik yang ajaib daripada zaman kanak-kanak saya. Apabila saya mendengar kisah penemuan SK-II, ia meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya. Saya ingin memperbaharui semula kisah penemuan Pitera™ yang menjadi legenda ini menerusi suasana seakan-akan mimpi yang menghasilkan semula keajaiban detik yang tepat peluang pemerhatian itu." –Han Ram

PITERA™ ialah 'a Miraculous drop' ('suatu titisan Menakjubkan') oleh Toilet Paper
Melalui nilai estetika yang berani dan bersifat provokatif, majalah reka bentuk Toilet Paper merangkumkan kuasa ajaib setiap titisan Pitera™.

"Kisah di sebalik kuasa PITERA adalah sangat menarik & unik—hanya satu titisan mengandungi keajaiban. Maka dengan itu, kami fikir… bagaimana sekiranya satu titisan berkuasa ini menjadi unsur magis yang akan menjadi unsur hidup dalam imej? Kami ingin merangkumkan intipati unsur berkenaan dan menggabungkannya dengan nilai estetika provokatif secara visual dan istimewa kami."  –Toilet Paper

PITERA™ ialah 'Pat Pat' oleh Ryan Heffington
Dihasilkan semula sebagai koreografi tarian yang menyeronokkan, gerakan 'Pat Pat' ikonik SK-II ditingkatkan kepada bentuk seni yang sebenar oleh pereka tari Ryan Heffington.

"Saya ingin mengekspresikan keriangan dalam menggunakan Pitera™ Essence. Ia merupakan suatu proses yang menyeronokkan…seharusnya terdapat sedikit unsur 'jiwa'. Saya ingin menjadikannya nyata dan menjadikannya bersifat manusia." –Ryan Heffington

PITERA™ ialah 'Crystal Clear Skin' ('Kulit yang Halus Licin') oleh Zhong Lin  
Berjuta-juta wanita yang pernah menggunakan Pitera mengalami transformasi kepada Kulit yang Halus Licin (Crystal Clear Skin). Siri fotografik Zhong Lin menerokai kecantikan Kulit yang Halus Licin, mengambil gambar secara evokatif kulit duta-duta jenama SK-II Tangwei dan Ayase melalui kanta sinematik.

"Saya sukakan penemuan rintis. Saya gemar mencabar tradisi. Dengan SK-II, saya ingin menerobos sempadan pada ekspresi Kulit yang Halus Licin SK-II yang ikonik dengan emosi yang hebat. Ini merupakan pengambilan gambar penjagaan kulit yang belum pernah terjadi sebelum ini dengan pelbagai individu kreatif yang benar-benar 'berfikir di luar kotak' menurut pandangan saya. Saya boleh katakan bahawa kempen ini merupakan suatu pencapaian artistik yang menggabungkan fesyen, kecantikan dan penjagaan kulit menerusi cara yang baharu." –Zhong Lin

PITERA™ "Iconic" ("Ikonik") oleh Artist Collective
Kumpulan artis kreatif dari seluruh dunia menafsirkan semula Pitera™ Essence ikonik dengan cara mereka sendiri menerusi kolaj percubaan yang terdiri daripada pelbagai bentuk seni seperti ilustrasi, fotografi, arca dan lukisan.

"Projek ini segala-galanya tentang menghormati imej mantap lagi klasik Pitera™ Essence, sambil memanfaatkan artis-artis baharu untuk mencabar andaian tentangnya."- Chocomoo, Pengilustrasi dari Jepun

"Kita semua mempunyai cara berbeza untuk mengekspresikan Pitera dan itulah yang menjadikannya sangat mengujakan tentang pengalaman berkenaan." Kang Hee Kim, Jurugambar yang berpangkalan di New York.

"Kami ingin memecah kebiasaan stereotaip berhubung bagaimana jenama-jenama kecantikan harus kelihatan dan mencabarnya ke dimensi baharu. SK-II Artist Series: Power of Pitera™ mencerminkan penerokaan yang saya lakukan dalam bidang kerja saya. Anda harus berasa sedikit tidak selesa & takut kerana ia bermakna bahawa anda sedang mencabar diri anda," kongsi Carol Lim, pengasas bersama dan salah seorang daripada pasangan kreatif Opening Ceremony.  "Pendekatan SK-II adalah sangat terbuka dan inilah yang mengujakan kami. Biasanya jenama-jenama menemui kami dengan permintaan khusus namun SK-II berbeza. Ia benar-benar membolehkan kami menyerlahkan daya kreativiti kami dan mahukan kami menafsirkan semula PITERA™ dan jenama ikonik ini dari perspektif kami dengan memberikan usaha kami yang terbaik."

Menyerlahkan kuasa seni untuk membawa dimensi serba baharu kepada pengalaman jualan runcit penjagaan kulit, SK-II melancarkan reka bentuk kedai berilhamkan seni yang pertama seumpamanya untuk outlet unggulan Matsumoto Kiyoshi, Ikebukuro di Tokyo. Menggunakan bahasa reka bentuk diinspirasikan manga, SK-II memperbaharui semula legenda Pitera™ menerusi destinasi membeli belah yang popular ini, mewujudkan pengalaman jualan runcit penjagaan kulit yang unik kepada Jepun.

Ini merupakan sebahagian daripada perjalanan inovasi global yang berterusan SK-II untuk mengubah pengalaman jualan runcit kecantikan dan mewujudkan hubungan bermakna dengan pengguna. Tatkala Future X Smart Stores memanfaatkan teknologi canggih untuk mencipta pengalaman membeli belah yang lebih bermakna, kedai-kedai SK-II Artist Series ("Art-X") menghidupkan pengalaman Pitera™ dengan cara yang menghubungkan pengguna secara unik melalui seni.

"Selama bertahun-tahun kami bekerjasama dengan artis-artis untuk memperbaharui semula PITERA™ Essence ikonik kami melalui reka bentuk edisi terhad. Kami ingin membawa pencapaian ini ke tahap seterusnya dan menerobos sempadan. Sebagaimana yang kami gemar katakan untuk SK-II, jika ia tidak pecah, maka pecahkannya," kongsi Sandeep Seth, Ketua Pegawai Eksekutif, Global SK-II. "Untuk berhubung dengan pengguna generasi ini, ia bukan lagi tentang penjualan produk, tetapi melibatkan dirinya—minda, hati dan jiwa serta mencari cara yang baharu dan bermakna untuk melakukannya. Melalui perkongsian kami dengan Carol Lim, Han Ram, Ryan Heffington, Toilet Paper dan kumpulan artis yang kreatif, kami berupaya menggabungkan dunia kecantikan dan seni untuk memperbaharui semula sepenuhnya PITERA™ ikonik kami dan melibatkan dirinya dengan kisah jenama ikonik kami yang tidak mungkin dapat dijayakan sebelum ini. Kami juga berasa gembira untuk bekerjasama sekali lagi dengan Matsumoto Kiyoshi untuk membawa pengalaman membeli belah yang unik buat pengguna kami, namun kali ini, melalui seni. Ini menonjolkan komitmen berterusan kami agar bukan sahaja menjadikan pengalaman penjagaan kulit tanpa tekanan, tetapi juga lebih bermakna bersama pengguna."

SK-II ARTIST SERIES: POWER OF PITERA™ akan dilancarkan di seluruh dunia pada 9 November menerusi pameran di Shanghai mulai 9 November - 24 November. Kedai Unggulan SK-II Artist Series di Matsumoto Kiyoshi, Ikebukuro, Tokyo akan membuka pintunya pada awal Disember.

Latar Belakang SK-II 
Selama lebih 38 tahun, SK-II telah menyentuh kehidupan berjuta-juta orang wanita di seluruh dunia melalui transformasi kulit dan kehidupan. Kisah yang menakjubkan di sebalik SK-II bermula dengan usaha untuk memahami mengapa pembuat arak sake warga tua berwajah berkedut, namun mempunyai tangan yang luar biasa lembut dan kelihatan muda. Tangan-tangan ini mempunyai sentuhan berterusan dengan proses penapaian sake. Penyelidikan selama bertahun-tahun lamanya diambil untuk para saintis untuk mengasingkan formula keajaiban Pitera™, cecair yang diperoleh secara semula jadi daripada proses penapaian yis. Sejak itu, SK-II with Pitera™ telah menjadi rahsia istimewa yang dikongsi oleh selebriti-selebriti di seluruh dunia seperti Chloe Grace Moretz, Behati Prinsloo Levine, Tangwei, Ni Ni, Chun Xia, Haruka Ayase dan Kasumi Arimura serta Naomi Watanabe. Untuk berita terkini dan maklumat mendalam, sila kunjungi
http://www.sk-ii.com.

Pitera™ is ‘Legendary’ by Ram Han
Pitera™ is ‘Legendary’ by Ram Han

 

Pitera™ is ‘Legendary’ by Ram Han
Pitera™ is ‘Legendary’ by Ram Han

 

PITERA™ is ‘a Miraculous drop’ by Toilet Paper
PITERA™ is ‘a Miraculous drop’ by Toilet Paper

 

PITERA™ is ‘Pat Pat’ by Ryan Heffington
PITERA™ is ‘Pat Pat’ by Ryan Heffington

 

PITERA™ is ‘Crystal Clear Skin’ by Zhong Lin
PITERA™ is ‘Crystal Clear Skin’ by Zhong Lin

 

PITERA™ is “Iconic” by Artist Collective
PITERA™ is “Iconic” by Artist Collective

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1026480/SK_II_Store_Main_view_1.jpg
Foto -
https://mma.prnewswire.com/media/1026481/RAMHAN_Part_1_Legendary_sake_brewery.jpg
Foto -
https://mma.prnewswire.com/media/1026483/RAMHAN_Part_4_A_girl_with_miracle_water.jpg
Foto -
https://mma.prnewswire.com/media/1026484/TOILETPAPER_Drop_Combined.jpg
Foto -
https://mma.prnewswire.com/media/1026486/RYANHEFFINGTON_Still_01b.jpg
Foto -
https://mma.prnewswire.com/media/1026487/ZHONGLIN_TangWei.jpg
Foto -
https://mma.prnewswire.com/media/1026488/ARTISTCOLLECTIVE_Collage.jpg  

 

Source: SK-II
Related Links:
Keywords: Art Cosmetics & Personal Care Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Future Events