omniture

Terokai Sistem Siber-Fizikal bersama Ketua Pegawai Teknologi Pendigitan Korporat Toshiba Hiroshi Yamamoto

Toshiba Corporation
2019-11-14 11:08 384

SINGAPURA, 14 November 2019 /PRNewswire/ -- Ketua Pegawai Teknologi Pendigitan Korporat Toshiba Hiroshi Yamamoto berkongsi mengenai strategi korporat Toshiba dan sebab-sebab syarikat berkedudukan unik untuk menjadi peneraju dalam sistem siber-fizikal (CPS), memandangkan teknologi hari ini membolehkan penggabungan komponen-komponen digital dan fizikal bagi mewujudkan penyelesaian siber dan fizikal secara bersepadu.

Untuk siaran multimedia penuh, sila klik:
https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_20191114.shtml

TOSHIBA SPINEX(TM), program berasaskan CPS dalam Suit perkhidmatan IoT Perusahaan Toshiba yang holistik
TOSHIBA SPINEX(TM), program berasaskan CPS dalam Suit perkhidmatan IoT Perusahaan Toshiba yang holistik

 

Ketua Pegawai Teknologi Pendigitan Korporat Toshiba Hiroshi Yamamoto
Ketua Pegawai Teknologi Pendigitan Korporat Toshiba Hiroshi Yamamoto

 

CPS - penembusan dan pandangan Toshiba menuju masa depan

Dengan menggabungkan komponen-komponen digital dan fizikal melalui fizik dan logik yang bersepadu, CPS membolehkan kitaran berulang yang akan mereka cipta produk, perkhidmatan dan penyelesaian optimum baharu yang akan mengubah cara orang ramai bekerja dan menjalani kehidupan.

Toshiba berkedudukan sempurna untuk memainkan peranan utama dalam arketip CPS baharu ini, satu rangka kerja yang mencipta nilai dengan mengumpul data daripada operasi dan sistem produk dalam dunia fizikal, mengenal pasti dan menganalisisnya dengan teknologi digital seperti kecerdasan buatan (AI) dan memberi maklum balas kepada dunia fizikal.

Meskipun Toshiba telah terlibat dalam CPS buat sekian lama, namun usaha-usaha telah dilipatgandakan baru-baru ini. Pada tahun 2019, Toshiba membangunkan rangka kerja dan sedang menghampiri pelaksanaan TOSHIBA SPINEX™, program berasaskan CPS dalam Suit perkhidmatan IoT Perusahaan Toshiba yang holistik. Ringkasnya, TOSHIBA SPINEX™ menghubungkan, mengoptimumkan dan mengautomasikan pelbagai jenis aset dan peranti pada tapak untuk menghasilkan nilai baharu - dalam proses berkenaan, meluaskan transformasi digital dalam seluruh syarikat dan dalam komuniti yang mendapat khidmatnya.

CPS akan menjadi pemacu pertumbuhan buat Toshiba. Dalam CPS dan IoT, Toshiba memiliki tawaran yang kompetitif dengan keupayaan untuk menjalin perkongsian korporat, bersepadu secara meluas bagi mencapai antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) kritikal serta membantu pelanggan berkolaborasi dan mencipta perkhidmatan, penyelesaian dan ekosistem mereka sendiri.

Untuk melihat pandangan selanjutnya, sila klik pada pautan di bawah: 
https://www.toshiba-clip.com/en/detail/8141?utm_source=tapl&utm_content=506e 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191106/2634252-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191106/2634252-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191106/2634252-1logo?lang=0

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics