omniture

Microsoft lancar Pusat Pengalaman pertama seluruh dunia untuk Asia Pasifik di Singapura

Microsoft turut memperbaharui semula masa depan kerja dengan mewujudkan pelan induk untuk produktiviti, kecekapan, kebolehcapaian, kefleksibelan dan kolaborasi untuk organisasi-organisasi di wilayah berkenaan.
Microsoft
2019-11-15 16:25 296

SINGAPURA, 15 November 2019 /PRNewswire/ -- Dalam dunia yang mana kita dapat menjangkakan lebih 40 bilion peranti menjana hampir 80 zetabait (ZB) data menjelang tahun 2025, organisasi-organisasi dan industri-industri akan perlu menerima pakai dengan cepat teknologi baharu dan membina keupayaan teknologi yang akan membolehkan mereka berkembang maju dalam masa depan yang diterajui inovasi, mengutamakan infrastruktur awan dan berfokus kecerdasan buatan.

Hal berkenaan merupakan dorongan bagi mencipta pengalaman teknologi yang komprehensif dan imersif untuk perniagaan di Asia Pasifik, bagi membantu perniagaan memvisualkan, mempelajari dan menerima pakai serta merta inovasi untuk perjalanan transformasi digital dan budaya mereka. Terletak dalam ibu pejabat serantau baharu untuk Microsoft di Frasers Tower, Singapura, The Experience Center Asia menunjukkan pertembungan antara teknologi dan rakan kongsi, bagi memperkasa setiap organisasi dalam setiap industri untuk mendigitalkan, mengubah, menginovasi dan mentransformasi.

"Kami percaya bahawa setiap syarikat akan menjadi syarikat perisian tatkala transformasi digital dan intensiti teknologi menjadi pervasif dalam setiap organisasi. The Experience Center Asia membolehkan perniagaan di Asia Pasifik untuk mempelajari tentang kesegeraan yang melaluinya mereka perlu menerima transformasi ini dan meneroka portfolio penyelesaian industri luas kami yang menunjukkan apa yang boleh didapati dan boleh dicapai dengan segera melalui jalinan kerjasama bersama Microsoft," kata Andrea Della Mattea, Presiden untuk Microsoft di Asia Pasifik.

"Ibu pejabat serantau baharu kami merupakan suatu gambaran terhadap tempat kerja masa depan. Kami menyediakan organisasi-organisasi di rantau tersebut dengan model kerja sebenar berhubung rupa masa depan kerja, berdasarkan asas pengkomputeran awan, analitik data, kecerdasan buatan dan budaya transformasi. Saya teruja untuk pergi ke pejabat, yang mana rakan-rakan sekerja kami memperkukuh misi kami pada setiap hari dengan mewujudkan budaya keselamatan, kesejahteraan, kemampanan, kebolehcapaian dan kesetiakawanan," sambung Andrea.

Amalan-amalan dalam The Experience Center Asia ialah:

  • The Experience Zone, yang memperlihatkan demonstrasi imersif dan pelaksanaan semasa dalam seluruh sektor industri. Sebuah pasukan pakar boleh membawa pengunjung dalam perjalanan yang disesuaikan melalui pengalaman ini yang membolehkan mereka untuk mengalami sendiri penyelesaian teknologi relevan yang unik kepada perniagaan mereka dan membolehkan mereka untuk membayangkan seni tentang kemungkinan yang boleh dicapai
  • The Microsoft Technology Center (MTC) yang menyediakan penglibatan teknikal berasaskan kemudahan, membolehkan pelanggan untuk memberi tumpuan pada proses keputusan mereka. MTC menghimpunkan sumber-sumber yang betul bagi membantu pelanggan memeterai urus niaga dengan lebih pantas dan meluaskan saiz urus niaga, di samping meningkatkan kepuasan pelanggan,
  • The Cybersecurity Center yang menonjolkan analitik risikan ancaman Microsoft, mewujudkan kesedaran tentang ancaman jenayah siber yang semakin meningkat dan mempertingkat pemahaman tentang platform digital dipercayai dan pengkomputeran awan,
  • The Innovation Factory – yang mana melalui penjanaan idea dan 'hackathon', idea-idea yang inovatif dihidupkan.

"Terletak di tengah-tengah Asia Pasifik, Singapura merupakan ibu pejabat serantau untuk banyak syarikat multinasional, mempunyai ekosistem usahawan yang hebat dan merupakan destinasi acara antarabangsa untuk pakar-pakar yang terkemuka dalam industri berserta rakan-rakan strategik kami – nilai mempunyai Pusat Pengalaman pertama Microsoft di seluruh dunia di Singapura untuk menyediakan organisasi-organisasi dengan akses segera kepada pengalaman inovasi dipilih atur dan pengalaman bersama pemimpin dan teknologi Microsoft. Microsoft sentiasa menjadi peneraju dalam menawarkan portfolio pengalaman yang besar untuk pelanggan kami, yang kebanyakannya pernah berkunjung ke Pusat Taklimat Eksekutif kami di Seattle dan mencari pengalaman serupa yang menghampiri perniagaan mereka bagi mempercepatkan masa untuk memperoleh nilai," kata Rebecca Hick, Pengarah, Microsoft Experience Center Asia.

Perbaharui semula masa depan kerja 

Asia Pasifik ialah salah satu rantau yang paling pantas berkembang untuk Microsoft dan suatu keutamaan, dengan adanya banyak peluang untuk memperkasa negara, industri dan komuniti dengan pendigitalan. Microsoft telah mewujudkan pelan tindakan untuk organisasi-organisasi menerima pakai budaya, ruang fizikal dan teknologi untuk tempat kerja yang bersedia untuk masa depan.

Tersebar seluas 12,500 kaki persegi dan enam tingkat, bangunan Microsoft bahawa menghimpunkan 1,400 orang bersama-sama dalam persekitaran yang membolehkan dunia digital dan fizikal wujud secara harmoni. Kamera didayakan kecerdasan buatan membolehkan akses yang lancar bagi mengekalkan ruang yang selamat. Pekerja mempunyai pergerakan yang lancar antara enam tingkat, sokongan IT didorong kecekapan dengan Smart Lockers dan mesin layan diri IT yang menyelaraskan proses dan melengkapi meja perkhidmatan IT Microsoft. Permintaan biasa daripada pekerja adalah untuk penggantian segera peranti persisian IT, seperti papan kekunci, tetikus, set kepala, kabel dan banyak lagi. Mesin layan diri pintar mengutomasikan pengedaran produk-produk berkenaan. Leretan pantas lencana pekerja akan merekodkan produk, seraya menyediakan pengesanan inventori yang mudah.

Pekerja dan kakitangan menggunakan Smart Building CampusLink, aplikasi yang disepadukan sepenuhnya dengan Microsoft Outlook dan Microsoft Office 365, membawa navigasi ke tahap seterusnya dengan membolehkan pekerja mencari arah, penghunian bilik dan menempah kemudahan pada waktu sebenar. Dibina melalui Azure App Services dan dikuasakan oleh Azure Data Lake dan Office 365 Graph API, ibu pejabat serantau Microsoft di Asia Pasifik merupakan pejabat Microsoft pertama terletak di luar Redmond, Washington yang melaksanakan Smart Building CampusLink.

Penglibatan pekerja

Pekerja memainkan peranan penting dalam perancangan untuk berpindah ke Frasers Towers, bermula dengan memilih perabot, karya seni dan unsur rekaan dalaman lain kepada pengundian jenama kopi di pantri dan penghantaran gambar mereka untuk dipaparkan di dinding. Pekerja mempunyai sudut senyap khusus untuk kerja tertumpu, pondok telefon dan ruang makan komunal yang besar di L10 dengan kafe, barista dan pelbagai jenis pilihan makanan buat semua. Pelbagai gaya tempat duduk dapat memenuhi cara bekerja yang berbeza, bermula dengan meja berdiri kepada bilik mesyuarat kecil (huddle room) serta ruang pasukan kerjasama terbuka.

Kebolehcapaian, Keterangkuman dan Kemampanan

Microsoft meraikan pelbagai budaya di Singapura dan wilayah berkenaan, menerusi mural oleh seniman tempatan, May Lim dan reka bentuk diinspirasikan peranakan dalam seluruh pejabat. Microsoft turut sama memastikan bahawa pejabat baharu tersebut bersifat inklusif dengan menjadikannya boleh diakses oleh semua, tanpa mengira bagaimana mereka berkomunikasi, melihat, mendengar atau bergerak. Microsoft mengikuti piawaian kebolehcapaian global untuk setiap pejabat Microsoft dan di Singapura, mereka mematuhi Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan Singapura bagi 'Kod kebolehcapaian dalam persekitaran binaan (2013).

Semua bilik mesyuarat dan ruang guna umum mempunyai pengecam dalam Braille; susun atur lantai, pantri dan barangan dapur dioptimumkan untuk pergerakan dan dirancang dengan teliti untuk kemudahan pengguna buat pengguna berkerusi roda; mesyuarat boleh dimulakan dengan satu sentuhan; meja boleh laras ketinggian dapat menampung pilihan keutamaan pekerja; dan skrin pencari jalan, titik pengimbasan lencana serta kamera pengecam yang didayakan oleh kecerdasan buatan merupakan agnostik ketinggian. Bilik mandi neutral jantina dan ruang keterangkuman telah memperkukuh komitmen Microsoft untuk menyediakan ruang kerja yang membolehkan semua orang berasa selamat untuk menjadi diri mereka yang sebenar.

Microsoft mendermakan perabot pejabat legasi, permaidani dan peralatan audio-visual kepada Base of Pyramid Hub (BoP Hub). Dimulakan oleh Jack Sim, ia merupakan platform pemecut perniagaan bukan untung berpangkalan di Singapura yang bermatlamat untuk mewujudkan pasaran yang cekap untuk komuniti di bahagian dasar piramid. Visi mereka adalah untuk memecahkan kitaran kemiskinan dengan mendayakan usahawan, menghubungkan rakan kongsi dan memberi bimbingan serta sumber. Ia turut bertindak sebagai pintu masuk untuk usaha niaga, pakar teknologi dan pengeluar untuk mengakses pasaran di rantau berkenaan dan merupakan ruang kerja bersama.

"Hebat rasanya dapat melihat sendiri budaya Microsoft dilaksanakan. Setiap individu yang saya temui ingin membantu misi kami untuk membasmi kemiskinan global. Ia bermula apabila saya bertemu seorang kakitangan daripada Microsoft Hyderabad, yang menghubungkan saya dengan rakan-rakan sekerja beliau di Singapura, yang kemudiannya memperkenalkan saya kepada pasukan mereka di Redmond. Di Singapura ini, Microsoft memberi kami tempat duduk yang mencukupi untuk mengisi seluruh BoP Hub baharu kami yang berkeluasan 65,000 kaki persegi. Mereka membayar untuk pengangkutan dan membawa lebih 100 sukarelawan pekerja untuk membentang permaidani dan memperbaiki perabot. Kini, kami bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada sekurang-kurangnya 50 syarikat baharu dan perusahaan sosial untuk tahun pertama," kata Jack Sim, Pengasas Bottom of the Pyramid.

Di ibu pejabat Asia Pasifik baharu Microsoft terdapat:

  • Hampir 145,000 meter kabel, iaitu kira-kira enam belas dan setengah kali ganda tinggi Gunung Everest atau 1,500 kali ganda panjang padang bola sepak.
  • Hampir 200 skrin paparan pelbagai saiz dalam bilik mesyuarat dan ruang umum.
  • Lebih 30 ruang dengan sofa untuk bilik sempit dan 50 pod kalis bunyi untuk mesyuarat kecil atau panggilan.
  • 179 mata arah Bluetooth dalam bilik mesyuarat dan 900 sensor untuk pencahayaan, kualiti udara dan suhu dengan hampir 2100 titik data daripada Frasers Tower dihubungkan kepada awan pada Microsoft Azure. Sensor dan telemetri mengawasi penggunaan kemudahan, tenaga dan utiliti bagi mengoptimumkan penggunaan ruang, penyamanan udara dan pelarasan cahaya.
  • Pada masa depan, sensor ini juga boleh memantau tahap karbon dioksida dalam udara, yang boleh menjejaskan secara negatif prestasi kerja dan aktiviti neural, tahap hingar dengan mengukur desibel serta penggunaan tenaga, yang dapat memberi penjimatan sehingga 25%, sebagaimana yang dialami di Ibu Pejabat Microsoft di Redmond, Washington.

Jejak Microsoft di Asia Pasifik:

  • 2 Makmal Penyelidikan Microsoft
  • 17 Wilayah Azure
  • 67 Pusat Inovasi
  • 6 Pusat Teknologi Microsoft
  • 5 Pusat Keselamatan Siber
  • 2 Pusat Ketelusan
  • Lebih 590 Pusat ICT
  • Microsoft telah berada di Asia Pasifik selama lebih 30 tahun dan hadir dalam 20 pasaran yang mempunyai  lebih 20,000 pekerja dan 100,000 rakan kongsi

Imej-imej akhbar boleh didapati di pautan ini.

Source: Microsoft
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Corporate Expansion New products/services