omniture

Airbiquity Dinamakan Penyedia Penyelesaian Telematik Terbaik Tahun 2019 oleh Mobile Breakthrough Awards

Airbiquity
2019-11-16 01:27 140

Peneraju Global Perkhidmatan Kenderaan Terhubung Diiktiraf untuk Penyelesaian Kemas Kini Perisian dan Pengurusan Data OTAmatic 

SEATTLE, 15 November 2019 /PRNewswire/ -- Airbiquity®, peneraju global bagi perkhidmatan kenderaan terhubung, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh Mobile Breakthrough Awards sebagai Penyedia Penyelesaian Telematik Terbaik Tahun 2019. Anugerah ini mengiktiraf syarikat-syarikat terkemuka, produk-produk, inovasi dan individu dalam industri-industri mudah alih dan tanpa wayar hari ini.

Airbiquity memperoleh pengiktirafan untuk penyelesaian perisian dan pengurusan data melalui-udara (OTA) OTAmatic®, yang membolehkan pembuat auto dan pembekal automotif merancang dan mengautomasikan dengan selamat pengemaskinian perisian kenderaan terhubung berskala tinggi dan kempen pengurusan data daripada awan. Dengan OTAmatic, pembuat auto dan pembekal dapat merancang dan melaksanakan dengan cekap kempen-kempen OTA dengan penyasaran kenderaan dan peranti yang amat diperkemas, kawalan dasar dan privasi diskret, komunikasi pengguna yang disesuaikan sepenuhnya dan kefleksibelan penggunaan penyelesaian.

"Kami berbesar hati kerana dipilih oleh Mobile Breakthrough Awards sebagai penginovati mobiliti," kata Kamyar Moinzadeh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Airbiquity. "Dengan memanfaatkan teknologi perisian OTA dalam kenderaan dan awan OTAmatic daripada Airbiquity, pembuat auto dapat mengemas kini dan menservis secara jarak jauh kumpulan kenderaan mereka sekaligus mewujudkan pengalaman pemanduan dan pemilikan pengguna yang lebih relevan dan diperibadikan yang menyumbang kepada pertimbangan dan kesetiaan jenama yang dipertingkat."

Untuk maklumat lanjut tentang Airbiquity dan OTAmatic kunjungi http://www.airbiquity.com.

Latar Belakang Airbiquity
Airbiquity® ialah peneraju global bagi perkhidmatan kenderaan terhubung dan pelopor dalam pembangunan serta kejuruteraan teknologi telematik automotif. Sebagai peneraju bagi inovasi automotif, Airbiquity membangunkan teknologi perisian kenderaan terhubung berasaskan awan yang paling canggih dalam industri dan menyokong kesemua keadaan penggunaan utama termasuk pengemaskinian perisian dan pengurusan data melalui-udara (OTA) dengan OTAmatic®. Melalui kerjasama bersama Airbiquity, pembuat auto dan pembekal automotif menggunakan program-program perkhidmatan kenderaan terhubung yang mudah diskalakan, boleh diurus dan terjamin bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka di lebih 60 buah negara di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Airbiquity di www.airbiquity.com atau sertai perbualan @Airbiquity.

Hubungi: Julie Dietel, airbiquity@barokas.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/177305/airbiquity_logo.jpg  

 

Source: Airbiquity
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Transportation Awards Data Analytics