omniture

Nobu Hotel Los Cabos Raikan Pembukaan Rasmi Dengan Upacara Sake Istimewa

Nobu Hospitality
2019-11-16 11:09 172

NEW YORK, 16 November 2019 /PRNewswire/ -- Cef Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper, pengasas-pengasas bersama Nobu Hospitality, meraikan pelancaran rasmi Nobu Hotel Los Cabos menerusi acara pembukaan besar-besaran dan upacara sake istimewa pada hari Rabu, 13 November.

Gregg DeGuire/GettyImages for Nobu Hotel Los Cabos (PRNewsfoto/Nobu Hospitality)
Gregg DeGuire/GettyImages for Nobu Hotel Los Cabos (PRNewsfoto/Nobu Hospitality)

Susulan upacara memotong reben, para tetamu berhimpun untuk upacara sake tradisional dengan bunyi paluan gendang oleh pemain gendang Taiko Jepun – menandakan pelancaran rasmi Nobu Hotel Los Cabos. Selepas memecahkan penutup tong sake dengan tukul kayu, sake dihidangkan kepada tetamu dalam cawan masu tradisional untuk minum ucap selamat besar-besaran.

Susulan minum ucap selamat tersebut, pertunjukan bunga api yang serba mewah mewarnai suasana matahari tenggelam, memantulkan cahaya di atas lautan di Nobu Restaurant. Sambutan berkenaan diteruskan sepanjang malam dengan hiburan termasuk penari api dan persembahan eksklusif daripada DJ dan penerbit Amerika yang terkenal, DJ Cassidy. 

Latar Belakang Nobu Hotel Los Cabos:

Terletak di semenanjung Baja California Sur yang indah, Nobu Hotel Los Cabos membawa gaya kontemporari bertaraf dunia ke garis pantai yang telahpun disanjung hasil keindahan alam semula jadi, hidupan liar dan budayanya. Hotel pertama kumpulan ini di Mexico menempatkan empat kolam renang, kabana persendirian, Esencia Wellness Spa, Malibu Farm dan Nobu Restaurant istimewa yang dikelilingi oleh Diamante yang terkenal di dunia, dengan padang golf direka bentuk oleh Tiger Woods dan Davis Love III.

Suatu visi berstruktur, hasil ihsan arkitek-arkitek utama, Monica Cuervo dan Mark Yoshizaki daripada WATG, Nobu Hotel Los Cabos terletak di hamparan pasir di hujung selatan bahagian semenanjung. Setiap satu daripada 200 buah bilik dan suit mempunyai pemandangan lautan dan ruang dalamnya, dikendalikan oleh Severine Tatangelo daripada Studio PCH, melaksanakan keseimbangan menarik gaya Jepun yang menjadikan Nobu terkenal dengannya, dengan ciri mantap lokaliti Mexiconya.

Latar Belakang Nobu Hotels

Dengan Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper di pucuk pimpinannya, Nobu Hospitality berkembang menjadi jenama gaya hidup bertaraf global yang dibina menerusi reka bentuk kenalurian. Nobu Hotel yang pertama dibuka pada tahun 2013 sebagai sebuah hotel butik dalam Caesars Palace Las Vegas dan sejak itu, portfolio ikonik berkenaan telah berkembang untuk menyertakan 10 hartanah merentas lima benua, dengan 8 hartanah tambahan yang sedang dibangunkan. Tahun 2019 menyaksikan pelancaran Nobu Hotel Los Cabos dan Nobu Hotel Barcelona, manakala pada tahun 2020, jenama tersebut akan mengalu-alukan Nobu Hotel Chicago, Nobu Hotel Warsaw dan hartanah London kedua – Nobu Hotel London Portman Square – di tengah-tengah West End bandar raya tersebut.

Gregg DeGuire/GettyImages for Nobu Hotel Los Cabos (PRNewsfoto/Nobu Hospitality)
Gregg DeGuire/GettyImages for Nobu Hotel Los Cabos (PRNewsfoto/Nobu Hospitality)

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1029268/RIBBON_CUTTING.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1029269/SAKE_CEREMONY.jpg

Source: Nobu Hospitality
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services