omniture

PeopleStrong Lantik Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Aon Hewitt Sandeep Chaudhary sebagai Presiden

PeopleStrong
2019-11-18 11:24 125

SINGAPURA, 18 November 2019 /PRNewswire/ -- PeopleStrong, jenama Teknologi Kerja Perusahaan dan Sumber Manusia (HR) yang terkemuka di Asia, telah melantik mantan Ketua Pegawai Eksekutif Aon Hewitt Sandeep Chaudhary sebagai Presiden dan ahli lembaga. Pelantikan ini dibuat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan PeopleStrong untuk melabur dan mendorong pertumbuhan yang dipercepatkan di India dan seluruh Asia. Sandeep menyertai PeopleStrong setelah berkhidmat sepanjang 17 tahun yang cemerlang di Aon Hewitt

Mengulas tentang pelantikan tersebut, Pankaj Bansal, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, PeopleStrong, berkongsi, "Ini merupakan detik yang mengujakan buat PeopleStrong. Perniagaan kami telah berkembang pada kadar yang luar biasa di India, dengan kami yang menambah pelanggan perusahaan pada kadar hampir dua kali ganda berbanding apa yang kami lakukan tahun lalu. Pasaran-pasaran baru muncul Asia sangat mengalu-alukan dan akan berkembang menjadi bahagian penting dalam perniagaan kami pada beberapa tahun akan datang. Kebolehan Sandeep untuk menghasilkan pertumbuhan dengan kesan berskala besar, pendekatan bertumpu pelanggan dan inklusif beliau, menjadikan beliau sebagai penambahan hebat kepada PeopleStrong. Menyokong cita-cita pertumbuhan kami, Sandeep akan turut membantu kami untuk menarik dan membina sebuah pasukan bertaraf dunia."

Hari ini, Teknologi Kerja dan HR PeopleStrong memperkasa lebih 275 perusahaan dan sejuta kakitangan untuk meningkatkan produktiviti, mendorong prestasi dan membina tempat kerja yang kolaboratif. Pelanggannya terdiri daripada nama-nama terkemuka seperti Aditya Birla Capital, Cholamandalam Finance, True Corporation, Singlife, Amararaja Group, Future Group, Cars24, Livspace, Caratlane, Bankbazaar dan banyak lagi.

Sandeep, melalui beberapa pemerolehan, divestitur dan inkubasi perniagaan baharu, mengubah Aon Hewitt bagi meraih kedudukan kepimpinan pasaran yang dominan di seluruh India dan Pasaran Baru Muncul. Beliau merupakan seorang pemimpin pemikiran dalam bidang modal insan dan penasihat kepada banyak gedung perniagaan yang penting. Beliau berundur daripada Aon Hewitt awal tahun ini setelah memimpin syarikat menuju pertumbuhan luar biasa dan kini merupakan penasihat kepada beberapa perniagaan sokongan ekuiti persendirian berhubung isu-isu bakat dan organisasi mereka serta situasi-situasi khas seperti M&A, pra-IPO, peluasan pasaran baru muncul dan sebagainya.

Mengulas tentang peristiwa berkenaan, Sandeep berkata, "Saya berasa amat kagum dengan suit produk PeopleStrong, keupayaan pasukan dan budayanya. Pasaran Teknologi HR di Asia berada di puncak yang menarik tatkala penukaran beralih daripada HR kepada 'Kerja' dan kakitangan kepada 'Pekerja' dan PeopleStrong berkedudukan terbaik untuk memimpin peralihan ini dalam dunia baru muncul. Ia merupakan detik yang mengujakan untuk mengambil bahagian dalam perjalanan ini, bersama jenama dan pasukan yang berulang kali memimpin inovasi dalam bidang ini. Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripadannya."

Renuka Ramnath, Pengerusi, PeopleStrong dan Pengasas MD serta Ketua Pegawai Eksekutif, Multiples, berkata, "Kami berasa gembira dengan adanya Sandeep dalam syarikat tatkala kami berusaha ke arah mencipta jenama teknologi kerja global yang pertama dari India. Pengalaman terdahulu Sandeep dalam mewujudkan jenama-jenama global akan mempercepatkan perjalanan ini dan kami teruja dengan adanya beliau menyertai pasukan kepimpinan kami yang mantap."

Latar Belakang PeopleStrong

PeopleStrong ialah sebuah syarikat Teknologi Kerja Perusahaan dan Sumber Manusia (HR) yang terkemuka dari Asia, yang memperkayakan pengalaman di tempat kerja untuk lebih 275 pelanggan dan sejuta pekerja di seluruh dunia. Dalam perjalanannya untuk menulis #NewCodeofWork, suit produk PeopleStrong melibatkan aplikasi generasi seterusnya dalam bidang Teknologi HR (Pemerolehan Bakat, Pengurusan Modal Insan, Pengurusan Bakat), Kolaborasi, Kecerdasan dan Analitik serta platform. Terkenal dengan kecenderungannya untuk menginovasi, PeopleStrong mempunyai banyak produk pertama dengan namanya, yang terbaharu ialah aplikasi Pembelajaran Mesin dalam Perekrutan (melalui Pemadanan) dan pengalaman Pekerja (melalui Bot Sembang HR pertama India Jinie). PeopleStrong ialah syarikat pertama dalam bidang ini yang berjaya dinilai pada SSAE18 dan baru-baru ini memenangi Anugerah Pilihan CIO untuk Pengurusan Bakat pada Awan yang berprestij.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.peoplestrong.com/

Hubungan Media: 
Rajat Setia
rajat.setia@peoplestrong.com
+91-9116984037
Pengurus Pemasaran

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/946957/PeopleStrong_Logo.jpg 

 

Source: PeopleStrong
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Personnel announcements