omniture

Hong Leong Bank Lancar Bank Digital Generasi Seterusnya di Vietnam Melalui Aplikasi Mudah Alih HLB Connect

Hong Leong Bank Vietnam
2019-11-18 20:27 511

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 18 November 2019 /PRNewswire/ -- Hong Leong Bank Vietnam ("HLBVN"), subsidiari Hong Leong Bank Berhad ("HLB" atau "Bank") berpangkalan di Malaysia melancarkan bank digital bertumpu pelanggan generasi seterusnya di Vietnam melalui platform perbankan mudah alihnya, HLB Connect, yang membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan kewangan tanpa bayaran dan membeli belah bagi mendapatkan e-baucar dengan lancar pada satu platform.

(L-R) Barry Do, Head of Digital Bank of HLBVN, Domenic Fuda, GMD and CEO of HLB and Duong Duc Hung, CEO of HLBVN at the launch of HLBVN's new next-generation, customer-centric digital bank via HLB Connect.
(L-R) Barry Do, Head of Digital Bank of HLBVN, Domenic Fuda, GMD and CEO of HLB and Duong Duc Hung, CEO of HLBVN at the launch of HLBVN's new next-generation, customer-centric digital bank via HLB Connect.

Direka bentuk dengan input pengguna Vietnam yang inginkan pengalaman perbankan digital yang ringkas namun berfungsi, hanya 2 langkah diperlukan untuk mendaftar, semuanya selesai dalam HLB Connect dan didatangkan dengan kad prabayar maya Visa yang sedia digunakan. Menaik taraf kepada akaun simpanan juga boleh dilakukan dengan HLB Connect, maka pelanggan tidak perlu pergi ke cawangan manakala kad debit Visa fizikal akan diserahkan kepada mereka di lokasi-lokasi pilihan mereka.

Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, berkata bahawa Bank ini telah memperluas kehadirannya secara berterusan dalam pasaran Vietnam untuk dekad yang lalu dan kini merebut peluang terbaik bagi menawarkan pengguna Vietnam dengan pengalaman perbankan digital yang inovatif dan baharu.

"Vietnam ialah pasaran yang bersedia untuk menerima tawaran bank digital dan mudah alih memandangkan hanya kira-kira 40% daripada 95 juta warga Vietnam mempunyai akaun bank manakala terdapat sekitar 120 juta langganan telefon mudah alih. Digandingkan dengan pemahaman kami bahawa masa dan kemudahan merupakan komoditi yang paling dihargai dalam masyarakat yang berkembang pantas seperti Vietnam, HLB Connect mempunyai kuasa untuk mendayakan rangkuman kewangan yang lebih besar dan akses kepada e-dagang untuk lebih ramai warga Vietnam pada satu platform sekaligus membolehkan HLBVN untuk membawakan pengalaman pelanggan yang lancar, automatik dan menawarkan nilai unggul."

Menjelang Disember ini, pelanggan boleh membeli dan membayar untuk mendapatkan tawaran yang disediakan secara eksklusif melalui HLB Connect seperti menjamu selera, spa dan perjalanan dengan beberapa jenama yang terbesar di Vietnam, dengan lebih banyak gedung dan tawaran akan sentiasa ditambah mengikut pilihan keutamaan pelanggan.

"Bank kami mempunyai warisan yang mantap selama lebih 110 tahun di Malaysia dan kami telah berkembang ke pasaran-pasaran lain di Asia termasuk Vietnam. Kami hanya dapat berbuat demikian dengan jayanya sekiranya kami mampu menjadi pendorong kemudahan, penyedia perkhidmatan kewangan yang dipercayai dan bank yang memperkasa pengguna Vietnam untuk memanfaatkan sepenuhnya ekonomi digital yang berkembang pesat dengan sentiasa memfokuskan pada keperluan mereka dalam aspek tumpuan segala-gala yang kami lakukan," kata Fuda.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191115/2644346-1?lang=0

Source: Hong Leong Bank Vietnam
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications