FORT LAUDERDALE, Florida, 19 November 2019 /PRNewswire/ -- "Visi Pengangkut Super Maya Global Kiwi.com adalah untuk tempoh jangka panjang yang mana kami merancang untuk mencapai sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun," kata Oliver Dlouhý, Ketua Pegawai Eksekutif Kiwi.com, di Persidangan The Phocuswright di Fort Lauderdale, AS.
Syarikat teknologi perjalanan dengan pertumbuhan tinggi Kiwi.com berupaya menggamit perhatian ramai dengan menjadi salah sebuah syarikat yang paling inovatif sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan ciri-ciri seperti NOMAD, yang menjadikan kehidupan pengembara yang bersemangat lebih menarik, syarikat ini kini menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian perjalanan yang lengkap daripada inspirasi awal kepada destinasi akhir, pada bila-bila masa, tanpa mengira di mana atau apa kedua-dua titik tersebut.
Ini bermakna, sama ada pelanggan ingin menempah perjalanan ke destinasi tropika atau teksi ke restoran kegemaran mereka – mereka akan dapat melakukannya dengan aplikasi Kiwi.com.
Menggabungkan semua mod perjalanan – sama ada penerbangan, kereta api, bas, perkhidmatan panggilan tunggangan mahupun mikro-mobiliti bandar – Kiwi.com bermatlamat untuk sentiasa menyediakan hasil terbaik untuk perjalanan dari titik A ke titik B, di mana-mana sahaja di dunia.
Tiada sesiapa yang ingin menghabiskan masa selama berjam-jam mencari kombinasi harga dan tiket yang terbaik. Kiwi.com menawarkan perkhidmatan sedemikian dengan menghubungkaitkan 3,500 lapangan terbang dan 1,000 stesen (tidak lama lagi dilanjutkan kepada 35,000) dan melindungi sambungan tersebut dengan Kiwi.com Guarantee unik, yang meliputi semua perbelanjaan dalam keadaan berlakunya sebarang gangguan dalam perjalanan.
Pada Oktober 2019, Kiwi.com turut memperkenalkan Virtual Fare Types dalam proses tempahannya, seraya membolehkannya untuk mempunyai terma dan syarat yang sama untuk lebih 750 pembawa udara dan darat yang bekerjasama dengan syarikat tersebut. Produk baharu ini menghasilkan ketelusan yang meningkat antara pelanggan dan Kiwi.com serta diterima baik oleh pengguna.
"Inventori pengangkutan dunia amat terpecah-pecah. Terdapat ribuan pembawa berbeza dengan keadaan berlainan, beroperasi melalui laluan berbeza, menerima kaedah bayaran yang berbeza dan bertutur dalam bahasa berbeza. Kiwi.com kini hadir dengan lapisan maya yang menyatukan kandungan pengangkutan global dan membawanya kepada pelanggannya pada satu platform – Virtual Global Supercarrier," kata Oliver Dlouhý.
LATAR BELAKANG KIWI.COM
Ditubuhkan oleh Oliver Dlouhý dan Jozef Képesi pada tahun 2012, Kiwi.com ialan enjin gelintar dalam talian yang membolehkan pengguna untuk menggabungkan pengangkutan daripada pembawa tidak bekerjasama. Ia dikuasakan oleh algoritma proprietarinya (Virtual Interlining) yang membolehkan pengguna untuk menggabungkan penerbangan dan pengangkutan darat daripada lebih 750 pembawa, termasuk banyak yang biasanya tidak bekerjasama, diiringi oleh Kiwi.com Guarantee yang utama dalam industri. Hari ini, syarikat dapat melihat lebih 100 juta carian setiap hari dan menggaji lebih 2,800 kakitangan di seluruh dunia. Kiwi.com menduduki tempat ketujuh dalam senarai 2017 Deloitte Technology Fast 500 EMEA, seraya menjadi syarikat Czech yang diberi nilai paling tinggi seumpamanya. Susulan kejayaan terdahulu, Kiwi.com menduduki tempat kelima dalam program yang sama pada tahun 2018.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1031107/Kiwi_Logo.jpg