omniture

Dokumentari Financial Times Baharu: Dominika Lakar Bidang Pengkhususan Sendiri dalam Ekopelancongan, Jana Modal Asing melalui Kerakyatan oleh Pelaburan

CS Global Partners
2019-11-20 08:00 198

Satu dokumentari FT baharu menunjukkan betapa pemilihan kualiti berbanding kuantiti menjadikan pelaburan di Dominika berbaloi. Kerajaan mengaplikasikan prinsip ini kepada strategi pelancongannya berhubung kategori tetamu yang ingin ditarik olehnya, tetapi juga kepada program Kerakyatan melalui Pelaburan yang utama di dunia, dengan hanya membenarkan pelabur-pelabur yang amat disegani memperoleh kerakyatannya dan menyenaraipendekkan dengan teliti hotel-hotel mewah yang memenuhi syarat sebagai pelaburan untuk kerakyatan yang layak. 

LONDON, 20 November 2019 /PRNewswire/ -- Komanwel Dominika "melakar bidang pengkhususannya sendiri" dalam industri pelancongan antarabangsa dengan mewujudkan sektor ekopelancongan yang menginspirasikan, sebagaimana yang didedahkan oleh dokumentari Financial Times baharu. Enam hotel mewah eko-sedar serba baharu telahpun dibuka atau dibangunkan di 'Nature Isle of the Caribbean', yang mana kesemuanya dapat menjana modal asing melalui Program Kerakyatan melalui Pelaburan (CBI).

 

Jungle Bay owner and native Dominican Sam Raphael successfully rebuilt the beloved resort after Storm Erika, by attracting select investors seeking second citizenship via the CBI Programme
Jungle Bay owner and native Dominican Sam Raphael successfully rebuilt the beloved resort after Storm Erika, by attracting select investors seeking second citizenship via the CBI Programme

 

Melalui CBI, Dominika membolehkan pelabur-pelabur tertentu dan keluarga mereka memperoleh kerakyatan idamannya sebagai pertukaran untuk pelaburan minimum sebanyak USD100,000 dalam Dana Pempelbagaian Ekonomi atau sekurang-kurangnya USD200,000 dalam hartanah yang diluluskan CBI. Ini mewujudkan ekosistem sosioekonomi yang mampan, tidak terhad kepada rizab kewangan. Dominikan boleh mendapat manfaat daripada pekerjaan berpendapatan lebih tinggi, peluang pembangunan yang lebih profesional dan prospek yang baik untuk syarikat-syarikat baharu lantaran permintaan daripada pengunjung yang berbelanja tinggi dalam hotel-hotel CBI. Yang utama, penting untuk meyakinkan diaspora bahawa Dominika mempunyai masa depan yang cerah melangkaui cabaran cuacanya.

Ketua Pengarang Professional Wealth Management, Yuri Bender, menjelaskan mengapa pelaburan di Dominika berbaloi: "Jenama-jenama hotel mewah seperti Kempinski, Hilton dan Marriott telah menerima sambutan mesra di Dominika. Pusat peranginan mesra alam butik, termasuk Jungle Bay yang berpindah baru-baru ini dan Secret Bay yang lestari, […] turut melakar bidang pengkhususannya sendiri. Namun demikian, ia bukan berkenaan bilangan pelancong di sini. Ia berhubung kualiti dan perbelanjaan bagi setiap keluarga, bukannya kuantiti."

Cabrits Resort dan Spa Kempinski Dominica yang dibuka baru-baru ini, juga merupakan projek yang dibiayai oleh CBI, dijayakan daripada "visi bersama" antara pemaju dan kerajaan "untuk mengubah Dominika daripada destinasi 3-bintang kepada destinasi 5-bintang," kata En. Kamal Shehada, Pengarah Urusan Range Developments, yang dipertanggungjawabkan dengan portfolio Kempinski di pulau tersebut.

Sebagai pemaju hartanah disegani yang dilahirkan di Dominika, Ian Edwards, Ketua Pegawai Eksekutif Tranquility Beach Resort Hilton, percaya bahawa Program CBI ialah "cara yang terbaik untuk menjana modal […] dan seluruh pulau akan mendapat manfaat daripadanya." Semua pusat peranginan yang dibiayai CBO mengutamakan pengambilan tenaga kerja tempatan, meningkatkan prasarana di kawasan kejiranan, melindungi alam sekitar, memperoleh hasil organik yang segar daripada pembekal tempatan dan bekerjasama erat dengan perniagaan pelancongan Dominika. Ini menyediakan tetamu dengan pengalaman menyeluruh yang asli, jelas Menteri Pelancongan Robert Tongue.

Rasional Dominika untuk memilih kualiti berbanding kuantiti juga merupakan prinsip bimbingan dalam memilih pelabur yang mana ia diterima sebagai warga ekonomi. Sebelum membuat pelaburan mereka, pemohon-pemohon CBI mula-mula harus melepasi semua pemeriksanaan ketekunan wajar, yang dinilai oleh Indeks CBI FT Specialist PWM dengan markah penuh. Prinsip kualiti-berbanding-kuantiti merupakan sebahagian daripada strategi pembangunan kohesif yang dipimpin oleh Perdana Menteri Roosevelt Skerrit.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1028845/Sam_Raphael.jpg

Hubungi: pr@csglobalpartners.com, www.csglobalpartners.com

Source: CS Global Partners
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Hotels and Resorts Publishing/Information Service Travel New products/services Survey, Polls & Research
collection