omniture

Kerakyatan Perancis Kekal Terbaik di Dunia, Sementara Brexit Britain Alami Risiko Penurunan Dramatik

Kälin and Kochenov’s Quality of Nationality Index
2019-11-20 17:00 184

LONDON, 20 November 2019 /PRNewswire/ -- Warga Perancis boleh berpuas hati kerana sekali lagi taraf kewarganegaraan mereka disenaraikan sebagai yang terbaik di dunia, sementara untuk rakyat di UK, kesan yang merumitkan akibat Brexit 'keras' boleh menjejaskan kualiti kerakyatan mereka daripada tempat ke-8 secara global, ke tempat ke-56 (kedudukan semasa China). Hal ini menurut dapatan terkini daripada Indeks Kualiti Kerakyatan (QNI) Kälin and Kochenov yang merupakan satu-satunya senarai kedudukan yang mengukur dan menetapkan kedudukan secara objektif semua kerakyataan dunia sebagai status sah.

Menduduki tempat teratas selama lapan tahun berturut-turut, Perancis memperoleh skor 83.5% daripada 100% yang mungkin dicapai — kurang daripada satu mata peratusan mendahului Jerman dan Belanda, yang bersama-sama menduduki tempat kedua dengan skor 82.8%. Kelebihan bandingan Perancis terletak pada kebebasan penempatan yang lebih besar (disebabkan terutamanya oleh bekas empayar penjajah negara berkenaan).

Di kedudukan 10 teratas dalam indeks tahun ini, Denmark meraih tempat ketiga dengan skor 81.7%, manakala Norway dan Sweden bersama-sama menduduki tempat keempat dengan skor 81.5%. Kedudukan 5-10 dipegang oleh Iceland, Finland, Itali, UK, Ireland dan Sepanyol, mengikut susunan tersebut.

AS menduduki tempat ke-25 pada QNI dengan skor 70.0% — kedudukan yang agak lemah oleh negara itu disebabkan terutamanya oleh kebebasan penempatan yang rendah dibandingkan dengan negara-negara anggota EU. China menduduki tempat ke-56 — satu penambahbaikan dengan empat kedudukan berbanding tahun lalu manakala Persekutuan Rusia mendaki dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-62. UAE telah meraih kedudukan yang tertinggi seumpamanya, memperoleh tempat ke-42. Tiga kerakyatan di kedudukan bawah pada QNI tahun ini ialah Sudan Selatan, Afghanistan dan Somalia.  

Brexit berkemungkinan menurunkan kualiti kerakyatan UK 

Negara-negara EU umumnya menunjukkan prestasi yang amat baik pada QNI, sebahagian besarnya disebabkan oleh kadar liberal kebebasan penempatan yang dibenarkan antara negara-negara anggota. Walau bagaimanapun, UK mungkin boleh dikecualikan daripada peraturan ini, dengan kedudukan ke-8 semasanya yang berpotensi dalam bahaya sekiranya ia keluar dari EU tanpa membuat sebarang perjanjian.

Prof. Dr. Dimitry Kochenov, seorang profesor undang-undang dan penulis Citizenship serta Dr. Christian H Kaelin, Pengerusi Henley & Partners dan penulis Ius Doni merupakan pencipta bersama Indeks ini. Prof. Kochenov menjelaskan: "UK mungkin akan mencatatkan rekod dunia kerana amat mengganggu-gugat kualiti kerakyatannya tanpa melalui sebarang konflik yang ganas. Bergantung kepada hasil Brexit, UK dapat melihat negaranya jatuh daripada kumpulan elit kerakyatan 'amat berkualiti tinggi' kepada kumpulan 'berkualiti tinggi'. Brexit yang benar-benar 'keras' akan menyebabkan UK mempunyai taraf kerakyatan yang tidak memberi warga Britain dengan hak-hak penempatan atau kerja di mana-mana bidang kuasa EU atau Switzerland, Norway dan Iceland: satu koleksi tempat yang paling maju di dunia, dan oleh yang demikian benar-benar mengurangkan kualiti taraf kerakyatannya sendiri dengan cara yang tidak dapat diubah."

Walaupun tidak mungkin terjadi, dalam senario kes terburuk dan bergantung kepada kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh Brexit, kedudukan UK mungkin jatuh malah lebih jauh dan menuju ke tahap 'kualiti sederhana' bersama-sama China dan Rusia.

Dr. Kaelin berkata indeks ini amat relevan kepada kedua-dua individu dan juga kerajaan. "Jelas bahawa taraf kerakyatan kami memberi kesan langsung ke atas peluang-peluang dan terhadap kebebasan untuk mengembara, menjalankan perniagaan dan hidup lebih lama, lebih sihat dan dengan kehidupan yang lebih bermanfaat. Realiti yang digambarkan oleh QNI ialah, dalam banyak aspek, tidak adil dan dikesali: dalam banyak keadaan, taraf kerakyatan memainkan peranan penting dalam mewujudkan had tertinggi yang amat tidak rasional demi aspirasi kita."

Muat Turun Laporan QNI Penuh

Hubungan Media
Sarah Nicklin
Pengurus Perhubungan Awam Kumpulan Kanan
sarah.nicklin@henleyglobal.com 

Source: Kälin and Kochenov’s Quality of Nationality Index
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Travel Workforce Management/Human Resources European Government Survey, Polls & Research