omniture

iSTOX Peroleh Pelaburan USD 5 Juta daripada Tokai Tokyo Financial Holdings

Tokai Tokyo Financial Holdings serta SGX, subsidiari Temasek Heliconia dan bank pelaburan terkemuka Thai Phatra sebagai pelabur utama dalam platform iSTOX.
iSTOX
2019-11-21 10:11 167

SINGAPURA, 21 November 2019 /PRNewswire/ -- iSTOX, platform pasaran modal dikawal selia yang pertama dalam mana-mana pusat kewangan utama bagi menyokong terbitan sehenti, jagaan dan perdagangan sekuriti digital, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh USD 5 juta untuk pembiayaan daripada Tokai Tokyo Financial Holdings (Tokai) yang berpangkalan di Jepun melalui subsidiari Singapura, Tokai Tokyo Global Investments. 

(kiri ke kanan) Masataka Sato (Pegawai Eksekutif Urusan Kanan di Tokai Tokyo Financial Holdings), Tateaki Ishida (Pengarah Perwakilan, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif di Tokai Tokyo Financial Holdings), Danny Toe (Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas ICHX), Kazuto Hayashi (Ketua Pegawai Eksekutif Hash Lab Co Ltd)
(kiri ke kanan) Masataka Sato (Pegawai Eksekutif Urusan Kanan di Tokai Tokyo Financial Holdings), Tateaki Ishida (Pengarah Perwakilan, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif di Tokai Tokyo Financial Holdings), Danny Toe (Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas ICHX), Kazuto Hayashi (Ketua Pegawai Eksekutif Hash Lab Co Ltd)

Perkongsian bersama firma perkhidmatan kewangan Jepun terkemuka ini memberikan iSTOX dengan pintu masuk strategik yang mantap kepada pelabur serta penerbit diiktiraf dan institusi di seluruh Jepun melalui jaringan ekstensif Tokai.

"Perkongsian kami bersama Tokai merupakan bahagian penting daripada matlamat keseluruhan kami untuk menubuhkan platform iSTOX sebagai tunjang ekosistem baru muncul untuk sekuriti digital," kata Danny Toe, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ICHX, syarikat induk iSTOX. "Jepun ialah pasaran yang amat penting buat kami dan kami berasa amat gembira untuk bekerjasama dengan institusi yang begitu disegani dan mantap seperti Tokai bagi membawakan lebih banyak pilihan serta peluang kepada ekosistem kewangan Jepun."

Menerusi akar umbi yang bermula seawal tahun 1908, Tokai menawarkan perkhidmatan pelaburan dan perdagangan kepada pelabur daripada 149 pejabat di Jepun. Tokai mempunyai aset-aset bersih disatukan bernilai USD 1.4 bilion dan aset pelanggan di bawah jagaan bernilai USD 39 bilion.

"Dunia perkhidmatan kewangan sedang menghampiri tempoh perubahan yang penting dan kemunculan teknologi transformatif seperti rantaian blok merupakan antara punca utama perubahan ini," kata Tateaki Ishida, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Tokai Tokyo Financial Holdings. "Kami percaya bahawa penyedia perkhidmatan kewangan yang berpandangan jauh perlu menerima perubahan ini sekiranya mereka ingin benar-benar menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan mereka dalam abad baharu. Atas sebab ini, kami berasa gembira dengan perkongsian kami bersama iSTOX dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti pelabur."

Perkongsian Tokai dibuat pada tempoh yang penting secara strategik untuk iSTOX dan ICHX Tech; yang baru sahaja menyelesaikan penyenaraian pasaran terbitan pertama dan sekunder pada platformnya, syarikat berusaha ke arah graduasi daripada FinTech Regulatory Sandbox Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) dan menuju operasi penuh pada suku pertama tahun 2020. Selain perkongsiannya dan pelaburan daripada Tokai Tokyo di Jepun, baru-baru ini ia memeterai perjanjian yang sama dengan Kiatnakin Phatra Financial Group, lalu memberikannya akses mantap ke pasaran Thai. Berpangkalan di Singapura, pemegang kepentingan iSTOX utama yang lain termasuk Singapore Exchange (SGX), pengendali infrastruktur dan bursa pasaran berbilang aset yang terkemuka di Asia dan Heliconia, subsidiari Temasek Holdings yang menumpu pada pelaburan dalam syarikat-syarikat yang pantas berkembang.

Syarikat berkenaan sedang berusaha untuk mewujudkan hubungan yang serupa dengan pasaran-pasaran utama yang lain di seluruh Asia.

Memanfaatkan kuasa kontrak pintar termaju dan teknologi lejar teragih untuk menyelaraskan proses terbitan dan perdagangan, iSTOX berusaha untuk menakrifkan semula pasaran modal persendirian dengan membolehkan pelabur dan penerbit untuk berhubung serta berurus niaga secara langsung. Berbanding dengan tempat perdagangan tradisional, iSTOX ialah alternatif yang lebih fleksibel, berpatutan dan inklusif serta menawarkan pilihan pelaburan yang dahulunya tidak dapat diakses.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191118/2645731-1?lang=0

Source: iSTOX
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Venture Capital Financial Technology