omniture

Menurut Gillette, Tidak Mengapa untuk Lelaki Menangis, Hapuskan Satu Lagi Stereotaip Melalui Filem #ManEnough Baharu

Gillette India Ltd
2019-11-21 11:41 203

Sempena Hari Lelaki Antarabangsa, Gillette mencuba untuk menghapuskan stereotaip yang masih berkekalan melalui kempen baharunya, memaklumkan kepada golongan lelaki bahawa ia memerlukan kekuatan sebenar untuk menerima kelemahan mereka dan menunjukkannya 

MUMBAI, India, 21 November 2019 /PRNewswire/ -- Selama lebih seratus tahun lamanya, Gillette menyasarkan untuk membuatkan lelaki kelihatan, rasa & menjadi yang terbaik. Dalam perjalanan ini, jenama berkenaan terus mencabar stereotaip tentang lelaki, baru-baru ini menerusi kempen #BarbershopGirls. Menerusi kempen terkininya, #ShavingStereotypes, Gillette melontarkan soalan – Mengapa lelaki tidak mengalirkan air mata mereka? Jenama ini mencabar stereotaip yang masih berkekalan tentang mengapa lelaki diajar untuk tidak menunjukkan kelemahan mereka, tidak menunjukkan emosi mereka, tidak menangis kerana ia membuatkan mereka lemah.

Acheivers Academy
Acheivers Academy

Melalui kisah yang tulus mengenai Lt Kol Manoj Kumar Sinha, SM (Retd), Gillette menerusi edisi kedua #ShavingStereotypes, berkata tidak mengapa untuk Lelaki menangis. Lelaki meluahkan kelemahan mereka melalui air mata merupakan #ManEnough (Lelaki yang Berani). Sebagai jenama lelaki yang terkemuka, Gillette menyasarkan untuk membuka laluan kepada lelaki untuk memikirkan semula tanggapan mereka tentang kelelakian dan kekuatan.

Diceritakan melalui kesengsaraan kehidupan sebenar seorang bapa & anak lelakinya, ia mengikuti perjalanan mereka bermula daripada mereka yang terikat kepada stereotaip ini kepada perjalanan menghapuskannya dan menerima bahawa mengalirkan air mata dan menunjukkan sisi kelemahan mereka menjadikan mereka lebih kuat. Kisah mereka menonjolkan apa yang berusaha disokong oleh Gillette – Bahawa keberanian diperlukan untuk menjadi terbaik yang boleh dicapai oleh seorang lelaki.

Sebagai sebahagian daripada kempen yang lebih luas, Gillette bertanyakan satu soalan ringkas – "Bilakah kali terakhir lelaki menangis?". Dalam sebuah masyarakat yang mana tangisan sering dilihat sebagai tanda kelemahan, menggalakkan lelaki untuk meluahkan tentang kali terakhir mereka menangis berusaha untuk menghapuskan stereotaip ini. Dengan #ManEnough, Gillette turut berjanji untuk membawa pesanan ini kepada lebih 2 juta orang lelaki muda di seluruh negara melalui Gillette Mach 3 Achiever's Academy.

Mengulas tentang kempen berkenaan, Sandipan Bhattacharyya, Ketua Pegawai Kreatif, Grey Group berkata, "Gillette, selaku jenama lelaki yang terkemuka dan penyokong buat lelaki, percaya untuk mencetuskan perbualan yang dapat mendidik dan menginspirasi generasi lelaki masa depan. Dengan #ManEnough, kami ingin golongan lelaki membebaskan diri daripada tanggapan bahawa menangis membuatkan mereka lebih lemah dan bahawasanya keberanian diperlukan untuk menunjukkan kelemahan diri anda."

Bercakap tentang kempen berkenaan, Karthik Srivatsan, Pemimpin Kategori Negara, Hias Diri Sub-Benua India di P&G, said, "Lt. Kol. Manoj Kumar (Retd.) dan bapa beliau merupakan wira sebenar yang menunjukkan kepada kita bahawa apabila kita dapat melepasi stereotaip yang mengekang diri kita, kita boleh membebaskan diri dengan lebih mantap bersama-sama. Gillette menyanjungi semangat mereka dan berbangga kerana berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka. Kami komited terhadap Gillette untuk menjadi Kuasa untuk membawa Kebaikan dan ingin terus membawa kisah-kisah positif kehidupan sebenar tentang lelaki dan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi budaya. Tindakan kita perlu menetapkan standard yang betul untuk kanak-kanak lelaki hari ini menjadi lelaki dewasa pada masa depan."  

Latar Belakang Gillette 

Selama lebih 110 tahun, Gillette telah menyampaikan teknologi jitu dan prestasi produk yang tiada tandingan – memperbaiki kehidupan lebih 750 juta orang lelaki di seluruh dunia. Bermula dengan mencukur dan hias diri tubuh, kepada penjagaan kulit dan perlindungan daripada peluh, Gillette menawarkan pelbagai jenis produk termasuk pisau cukur, gel cukur (gel, buih, krim), penjagaan kulit, losen selepas bercukur, antipeluh, deodoran dan cucian badan. Untuk maklumat lanjut dan berita terkini tentang Gillette, kunjungi http://www.gillette.com.

Pautan ke kempen: https://youtu.be/6pKHqWxgMAg 

generated by system

Foto- https://mma.prnewswire.com/media/1031801/Fill_Still_.jpg

Foto- https://mma.prnewswire.com/media/1031802/Lt_Sinha_SM_Retd.jpg

 

Stills from the new #ManEnough film
Stills from the new #ManEnough film

 

Stills from the new #ManEnough film
Stills from the new #ManEnough film

 

 

 

Source: Gillette India Ltd
Keywords: Art Cosmetics & Personal Care Entertainment Film & Motion Picture Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services