omniture

Excelra Umum Kolaborasi Tujuan Semula Ubatan Dengan Maruho Untuk Aplikasi Dermatologi

Excelra Knowledge Solutions Pvt Ltd
2019-11-21 11:54 185

HYDERABAD, India, 21 November 2019 /PRNewswire/ -- Excelra, sebuah Syarikat Data dan Analitik global yang terkemuka, hari ini mengumumkan kolaborasi Tujuan Semula Ubatan bersama Maruho yang berpangkalan di Osaka – syarikat farmaseutikal yang mengkhusus dalam bidang Dermatologi.

Di bawah perjanjian ini, Saintis Data Tujuan Semula Ubatan dan pakar bidang Terapeutik di Excelra akan bersama-sama bekerjasama dengan pasukan penyelidikan Maruho untuk menemui dan membangunkan hipotesis terapeutik baharu dalam bidang Dermatologi. Kolaborasi ini turut memberikan Maruho akses kepada Platform Tujuan Semula Ubatan (GRIP) proprietari Excelra yang terdiri daripada Pangkalan Data Tujuan Semula proprietari, Algoritma Tujuan Semula, alatan Analitik dan enjin Visualisasi. Pangkalan data dalam GRIP telah dibina menerusi pengumpulan data kimia (lebih 7 juta entiti kimia), data biologi dan data klinikal (lebih 200,000 titik data) yang bersama-sama menyumbang kepada lebih 10 juta perkaitan antara triad 'ubatan-penyakit-sasaran'.

Dr. Nandu Gattu, Naib Presiden Kanan, Pharma Analytics, Excelra berkata, "Kami teruja untuk bekerjasama dengan pasukan Penyelidikan Maruho bagi membantu mengukuhkan rancangan dermatologi mereka. Kami bersama-sama menyasarkan untuk menemui rawatan yang inovatif bagi meningkatkan kualiti hidup berjuta-juta pesakit di seluruh dunia."

Latar Belakang Excelra: 

Penyelesaian data dan analitik daripada Excelra memperkasa inovasi dalam sains hayat merentas rantaian nilai daripada molekul ke pasaran. Excelra Edge terhasil daripada penggabungan data yang lancar, kepakaran domain yang mendalam serta sains data. Pasukan berbilang aspek syarikat membantu mengharmonikan jumlah besar data tidak berstruktur yang berlainan; menganalisis data menggunakan teknologi AI/ML canggih; dan mendorong keputusan dipacu data untuk membawakan kecekapan operasi dan mempercepatkan pembangunan ubatan. Selaku penyedia penyelesaian termaju hujung-ke-hujung, Excelra membantu memecahkan silo, menyepadukan data dan analitik merentas Omics, Clinical Trials dan RWE untuk mendedahkan pemahaman dan peluang baharu. Sejak 17 tahun yang lalu, Excelra telah menjadi rakan kongsi data dan analitik pilihan untuk lebih 150 pelanggan termasuk 15 daripada 20 Pharma besar yang utama. www.excelra.com

Latar Belakang Maruho 

Maruho Co., Ltd. mempunyai ibu pejabatnya di Osaka dan memimpin Jepun dalam penyelidikan dan pembangunan, pembuatan serta pengkomersialan produk-produk dermatologi. Ditubuhkan pada tahun 1915, Maruho mempunyai 1,512 pekerja (setakat akhir September 2018) dan jualan bersih mencecah kira-kira 78.57 bilion yen pada tahun fiskalnya yang berakhir pada 30 September 2018. Meneruskan visi korporat jangka panjangnya iaitu "Kecemerlangan dalam Dermatologi", Maruho berusaha untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup orang ramai di seluruh dunia. www.maruho.co.jp/english/

Maklumat Perhubungan: 

Dorothy Paul – Pengarah Pemasaran
Tel: +91-9908130236
Emel:  Dorothy.paul@excelra.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/692189/Excelra_Logo.jpg

Source: Excelra Knowledge Solutions Pvt Ltd
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts