omniture

TriLumina Lancar Tatasusunan VCSEL Pemancar-Belakang Serpihan Flip Peletakan-Permukaan 3 W Tanpa Perlukan Sublekap

TriLumina
2019-11-22 10:12 145

Peranti memberi kos paling rendah, faktor bentuk paling kecil dan prestasi tertinggi untuk peranti mudah alih

ALBUQUERQUE, New Mexico, 22 November 2019 /PRNewswire/ -- TriLumina®, pembangun yang terkemuka bagi teknologi laser pemancar-permukaan rongga-cancang (VCSEL) serpihan flip untuk pengesanan 3D, mengumumkan pelancaran tatasusunan VCSEL pemancar-belakang, serpihan flip, peletakan-permukaan 3 W yang pertama di dunia tanpa memerlukan sublekap pakej atau wayar cantum untuk kamera pengesanan 3D mudah alih. Teknologi VCSEL-pada-Papan (VoB) baharu ini memberikan prestasi yang lebih tinggi, saiz lebih kecil dan kos lebih rendah serta memudahkan rantaian bekalan kamera masa-terbang (ToF) berbanding VCSEL konvensional untuk pengesanan 3D.

The TriLumina 3 W VoB SMT VCSEL array has the smallest footprint with the lowest cost implementation in its class, making it ideal for use in mobile devices. (PRNewsfoto/TriLumina)
The TriLumina 3 W VoB SMT VCSEL array has the smallest footprint with the lowest cost implementation in its class, making it ideal for use in mobile devices. (PRNewsfoto/TriLumina)

"Kami berasa amat sukacita untuk melancarkan VoB 4 W untuk aplikasi automotif pada musim panas yang lalu ini," kata Brian Wong, presiden dan ketua pegawai eksekutif TriLumina. "Kini, dengan VoB serpihan flip 3 W baharu, TriLumina telah mencipta faktor bentuk yang malah lebih kecil, yang membolehkan penyelesaian yang lebih nipis dan lebih kecil dengan prestasi yang lebih baik berbanding dengan VCSEL pemancar-atas konvensional yang disasarkan khususnya kepada aplikasi ToF mudah alih."

Tatasusunan VCSEL konvensional dipasang pada sublekap dan menggunakan wayar cantum untuk sambungan elektrik. Peranti teknologi peletakan permukaan (SMT) atas papan VCSEL 3 W baharu ini merupakan reka bentuk yang kompak dan boleh dipasang pada permukaan, terdiri daripada acuan tekan tatasusunan VCSEL tunggal yang dipasangkan dengan serpihan flip menerusi SMT standard kepada papan litar tercetak (PCB) tanpa memerlukan pembawa sublekap untuk acuan tekan VCSEL sekaligus dengan komponen SMT yang lain pada PCB yang sama. Kanta mikro tercetak sisi belakang bersepadu daripada TriLumina membolehkan optik bersepadu, yang mengurangkan lagi ketinggian bahagian berbanding dengan VCSEL konvensional dengan kanta optik berasingan. Ia mempunyai jejak paling kecil dengan pelaksanaan kos paling rendah dalam kelasnya, menjadikannya ideal untuk digunakan dalam peranti mudah alih.

Walaupun teknologi SMT serpihan-cip langsung telah digunakan dalam komponen lain seperti frekuensi radio (RF) dan cip transistor kesan-medan (FET) kuasa, VoB TriLumina merupakan kali pertama teknologi ini berupaya untuk digunakan pada peranti VCSEL. Peranti VCSEL menggunakan tiang tembaga dengan bonggol pateri yang kini digunakan untuk jenis produk yang lain dan dipasang terus pada PCB menggunakan SMT bebas plumbum standard, dengan faedah tambahan 'hermeticity' terbina dalam dan sifat-sifat haba yang cemerlang hasil daripada struktur VCSEL pemancar-belakang unik daripada TriLumina. Rangkaian produk VoB memulakan pensampelan sekarang. Hubungi TriLumina untuk lembaran data serta maklumat teknikal dan harga tambahan.

Sila kunjungi http://www.trilumina.com untuk maklumat lanjut.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1029733/TriLumina_3_W_VoB_SMT_VCSEL_Pencil.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/950577/TriLumina_Logo.jpg

Source: TriLumina
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components New products/services