omniture

Cognizant Dinamakan Peneraju Perundingan AI di Asia Pasifik oleh Firma Penyelidikan Bebas

Cognizant
2019-11-22 10:11 105

SINGAPURA, 22 November 2019 /PRNewswire/ -- Cognizant (Nasdaq: CTSH) diiktiraf sebagai peneraju Perunding Kecerdasan Buatan (AI) di rantau Asia Pasifik (AP) oleh Forrester Research, firma penyelidikan dan penasihat global yang terkemuka. Laporan Forrester Wave™: AI Consultancies In Asia Pacific, Suku Ketiga 2019 meninjau keupayaan 10 penyedia perkhidmatan menurut 24 kriteria meliputi tawaran semasa, strategi dan kehadiran pasaran mereka.

Cognizant menerima penilaian tertinggi yang boleh dicapai untuk data, sains data dan analitik, ekosistem rakan kongsi, prestasi terdahulu dan kriteria saiz urus niaga. Laporan ini turut menyatakan bahawa:

  • Cognizant melihat setiap pelanggan sebagai sedang mengalami pemodenan data dan perjalanan AI gunaan.
  • Cognizant menumpu untuk mengubah proses perniagaan dan pengalaman pelanggan (CX) merentas domain kecerdasan operasi (cth., tenaga kerja, pusat panggilan, IT, perolehan dan rantaian bekalan), kecerdasan pelanggan (cth., CX, perbelanjaan promosi, nilai sepanjang hayat pelanggan dan interaksi), kecerdasan produk, risiko dan penipuan serta pemodenan data.
  • Pendekatan Cognizant untuk menyampaikan nilai kepada pelanggannya terletak pada tiga tonggak: mengoptimumkan aset kecerdasan data dan perniagaan; memodenkan ekosistem data dan analitik; dan memanfaatkan AI dan pengautomatan… Cognizant turut menggunakan rangka kerja tadbir urus AI dan etika yang luas serta Rangka Kerja AI Berevolusi Pembelajaran, diperoleh melalui pemerolehan. 
  • Cognizant menyediakan kajian kes yang kukuh melibatkan pelanggan farmaseutikal, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kewangan dari seluruh AP. Pelanggan rujukan menggemari kepakaran teknikal dan perniagaannya yang mantap, kualiti tinggi kerja yang diberikan olehnya dan nisbah kos-kepada-nilai yang bagus.
  • Cognizant ialah padanan yang baik untuk pelanggan, khususnya dalam industri farmaseutikal dan penjagaan kesihatan yang menangani cabaran data signifikan dalam perjalanan AI mereka dan berusaha untuk memperoleh strategi, pelaksanaan dan transformasi organisasi daripada penyedia tunggal.

"Perundingan dengan kekuatan yang berbeza dalam sains data dan analitik, kejuruteraan data dan kepakaran domain perniagaan membolehkan mereka untuk memberi kesan perniagaan AI yang positif dengan jayanya kepada pelanggan mereka," tulis Achim Granzen daripada Forrester dalam laporan tersebut. "Meskipun ramai vendor telah membangunkan amalan setempat yang mantap atau kepakaran perniagaan yang mendalam melalui domain dan industri terpilih, amat sedikit yang menyediakan keluasan dan kedalaman yang konsisten merentas semua sub-wilayah, industri dan domain dalam AP…Organisasi-organisasi yang memulakan perjalanan AI mereka atau meluaskan penggunaan AI mereka perlu mencari perundingan AI yang cemerlang dalam sains data, analitik dan kejuruteraan data…menggabungkan kepakaran perniagaan dan kemahiran teknologi AI…[dan] mempunyai kehadiran serantau dan tempatan yang kukuh."

"Tatkala AI mula menentukan masa depan dan kesediaan masa depan perniagaan di Asia Pasifik, ia sedang mencari rakan kongsi yang dapat menyampaikan kecerdasan hujung-ke-hujung bagi menyelesaikan masalah perniagaan yang rumit, memudahkan proses membuat keputusan, meningkatkan proses perniagaan, meningkatkan penglibatan pengguna, mengurangkan kos dan memacu pertumbuhan serta keuntungan," kata Jayajyoti Sengupta, Ketua Asia-Pasifik dan Jepun, Cognizant.

Beliau menambah, "Walau di mana juga perniagaan ini berada dalam perjalanan AI mereka — idea, lelaran, perintisan, migrasi data atau pelaksanaan dan peluasan sistem — dan walau apa pun matlamat mereka — meningkatkan aplikasi, aliran kerja atau proses, menyatukan bersama pengalaman atau meneroka saluran pendapatan dan perkhidmatan baharu, Cognizant membawakan cara yang difikirkan dengan teliti dan bertumpu manusia untuk mempercepatkan bukan sahaja masa dibawa ke pasaran, tetapi juga masa untuk memperoleh nilai dan masa untuk mendapatkan jawapan. Kami percaya apabila dinamakan sebagai peneraju Perundingan AI dalam AP oleh Forrester menjadi bukti keupayaan dan komitmen kami untuk membantu perniagaan meningkatkan apa yang dapat dicapai oleh mereka dan pekerja, pelanggan serta rakan kongsi mereka dengan mesin pintar."

Pendekatan AI gunaan Cognizant berkisarkan pengukuhan dan peningkatan, bukannya pengautomatan dan penggantian, pengalaman manusia. "Kecerdasan" dalam penyelesaian AI Cognizant direka bentuk untuk mengesan dan berkelakuan dengan cara yang biasa, manakala "buatan" menyediakan skala dan kebolehulangan yang sebaliknya tidak mungkin tercapai. Sebagai contoh, pelanggan utiliti menggunakan penyelesaian kecerdasan buatan dibangunkan oleh Cognizant untuk mengimbas secara automatik imej yang diambil oleh dron daripada rangkaian pengagihan kuasanya untuk mengurangkan dengan ketara kos mengenal pasti masalah peralatan dan pembaikan, di samping turut memberi isyarat kepada pasukan penyelenggaraan terlebih dahulu.

Ketahui Lebih Lanjut:

Latar Belakang Cognizant
Cognizant (Nasdaq-100: CTSH) ialah salah sebuah syarikat perkhidmatan profesional yang terkemuka di dunia, mengubah perniagaan pelanggan, model operasi dan teknologi untuk era digital. Pendekatan perundingan kami yang unik dan berasaskan industri membantu pelanggan membayangkan, membina dan mengendalikan perniagaan yang lebih inovatif dan cekap. Beribu pejabat di A.S., Cognizant tersenarai di tempat ke-193 dalam Fortune 500 dan disenaraikan secara konsisten sebagai antara syarikat yang paling dikagumi di dunia. Ketahui bagaimana Cognizant membantu pelanggan memimpin dengan digital di www.cognizant.com atau ikuti kami @Cognizant.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/722966/Cognizant_Logo_Logo.jpg

 

Source: Cognizant
Related Stocks:
NASDAQ:CTSH
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Awards Survey, Polls & Research Data Analytics