omniture

Cambridge Quantum Computing Capai Keputusan Rintis dalam Kimia Kuantum

Cambridge Quantum Computing Limited
2019-11-22 10:57 121

CQC membolehkan VQE beroperasi dan sediakan laluan yang cekap ke arah mensimulasikan molekul teruja menggunakan komputer kuantum

CAMBRIDGE, England, 22 November 2019 /PRNewswire/ -- Cambridge Quantum Computing ("CQC") hari ini mengumumkan satu penemuan penting dalam kimia kuantum yang akan meningkatkan dan mempercepatkan pengkomersialan pengkomputeran kuantum dalam bidang usaha manusia yang penting - pencarian bahan-bahan baharu dalam sektor-sektor seperti tenaga dan farmaseutikal.

Mensimulasikan dengan tepat bagaimana atom dan molekul berkelakuan apabila menyerap tenaga adalah penting dalam menghasilkan bahan-bahan termaju seperti panel solar yang cekap. Komputer kuantum memberi laluan kepada simulasi yang amat tepat untuk proses-proses sedemikian yang berada di luar jangkauan komputer klasik hari ini. Meskipun algoritma kuantum, seperti Variational Quantum Eigensolver ("VQE") yang terkenal, amat mahir dalam mengendalikan alat kuantum semasa, sehingga kini, VQE dihadkan untuk mensimulasikan elektron dalam keadaan tenaga terendahnya, yang tidak bermanfaat contohnya untuk pemodelan sinaran matahari yang mencecah panel solar untuk merangsang elektron dan menjana tenaga elektrik. Bagi mensimulasikan keadaan yang digelar sebagai "teruja", seseorang perlu melakukan pengiraan VQE untuk keadaan tenaga terendah diikuti dengan algoritma lain yang direka bentuk untuk keadaan teruja, yang menggunakan sumber pengkomputeran yang berharga.

Pasukan CQC berpangkalan di Cambridge yang dipimpin oleh saintis-saintis David Muñoz Ramo dan Gabriel Greene-Diniz telah mengeluarkan kertas pracetak saintifik yang memperincikan pencapaian rintis yang dapat menangani keadaan sukar untuk masalah yang betul-betul dinyatakan di atas. Dalam satu artikel terkini "Pengiraan keadaan teruja melalui kekangan simetri dalam Variational Quantum Eigensolver," buat pertama kalinya CQC menunjukkan betapa terdapatnya kemungkinan untuk menyesuaikan algoritma VQE bagi menghitung secara langsung keadaan teruja dalam molekul-molekul tertentu, memintas keperluan untuk mengira keadaan tenaga terendah terlebih dahulu. Ini dapat meningkatkan kecekapan pengiraan keadaan teruja untuk banyak molekul dengan kepentingan perindustrian dan merupakan langkah pertama yang penting dan kritikal bagi menghasilkan bahan-bahan generasi seterusnya. Penemuan penting ini akan diaplikasikan oleh CQC dengan kesan serta merta melalui platform perisian perusahaan unik mereka untuk pengiraan kimia kuantum "EUMEN."

Baca kertas saintifik lengkap di sini: https://arxiv.org/abs/1910.05168.

Latar Belakang Cambridge Quantum Computing

Cambridge Quantum Computing (CQC) ialah syarikat perisian pengkomputeran kuantum yang terkemuka di dunia dengan lebih 60 saintis termasuk lebih 35 pemegang PhD di seluruh pejabat di Cambridge (UK), San Francisco, London dan Tokyo. CQC membina alatan untuk pengkomersialan teknologi kuantum yang akan memberi impak global yang mendalam.

CQC menggabungkan kepakaran dalam perisian kuantum, khususnya platform pembangunan kuantum (t|ket⟩TM), aplikasi perusahaan dalam bidang kimia kuantum (EUMEN), pembelajaran mesin kuantum (QML), pemprosesan bahasa tabii kuantum (QNLP) dan keselamatan siber terimbuh kuantum (IronBridge).

Untuk maklumat lanjut mengenai CQC, kunjungi www.cambridgequantum.com.

Source: Cambridge Quantum Computing Limited
Keywords: Alternative Energies Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Environmental Products & Services Green Technology Health Care/Hospital High Tech Security Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Utilities Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)