omniture

Xinhua Silk Road: Tiggo8 serba baharu Chery menang sijil keselamatan lima bintang C-NCAP

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-22 11:56 504

BEIJING, 22 November 2019 /PRNewswire/ -- Tiggo8 serba baharu daripada Chery, sebuah model SUV, menerima skor yang tinggi dalam ujian perlanggaran C-NCAP dan memenangi sijil keselamatan lima bintang C-NCAP hasil daripada prestasi keselamatannya yang cemerlang, menurut keputusan ujian yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Pusat Teknologi & Penyelidikan Automotif China.

Tiggo8 Chery serba baharu menangi pensijilan keselamatan lima-bintang C-NCAP
Tiggo8 Chery serba baharu menangi pensijilan keselamatan lima-bintang C-NCAP

Keputusan perlanggaran C-NCAP mendedahkan bahawa Tiggo8 serba baharu mempunyai prestasi yang luar biasa bagi perlanggaran bahagian depan dan sisi. Semua beg udara dan tirai udara terpacul keluar secara normal dengan tali pinggang keselamatan diikat dengan ketat yang melindungi orang dewasa dan kanak-kanak dengan berkesan. Khususnya, skor yang tinggi diperoleh untuk perlindungan kepala, leher, dada, abdomen dan kaki. Keputusan cemerlang juga dikaitkan dengan rujukan kepada piawaian keselamatan lima bintang C-NCAP yang terkini dalam reka bentuk peringkat awal Tiggo8.

Badan tinggi kekuatan Tiggo8 serba baharu
Badan tinggi kekuatan Tiggo8 serba baharu

Dari segi keselamatan aktif, Tiggo8 dilengkapi dengan beberapa konfigurasi pintar termasuk sistem kawalan automatik AEB, IHC, FCW, SLA, RCTA, LDW dan HDC.

Kabin berteknologi tinggi Tiggo8 serba baharu
Kabin berteknologi tinggi Tiggo8 serba baharu

Sebagai piawaian paling berwibawa China untuk pengujian prestasi keselamatan automobil pihak ketiga, C-NCAP terus meningkatkan piawaian pengujian sejak pelancarannya. Ia telah memperketatkan dan mengukur penilaian untuk kanak-kanak dan penumpang tempat duduk belakang, menambah ujian sentak dan menerima pakai penilaian bintang yang lebih ketat. Oleh itu, untuk memperoleh pensijilan lima bintang C-NCAP, kenderaan ini harus mempunyai prestasi keselamatan yang luar biasa.

Tiggo8 serba baharu
Tiggo8 serba baharu

Prestasi cemerlang Tiggo8 dalam ujian keselamatan C-NCAP turut dikaitkan dengan usaha sekian lama oleh Chery dalam kawalan kualiti. Bagi memaksimumkan kualiti produk, Chery telah membina sistem pengurusan kualiti kitaran hayat dwi-matriks dan model pengurusan proses keseluruhan yang berkualiti bermula daripada perancangan produk kepada kualiti sistem.

Chery memenangi Anugerah Emas di Konvensyen Antarabangsa ke44 di QC Circles 2019 - Tokyo
Chery memenangi Anugerah Emas di Konvensyen Antarabangsa ke44 di QC Circles 2019 - Tokyo

Dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk, Chery telah menghasilkan model pembangunan produk matriks yang mana pusat pengurusan pembangunan produk dan pusat teknologi bekerjasama antara satu sama lain lalu membentuk sistem dan proses R&D positif berbentuk V untuk pembangunan kenderaan dan menyediakan asas kukuh bagi membina produk-produk yang berkualiti tinggi serta premium dan juga jenama-jenama cemerlang.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309485.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191119/2647457-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191119/2647457-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191119/2647457-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191119/2647457-1-d?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191119/2647457-1-e?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Auto Transportation