omniture

T.Y.T. Mothanna Gharaibeh Rasmikan Pejabat Amman BIGO Technology, Buka Pintu kepada AI dan Lebih Banyak Peluang Pekerjaan

BIGO Technology
2019-11-22 13:07 203

AMMAN, Jordan, 22 November 2019 /PRNewswire/ -- BIGO Technology (BIGO), sebuah syarikat teknologi Internet berpangkalan di Singapura yang dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI), membuka sebuah pejabat baharu di Amman, Jordan. Pejabat berkenaan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Mothanna Gharaibeh, Menteri Ekonomi Digital dan Keusahawanan Jordan. Eksekutif-eksekutif BIGO yang hadir termasuk En. Mike Ong, Naib Presiden Perhubungan Kerajaan dan En. Jackson Liu, Pengurus Besar Timur Tengah, Afrika Utara dan Eropah.

Bigo Opens Office in Jordan
Bigo Opens Office in Jordan

Pejabat pertama BIGO di Jordan akan berperanan sebagai hab serantau tambahan untuk berinteraksi dan berhubung dengan pengguna serta pemegang kepentingan, lalu memastikan kehadiran korporat teknologi tinggi di Jordan dan memajukan kemahiran AI dalam kalangan belia Jordan. Ia akan menambah baik produk dan meningkatkan peluang pekerjaaan kepada golongan profesional teknologi dalam negara ini.

Tuan Yang Terutama Mothanna Gharaibeh berkata: "BIGO telah mengambil langkah pertama bagi memenuhi komitmen mereka terhadap Jordan dan kami mengharapkan pelaburan masa depan mereka dalam peningkatan kemahiran dan pengambilan golongan profesional teknologi serta AI di Jordan. Pelaburan ini begitu selari dengan inisiatif-inisiatif di Jordan seperti program 'Satu Juta Pengekod Warga Jordan' yang akan menyediakan penduduk Jordan dengan sesi latihan dan kursus dalam talian selama tiga bulan secara percuma dalam pengekodan dan pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tatkala Jordan melangkah maju ke arah masa depan digital, kami sungguh berminat dengan peranan yang akan dimainkan oleh syarikat-syarikat teknologi yang berwawasan seperti BIGO."

Kini, BIGO mempunyai lebih 69 paten teknikal dan lebih 414 paten yang sedang menjalani proses permohonan. Sebagai sebuah syarikat Singapura yang pantas berkembang, kini BIGO mempunyai lima pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di serata dunia dan menggaji lebih 250 orang kakitangan di rantau MENA sahaja. Di seluruh dunia, BIGO mempunyai lebih 400 juta pengguna aktif bulanan merentas aplikasi dan perkhidmatannya, peratusan yang tinggi daripada mereka berada di rantau MENA.

Kerajaan Jordan telah menjadi penyokong BIGO yang sangat berminat terhadap rancangan dan kehadirannya baik di Kerajaan Hasyimiyah mahupun seluruh rantau yang lebih luas. Bahkan, pada awal tahun ini, BIGO menjadi tuan rumah kepada Tuan Yang Terutama Mothanna Gharaibeh di ibu pejabatnya di Singapura, dengan perbincangan bertumpu pada kemungkinan pengembangan di Jordan dan peningkatan kemahiran golongan belia sebagai persediaan untuk revolusi digital keempat.

En. Mike Ong daripada BIGO berkata: "Di BIGO, kami sangat percaya bahawa menjadi tanggungjawab kami untuk melabur dalam masa depan di tempat kami beroperasi. Jordan sedang berusaha untuk menjadi kawasan khas digital di rantau ini. Kepakaran kami dalam AI akan membantu menyokong visi Jordan dan juga membantu membangunkan persekitaran yang dapat memupuk dan meningkatkan kemahiran serta keupayaan digital demi membina masa depan yang lebih baik."

Bagi BIGO, rantau Timur Tengah dipenuhi dengan peluang untuk penggunaan dan pembangunan aplikasinya. Ia juga akan membantu membangunkan kemahiran serta bakat belia Arab dan memperkasa mereka untuk mengkonsepsikan dan juga membina masa depan yang lebih produktif.

En. Jackson Liu daripada BIGO berkata: "Kami percaya bahawa penubuhan pejabat BIGO di Jordan merupakan satu langkah yang strategik lantaran kepelbagaian yang ditawarkan, berhubung kemahiran bahasa, persamaan budaya dengan rantau ini dan klasifikasi IMF untuk 'Sangat Maju'. Kami komited untuk melabur dan membangunkan modal insan dan kami telah mewujudkan rancangan perekrutan yang menyeluruh. Objektif kami adalah untuk memberi lebih tumpuan kepada pengambilan golongan profesional teknologi agar kami dapat menyumbang kepada visi Jordan."

Pejabat di Jordan merupakan pejabat kedua BIGO di rantau Timur-Tengah-Afrika-Utara (MENA) selepas Mesir. Syarikat ini telah mengumumkan terlebih dahulu rancangan untuk mengambil 50 pakar AI untuk ditempatkan di Jordan dan berkhidmat untuk rantau ini.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1032818/Bigo_Opens_Office_in_Jordan.jpg

Source: BIGO Technology
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Multimedia/Online/Internet Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion New products/services