Algorand 2.0 menawarkan penciptaan aset terpiawai, pemindahan atomik dan kontrak pintar secara langsung dalam Lapisan 1 untuk memanfaatkan kebolehskalaan dan keselamatan protokol Algorand
SINGAPURA, 24 November 2019 /PRNewswire/ -- Algorand Foundation hari ini mengumumkan ketersediaan kemas kini protokol yang secara signifikan mengembangkan barisan aplikasi teragih (Dapps) dan proses yang boleh dibina pada platform Algorand. Untuk kali pertama, Dapss berskala perusahaan boleh dibina pada rantaian blok bukti sokongan kewangan tulen (PPoS) pertama di dunia tanpa menurunkan prestasi.
Kemas kini ini membuka kunci keupayaan untuk membangunkan penyelesaian rantaian blok natif boleh skala untuk kes penggunaan dunia nyata. Keupayaan berikut telah dibina secara langsung ke dalam Lapisan 1, menyediakan manfaat utama seperti kelajuan, kebolehskalaan dan kemuktamadan.
"Membina aplikasi kewangan teragih memerlukan teknologi asas dan visi yang tepat," kata Steve Kokinos, Ketua Pegawai Eksekutif Algorand Inc. "Di Algorand, kami komited terhadap inovasi dan pembangunan teknologi berterusan yang menyelesaikan cabaran dunia nyata. Dengan pelancaran ini, ciri baharu dan sumber pembangun mudah membolehkan kes penggunaan baharu dan penerimaan rantaian blok dengan lebih meluas secara menyeluruh."
Beberapa organisasi dalam perkhidmatan kewangan, harta tanah dan teknologi perusahaan sudah pun memanfaatkan rantaian blok awam Algorand yang teragih, boleh skala dan selamat untuk menyelesaikan cabaran hari ini. Algorand 2.0, muncul kurang enam bulan selepas pelancaran MainNet Algorand, menyediakan ciri diperlukan untuk pergerakan DeFi.
"Mengeluarkan dan menguruskan keselamatan digital yang mengikut pematuhan memerlukan teknologi inovatif bertaraf tinggi," kata Shay Finkelstein, Ketua Pegawai Teknologi di Securitize, penyelesaian global yang dipercayai untuk keselamatan digital. "Algorand sedang menghasilkan inovasi dengan set baharu ciri ini yang membawakan sejumlah peluang impresif untuk kewangan teragih. Prestasi Algorand yang bergabung dengan pelancaran 2.0 baharu protokol teras mereka menunjukkan potensi hebat untuk pematuhan, infrastruktur dagangan sekuriti yang cekap kos dan akan membolehkan Securitize untuk menyediakan versi cekap lapisan pematuhan kami untuk pelanggan kami."
Untuk maklumat lanjut berkenaan mekanisme kemas kini protokol, sila lawati https://algorand.foundation/protocol-development.
Latar Belakang Algorand Foundation
Algorand Foundation ialah organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan visi ekonomi tanpa sempadan dibina atas teknologi rantaian blok awam teragih. Yayasan ini, bekerjasama dengan Algorand Inc, telah membina protokol Algorand sebagai asas mencapai visi ini. Yayasan ini menjangkakan pelbagai jenis aplikasi akan boleh digunakan di Algorand dan memfokuskan kepada membolehkan semua pembangun untuk membina peralatan generasi seterusnya, mendidik dan menggalakkan komuniti inklusif yang meliputi tadbir urus protokol dan kecekapan ekonomi dalam pembangunan ekosistem Algorand. Yayasan ini komited untuk memudahkan inovasi ini dalam keadaan lestari dan mesra alam dengan menggunakan algoritma dipersetujui bukti sokongan kewangan tulen.
Untuk maklumat lanjut, lawati https://algorand.foundation/
Latar Belakang Algorand Inc.
Algorand Inc. membina protokol rantaian blok bukti sokongan kewangan tulen sumber terbuka tanpa izin yang pertama di dunia untuk produk kewangan generasi seterusnya. Rantaian blok ini, protokol Algorand, ialah idea ahli kriptografi Silvio Micali yang pernah memenangi Anugerah Turing. Sebuah syarikat teknologi yang berdedikasi untuk menghapuskan perselisihan daripada pertukaran kewangan, Algorand Inc. menjana evolusi DeFi dengan membolehkan penciptaan dan pertukaran nilai, membina peralatan kewangan dan perkhidmatan baharu, membawa aset dirantai dan menyediakan model privasi yang bertanggungjawab.
Untuk maklumat lanjut, lawati https://www.algorand.com/