omniture

UAE Menang Keahlian dalam Lembaga Eksekutif UNESCO

UAE Ministry of Culture and Knowledge Development
2019-11-24 21:04 123

PARIS dan ABU DHABI, UAE, 24 November 2019 /PRNewswire/ -- Emiriah Arab Bersatu mengumumkan bahawa negara tersebut memenangi tempat dalam Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk tempoh 2019-2023. Ini merupakan kali keempat UAE telah memenangi tempat dalam salah satu daripada tiga badan perlembagaan UNESCO dan akan memanfaatkan peluang tersebut untuk terus mendorong misi dan matlamat pertubuhan berkenaan.

UAE wins membership on UNESCO Executive Board
UAE wins membership on UNESCO Executive Board

Puan Yang Terutama Noura Al Kaabi, Menteri Pembangunan Budaya dan Pengetahuan, mengetuai delegasi UAE untuk mengambil bahagian dalam sesi ke-40 Persidangan Agung UNESCO, yang mana beliau bertemu dengan beberapa pegawai, Menteri Kebudayaan, Menteri Pendidikan dan juga ketua delegasi negara anggota.

Dengan memperoleh 107 undi, kemenangan berkenaan memperlihatkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap peranan UAE dalam memperjuangkan prinsip-prinsip asas UNESCO merentas sektor-sektor saintifik, pendidikan dan kebudayaan.

PYT Noura Al Kaabi berkata: "Pelantikan UAE ke dalam Lembaga Eksekutif UNESCO menunjukkan pengiktirafan yang luas terhadap usaha-usaha penting negara berkenaan dalam memajukan inisiatif dalam bidang kebudayaan, sains dan pendidikan. Pencapaian penting ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepercayaan kukuh kami ke atas kuasa UNESCO untuk membawakan keamanan dan kemakmuran kepada negara-negara seluruh dunia. UAE mengulangi komitmennya terhadap Agenda untuk Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan untuk bekerjasama dengan semua negara anggota bagi memastikan pencapaiannya melalui program dan inisiatif. Kami terbuka untuk mengadakan dialog, pertukaran dan kolaborasi dengan semua negara anggota bagi mencari penyelesaian terbaik yang dapat memenuhi keperluan orang ramai yang menerima khidmat kami."

Sepanjang empat tahun akan datang, UAE akan bekerjasama dengan negara-negara anggota lain daripada Lembaga Eksekutif tersebut ke arah UNESCO yang lebih cekap dan berkesan.

UAE ditubuhkan pada Disember 1971 dan pada 20 April 1972, ia menjadi anggota UNESCO. Selama bertahun-tahun, UAE telah mengambil bahagian dengan ketara dalam banyak program UNESCO, menyumbang dana serta membangunkan inisiatif tempatan demi faedah orang ramai di serata dunia. Pada tahun 2018, UAE disenaraikan di tempat ke-6 bagi penyumbang sukarela utama kepada UNESCO dan kini mempunyai keahlian dalam enam jawatankuasa UNESCO. Di samping itu, negara berkenaan mempunyai satu tapak yang tertera dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO, lapan Warisan Tidak Ketara nasional dan multinasional disenaraikan, dua bandar digelar sebagai Bandar Kreatif oleh UNESCO, menubuhkan lebih 120 buah sekolah berkaitan UNESCO dan mengehoskan Pusat Serantau untuk Perancangan Pendidikan (RCEP) di bawah naungan UNESCO, antara banyak lagi inisiatif lain.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1033666/UAE_UNESCO_Board.jpg

 

Source: UAE Ministry of Culture and Knowledge Development
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Environmental Products & Services Travel Environmental Issues Environmental Policy Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)