omniture

Pertama di Dunia bagi CCS Raih Pencapaian 3Jt

International CCS Knowledge Centre
2019-11-25 21:25 117

REGINA, Saskatchewan, 25 November 2019 /PRNewswire/ -- Kemudahan CCS Empangan Sempadan 3 (BD3) SaskPower baru-baru ini melepasi angka tiga juta tan (3Jt) karbon dioksida (CO2) yang diperangkap. Ini menunjukkan bahawa sebagai penggerak pertama dalam teknologi pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), ia terus mencapai, menambah baik dan memberi kesan yang mantap bagi mengurangkan dan menyimpan emisi gas CO2.

The above noted capture plant availability is the percentage of time the capture plant is capturing CO2 while the power plant is operating at a minimum 50% load. Plant load at 50% was the original anticipated minimum load for operation of the capture system. The calculations include both the original planned maintenance durations as well as any unplanned extensions.
The above noted capture plant availability is the percentage of time the capture plant is capturing CO2 while the power plant is operating at a minimum 50% load. Plant load at 50% was the original anticipated minimum load for operation of the capture system. The calculations include both the original planned maintenance durations as well as any unplanned extensions.

BD3 mendapat penghormatan untuk menjadi yang pertama di dunia – yang bermakna ia bukan sahaja mempelopori pelaksanaan teknologi berkenaan, tetapi juga kesediaan untuk menjadi peneraju bagi pembelajaran dan penyesuaian. Dalam tempoh lima tahun sejak beroperasi, ia telah meraih pencapaian 3Jt manakala loji pemerangkapan turut menunjukkan prestasi dengan tahap keandalan yang lebih baik secara berturut-turut dan juga peningkatan mantap bagi kadar pemerangkapan CO2 harian.

International CCS Knowledge Centre (Knowledge Centre) sering dicari atas keupayaannya untuk berkongsi pengajaran besar yang diperoleh dalam CCS. BD3 ialah bukti bahawa pembelajaran diperoleh dengan pengamalan. Knowledge Centre ini ditetapkan oleh pengasasnya, SaskPower dan BHP, untuk berkongsi kepakaran yang beraneka daripada BD3 bersama dunia – lantaran peranan penting CCS untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau (GHG) dengan ketara.

Mewujudkan duluan dalam pemerangkapan karbon berskala luas, BD3 merupakan asas untuk kajian CCS generasi kedua Knowledge Centre, Kajian Kebolehlaksanaan CCS Shand. Kajian ini mendedahkan bahawa kos modal untuk loji seterusnya bakal menjadi 67% lebih murah setiap tan bagi gas CO2 yang diperangkap dan kadar pemerangkapan dapat mencecah sehingga 97% dengan beban dikurangkan tatkala loji ini bersepadu dengan bekalan tenaga elektrik yang boleh diperbaharui. Knowledge Centre kini melanjutkan pembelajaran ini kepada emisi sumber industri.

Sememangnya, dunia terus mencari pemahaman dan aplikasi praktikal yang terhasil daripada pembelajaran tentang BD3. Susulan lawatan ke loji tersebut pada Mei 2019, Presiden COP24 Michael Kurtyka memberitahu pihak media, "Saya berada di sini disebabkan oleh peranan kepimpinan yang dimainkan oleh negara ini (Kanada) dan wilayah ini (Saskatchewan) di persada antarabangsa. Anda merupakan pemimpin di dunia. Segala yang anda bawa ke peringkat antarabangsa adalah amat penting."

Pengiktirafan

"Kami mengucapkan tahniah kepada Kemudahan CCS Empangan Sempadan 3 SaskPower kerana memerangkap 3 juta tan gas karbon dioksida sejak memulakan operasi pada tahun 2014. Pencapaian signifikan ini jelas menunjukkan daya maju teknologi CCS dalam menyampaikan tenaga bersih yang mampan daripada arang batu. BD3 menunjukkan laluan ke hadapan bagi tujuan penyepaduan teknologi CCS berskala luas dengan penjanaan kuasa. Pengajaran yang diperoleh daripada pengalamannya penting untuk kejayaan aplikasi teknologi CCS di seluruh dunia malah melangkaui penjanaan kuasa ke dalam sektor-sektor perindustrian seperti keluli dan simen."

- David Byers, Ketua Pegawai Eksekutif, CO2CRC

Maklumat Ringkas & Pautan

CCS berskala luas di Kanada

Perubahan Iklim

  • Belum pernah terjadi dalam sejarah yang mana tahap kepekatan gas CO2 setinggi atau meningkat sepantas yang berlaku masa kini pada zaman moden – Keluk Keeling: Rekod Harian Gas Karbon Doksida Atmosfera (Scripps Institution of Oceanography, UC San Diego)
  • CCS dianggap penting dalam tiga daripada empat laluan untuk memastikan pemanasan global berada dalam lingkungan 1.5oC - Panel Antara Kerajaan untuk Perubahan Iklim: Pemanasan Global 1.5 Darjah Celsius
  • Sebahagian besar daripada dunia tidak dapat memenuhi sasaran emisi tanpa CCS – dan buat negara yang dapat memenuhinya, peningkatan median dalam kos pengurangan ialah 138% - Panel Antara Kerajaan untuk Perubahan Iklim: IPCC AR5 2014

Pautan CCS

Latar Belakang International CCS Knowledge Centre (Knowledge Centre): Beroperasi sejak tahun 2016 di bawah pimpinan lembaga bebas, Knowledge Centre ditubuhkan oleh BHP dan SaskPower dengan mandat untuk memajukan pemahaman dan penerimaan global bagi CCS berskala luas demi mengurangkan emisi GHG global. Knowledge Centre menyediakan kepakaran untuk melaksanakan projek-projek CCS berskala luas selain pengoptimuman CCS melalui pembelajaran asas daripada Kemudahan CCS Empangan Sempadan 3 yang bersepadu sepenuhnya dan kajian CCS generasi kedua yang komprehensif, dikenali sebagai Kajian Shand. Untuk maklumat lanjut: https://ccsknowledge.com/

#ClimateAction    #CleanTech    #CCUS    #CCS    #BoundaryDam

The figure above illustrates the cumulative CO2 captured from October 2014 to October 2019 -- specifically, the average daily capture rate, in tonnes per day, for each period. Continuous improvements have translated into greater reliability of the plant, allowing it to reach a higher average capture capacity rate since it first opened in 2014
The figure above illustrates the cumulative CO2 captured from October 2014 to October 2019 -- specifically, the average daily capture rate, in tonnes per day, for each period. Continuous improvements have translated into greater reliability of the plant, allowing it to reach a higher average capture capacity rate since it first opened in 2014

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1034100/image1.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1034103/image2.jpg  

Source: International CCS Knowledge Centre
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology