omniture

Teknologi Jadikan Bayar Cukai Perniagaan Lebih Mudah di Seluruh Dunia, Seperti Ditunjukkan Laporan PwC-World Bank Bersama

PwC; World Bank Group
2019-11-26 08:01 115

LONDON, 26 November 2019 /PRNewswire/ -- Ekonomi di seluruh dunia menjadikannya lebih mudah untuk perniagaan mereka membayar cukai hasil daripada teknologi, menurut Paying Taxes 2020, satu kajian tahunan terhadap pentadbiran cukai di seluruh dunia yang diterbitkan oleh PwC dan World Bank Group.

Laporan ini, kini memasuki edisi ke-14nya, menonjolkan kelebihan penting yang diberikan oleh pentadbiran cukai kepada pembayar cukai mereka sekiranya mereka menerima kemajuan teknologi. Di Brazil mahupun Vietnam, masa yang diperlukan untuk mematuhi kewajipan cukai adalah 23% lebih rendah pada tahun 2018 berbanding pada tahun 2017 manakala di Côte d'Ivoire, Republik Kyrgyz serta Israel, terdapat pengurangan yang besar dalam bilangan bayaran cukai, sebagaimana yang diukur oleh kajian berkenaan.

Secara keseluruhan, purata global bagi beban pematuhan untuk pencukaian perniagaan kekal agak stabil dalam empat ukuran utama yang digunakan untuk menilai kemudahan pembayaran cukai untuk perniagaan: masa untuk mematuhinya (234 jam); bilangan bayaran (23.1); jumlah kadar cukai dan caruman (40.5%) dan indeks selepas pemfailan (60.9 daripada 100).

Meskipun purata global jumlah kadar cukai dan caruman kekal hampir tidak berubah, terdapatnya peralihan dasar yang signifikan antara ekonomi-ekonomi individu. Cukai bernilai tambah (VAT) telahpun diperkenalkan di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu tatkala kedua-dua ekonomi tersebut berusaha meluaskan asas cukai mereka dan mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan sumber asli. Ghana telah beralih sebahagiannya daripada VAT kepada cukai jualan melata. Terdapatnya pengurangan penting cukai ke atas keuntungan di Gambia, Amerika Syarikat, China dan juga Maghribi.

Di samping itu, peningkatan akses kepada bayaran balik VAT memainkan peranan penting bagi menambah baik prosedur selepas pemfailan di Armenia dan Mesir.

Sejak tahun 2012, masa purata untuk mematuhi kewajipan cukai ialah 27 jam lebih pendek manakala purata 4.4 bayaran yang lebih sedikit diperlukan. Kemajuan teknologi memacu kedua-dua penambahbaikan. Jumlah kadar cukai dan caruman bergerak lebih rendah kepada 40.5% daripada 41.9% dalam tempoh yang sama.

Indeks selepas pemfailan, yang diperkenalkan pada tahun 2014, telah meningkat kepada 60.9 pada tahun 2018 daripada 58.9 lima tahun yang lalu. Kenaikan keseluruhan yang sederhana menyembunyikan perubahan besar dalam beberapa ekonomi. Paling utama, bayaran balik VAT tersedia kepada syarikat-syarikat yang serupa dengan kajian kes di Mesir dan Armenia, manakala Turki telah mengecualikan pembelian modal daripada VAT. Proses bayaran balik VAT menjadi lebih cekap di Israel dan Côte d'Ivoire. Proses membetulkan pulangan cukai pendapatan korporat di El Salvador, Hungary, Thailand dan Tunisia menjadi lebih diperkemas dengan ketara.

Teknologi baharu menawarkan pentadbiran cukai dengan pelbagai peluang untuk menjadikan proses membayar cukai lebih cekap dan hal ini sentiasa berkembang. Penting untuk pentadbiran cukai agar mengikuti perkembangan terkini menerusi pembangunan dalam teknologi dan untuk mengeksploitasi hal ini demi manfaat mereka dan juga pembayar cukai. Perniagaan pula, dalam peranan mereka, perlu menggabungkan teknologi cukai yang baharu ke dalam operasi mereka untuk bertindak balas kepada peningkatan permintaan terhadap data daripada pentadbiran cukai.

Rita Ramalho, Pengurus Kanan Kumpulan Penunjuk Global World Bank, berkata: "Untuk semua kerajaan, pentadbiran cukai yang berkesan menjadi keutamaan. Sejauh mana pentadbiran cukai berfungsi boleh mempengaruhi persepsi terhadap kerajaan secara meluas. Sekiranya membayar cukai dilihat sebagai mudah, jelas dan adil, ia akan memberi gambaran yang baik dan dapat meraih sokongan bagi tujuan pengumpulan hasil yang penting untuk menyediakan perkhidmatan yang amat diperlukan."

Andrew Packman, pemimpin untuk Ketelusan Cukai dan Jumlah Caruman Cukai di PwC, berkata: "Keputusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa penting agar pihak kerajaan dan pihak berkuasa cukai terus melabur bagi memodenkan sistem pentadbiran cukai mereka. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, semua kerajaan akan perlu memahami implikasi daripada sebarang persetujuan baharu yang timbul berhubung dengan usaha semasa oleh OECD dan G20 mengenai pencukaian ekonomi digital."

Catatan

Paying Taxes 2020 memanfaatkan perbandingan pencukaian perniagaan di 190 ekonomi dan ia membantu kerajaan serta perniagaan memahami sama ada sistem cukai mereka seiring dengan perubahan global dan membantu untuk belajar daripada apa yang dilakukan oleh pihak-pihak lain. Laporan ini memodelkan pencukaian perniagaan dalam setiap ekonomi menggunakan syarikat domestik bersaiz sederhana sebagai kajian kes.

Klik di sini untuk laporan penuh.

Latar Belakang World Bank Group 

World Bank Group ialah salah satu sumber terbesar di dunia bagi pendanaan dan pengetahuan untuk negara-negara sedang membangun. Lima institusinya berkongsi komitmen untuk mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kemakmuran bersama: International Bank for Reconstruction and Development (IBRD), International Development Association (IDA), International Finance Corporation (IFC), Multilateral Investment Guarantee Agency (MIGA) dan International Centre for Settlement of Investment Disputes (ICSID). Dengan 189 negara anggota dan pejabat yang berada di lebih 130 lokasi, institusi-institusi ini bekerjasama untuk menyediakan pendanaan, nasihat dasar, bantuan teknikal, insurans risiko politik dan penyelesaian pertikaian untuk perusahaan persendirian, lalu membolehkan negara-negara mencapai pembangunan yang mampan.

Latar Belakang PwC 

Di PwC, tujuan kami adalah untuk membina kepercayaan dalam masyarakat dan menyelesaikan masalah yang penting. Kami merupakan jaringan firma dalam 157 buah negara bersama lebih 276,000 orang kakitangan yang komited untuk membawakan kualiti dalam khidmat jaminan, khidmat nasihat dan khidmat cukai. Ketahui lebih lanjut dan maklumkan kepada kami apa yang penting buat anda dengan mengunjungi kami di www.pwc.com.

PwC merujuk kepada rangkaian PwC dan/atau salah satu atau lebih daripada firma-firma anggotanya, setiap satu merupakan entiti undang-undang berasingan. Sila rujuk www.pwc.com/structure untuk butiran lanjut. 

© 2019 PwC. Hak cipta terpelihara

Hubungi: 

Dalia Adawieh
Telefon Mudah Alih: +966 590-443-771
Emel: dalia.adawieh@pwc.com

Mark Felsenthal, World Bank
Tel: +1-(202)-458-0051
Emel: mfelsenthal@worldbank.org

Source: PwC; World Bank Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Insurance Workforce Management/Human Resources Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research Data Analytics Legal Services