omniture

Tayangan Perdana Julung Kali Hotel Paramount Dubai

Paramount Hotel Dubai
2019-11-26 08:00 163

Harta Tanah Paramount Pertama di Timur Tengah Kini Dibuka

DUBAI, UAE, 26 November 2019 /PRNewswire/ -- Membawakan keajaiban dan daya tarikan terbaik Hollywood yang penuh layanan manja ke dunia hospitaliti, Hotel Paramount Dubai telah menyediakan pentas untuk Tayangan Perdana Julung Kalinya sebelum menghamparkan permaidani merah pada Januari 2020 untuk pembukaan besar-besaran. Hotel ini yang merupakan harta tanah Pramount yang pertama di rantau ini kini mengalu-alukan para tetamu.

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8651751-avant-premiere-of-paramount-hotel-dubai/.

Bagi memastikan Tayangan Perdana Julung Kali hotel ini berada pada peringkat teratas 'carta Pecah Panggung,' Pengarah Wael Soueid berkata, "Kami sangat teruja untuk memperkenalkan piawaian hospitaliti luar biasa dengan Hotel Paramount Dubai. Kami telah bekerja keras untuk mereka bentuk, menyampaikan dan memperincikan pengalaman paling sukar dilupakan dengan kumpulan terpilih Pengarah Eksekutif dan Petugas Paramount kami."

Menghidupkan kembali keunggulan Hollywood yang malar segar, konsep ini telah dibangunkan oleh Paramount Pictures dan memanifestasikan inti pati Gaya Hidup California yang sebenar. Terletak di Business Bay, Hotel Paramount Dubai menyusun atur dan mentadbir urus reka bentuk berkesenian halus, perkhidmatan berkelas tinggi, hiburan bertaraf bintang dan aktiviti makan premium. 

Hotel yang amat dinanti-nantikan ini menempatkan 823 bilik dan bilik suite yang dikategorikan sebagai Bilik Tamu Adegan dan Pentas; Bilik Suite Perdana dan Bilik Suite Paramount; serta bilik suite bertema yang berinspirasikan filem Paramount Pictures. Dilimpahi pelbagai sejarah, kisah dan daya tarikan, Hotel Paramount ialah blokbuster sebenar yang menyorot lapan konsep tempat makan berciri pengalaman yang menjanjikan pengalaman kulinari yang belum pernah dirasai di bawah arahan Produser Kulinari, Ezquiel Cardozo.

Sebagai penghormatan kepada keajaiban sejarah panggung wayang ialah The Paramount Screening Room, sebuah panggung wayang peribadi, kapsul masa dan pentas untuk aksi hiburan langsung dengan hidangan ringan gourmet sampingan serta minuman.

Pacific Groove ialah bar dan restoran California yang menawarkan pilihan kulinari terdiri daripada makanan laut bakar hidang desir, stik dimasak menggunakan kayu api, salad segar dan bar Mentah hidupan laut. Flashback ialah bar dan bilik istirehat tertutup tempat jualan minuman yang menyediakan koktel tempahan khas yang dicampur oleh jurubancuh berkemahiran dalam suasana Hollywood yang intim, lengkap dengan poster klasik bergerak dan dua bilik peribadi.

The Cheat ialah Makmal Coklat Paramount yang berkeunikan luar biasa; dilengkapi dengan restoran tempat makan yang dibuka sepanjang hari, The Stage; Kafe dan kedai roti buatan tangan, The Craft Table; ruang istirehat lobi & kafe; dan ruang istirehat kolam mandi termasuk Dek Malibu dan treler makanan jalanan California.

Hotel ini juga mempromosikan elemen mengujakan seperti dinding video imersif di lobinya, Spa PAUSE dan Pusat Kecergasan, kemudahan mesyuarat dan acara dengan kelengkapan terkini serta bilik suite Bekerja/Bermain berciri kerjasama yang merupakan keistimewaan mereka. 

 

Paramount Hotel Dubai
Paramount Hotel Dubai

 

 

Perhubungan Media:
Farah El Alfy 
Pengurus Komunikasi Kanan, The Qode
farah@theqode.com
+971-55-201-5350

Swati Jain
Eksekutif Komunikasi Kanan, The Qode
farah@theqode.com
+971-56-162-1572

Shreya Bhandari
Eksekutif Komunikasi Muda, The Qode
farah@theqode.com
+971-55-212-7908

 

Source: Paramount Hotel Dubai
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Film & Motion Picture Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel Broadcast feed announcements MultiVu Photo New products/services