omniture

Rusia bakal Pindahkan Teknologi Pembinaan Unik kepada Kerajaan Arab Saudi Berikutan Lawatan Presiden Vladimir Putin

Eurasian Economic Cooperation Organization
2019-11-26 08:00 172

MOSCOW, 26 November 2019 /PRNewswire/ -- Musim Luruh ini, Presiden Rusia Vladimir Putin telah melawat Arab Saudi bagi Lawatan Negara. Berikutan rundingan antara Presiden Putin dan Raja Arab Saudi Salman bin AbdulAziz Al Saud, lebih daripada 20 dokumen telah ditandatangani, termasuklah sebuah program kerjasama aras tinggi Rusia-Saudi.

City of Voronezh residential area in Russia was built in eight months by Formator technologies with the help of Russian “Red Machines”.
City of Voronezh residential area in Russia was built in eight months by Formator technologies with the help of Russian “Red Machines”.

Ramai pakar telah mengatakan yang hasil daripada lawatan Presiden Putin, hubungan Rusia-Saudi telah jelas sekali mencapai sebuah perkongsian strategik pada tahap yang baharu. Rusia telah menyatakan hasrat untuk memindahkan teknologi, terutamanya dalam bidang pembinaan, yang akan membantu bukan sahaja menyelesaikan masalah perumahan di Arab Saudi, malah juga ia akan mempunyai pengaruh positif terhadap pembangunan ekonomi negara ini secara amnya.

Kerjasama ini sejajar dengan inisiatif "Wawasan 2030" negara Arab Saudi, yang diilhamkan oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman, yang bercita-cita untuk membangunkan projek perumahan besar-besaran bagi memberikan kediaman yang selesa dan mampu milik bagi rakyat Kerajaan tersebut, juga meningkatkan saham perumahan sebanyak 60% menjelang 2020 dan 70% menjelang 2030, serta menyediakan sebuah pasaran mampu milik yang cekap tenaga dan perumahan yang mesra alam sekitar.

Pembina perumahan Rusia telah memperkenalkan dan berjaya melaksanakan teknologi pembinaan unik yang ultra pantas dalam membina bangunan kediaman di Rusia. Perkara paling penting dalam teknologi ini merupakan penggunaan jentera yang unik yang dapat membina blok-blok bilik dengan kadar yang cepat - direka dengan ketepatan geometri serta yang paling penting, kemasan produk akhir yang berkualiti tinggi.

"Setakat ini, hanya beberapa negara sahaja yang telah mencapai inovasi dalam pembinaan perumahan yang berkesan, yang mana telah mempengaruhi kualiti proses pembinaan, kos pembinaan dan kecepatan kemudahan-kemudahan ini dibina. Teknologi kami memperuntukkan blok 3-4 akses, 17 tingkat untuk dibina dalam satu bulan. Vila seluas 250-300 meter persegi dibina dalam masa dua hari. Ada pihak yang membandingkan teknologi pembinaan kami dengan LEGO, yang mana seorang kanak-kanak boleh membina sebuah rumah dengan cantuman kiub-kiub yang siap. Kami merancang untuk menghantar teknologi ini ke Arab Saudi seawal tahun 2020. Kami membina dan memberikan tender lebih daripada satu juta meter persegi perumahan di Rusia. Kami bersedia untuk memindahkan teknologi pembinaan yang unik ini kepada rakan kongsi kami di pelbagai negara," kata Pengerusi Majlis Ekonomi Tertinggi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eurasia, pembina kehormat Rusia, Alexander Tsyban.

Pada 14 Oktober 2019 di bandar Al-Khobar, sebuah perjanjian dalam pertubuhan "Perikatan Antarabangsa" dalam lapangan  pembinaan perumahan yang cepat dan pelaksanaan teknologi daripada blok-blok pembinaan telah ditandatangani. Pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak tersebut ialah Group of AlSuwaiket Companies (Arab Saudi) bawah pengarahan dermawan dan bilionair Arab Saudi, Sheikh Mubarak A. AlSuwaiket bersama Syarikat Pembinaan "Vibor OBD" (Rusia) -  (www.vyborstroi.ru)

Perikatan yang dibina mempunyai cita-cita untuk menjalankan usaha pembinaan 850,000 bangunan kediaman di Arab Saudi dan mengedarkan jumlah pembinaan unik menggunakan teknologi pembinaan blok perumahan, bukan sahaja di negara-negara Teluk, malah di negara-negara yang lain.

generated by system

The Russian Construction 'Red Machine' for super-fast housing construction.
The Russian Construction 'Red Machine' for super-fast housing construction.

 

 

Source: Eurasian Economic Cooperation Organization
Keywords: Art Computer/Electronics Construction/Building Real Estate New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)