omniture

Trina Solar Umum Rekod Kecekapan Baharu 23.22% dengan Sel Solar i-TOPCon jenis-n pada substrat Tetuang-mono

Trina Solar Co., Ltd
2019-11-26 20:00 389

CHANGZHOU, China, 26 November 2019 /PRNewswire/ -- Trina Solar Co., Ltd. ("Trina Solar" atau "Syarikat"), penyedia penyelesaian menyeluruh PV dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa State Key Laboratory (SKL) PV Science and Technology (PVST) China telah mencatatkan rekod dunia baharu dengan 23.22% untuk sel solar i-TOPCon jenis-n kuasi-monohabluran (c-Si) ruang besar yang berkecekapan tinggi.

Sel solar i-TOPCon dwimuka jenis-n yang memecah rekod ini dihasilkan dengan proses perindustrian berkos rendah daripada teknologi i-TOPCon (Sentuhan Pempasifan Oksida Terowong Industri) canggih pada substrat Si Tetuang-mono didopkan-fosforus yang bersaiz besar. Sel solar dwimuka 247.79 cm2 ini dapat mencapai kecekapan sisi depan kawasan keseluruhan sebanyak 23.22%. Keputusan ini telah disahkan secara bebas oleh ISFH CalTeC di Jerman.

"Kami berasa amat gembira untuk mengumumkan bahawa pencapaian terkini daripada pasukan penyelidikan teknologi kami di SKL PVST. Menurut pengetahuan kami, ini merupakan rekod dunia yang baharu bagi kecekapan kawasan keseluruhan untuk sel solar silikon tetuang-mono kawasan luas," kata Dr Zhiqiang Feng, Pengarah State Key Laboratory (SKL) PV Science and Technology Trina Solar. "Keputusan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang cemerlang ni dapat meletakkan asas yang kukuh untuk Trina bagi menyediakan modul dan penyelesaian PV berkualiti tinggi yang baharu dan dibezakan kepada pelanggan kami."

https://www.trinasolar.com/sites/default/files/State_key_laboratory.jpg 
Kapsyen: State Key Laboratory (SKL) PV Science and Technology (PVST) China
Sumber: Trina Solar

Latar Belakang Trina Solar 

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh PV global dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia. Syarikat terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran dan jualan produk PV; pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan projek PV; pembangunan dan jualan sistem pelengkap grid mikro pintar dan berbilang tenaga serta operasi platform awan tenaga. Pada tahun 2018, Trina Solar melancarkan jenama Internet Pelbagai Benda (IoT) Tenaganya dan memulakan Perikatan Pembangunan Perindustrian IoT Tenaga Trina serta Pusat Inovasi Perindustrian IoT Tenaga Baharu bersama perusahaan dan institut penyelidikan yang terkemuka di dunia. Syarikat komited untuk menjadi peneraju bagi industri tenaga pintar global. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities