- Merck kini mempunyai 22 paten berkaitan CRISPR seluruh dunia merentas sembilan geografi berbeza
- Paten meliputi teknologi penyuntingan genom Cas9 Nickase CRISPR Berpasangan untuk memajukan terapi dan penyelidikan gen
DARMSTADT, Jerman, 26 November 2019 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Pejabat Paten Jepun dan Pejabat Harta Intelek Singapura masing-masing membenarkan permohonan paten oleh syarikat untuk penggunaan nickase CRISPR berpasangan, menjadikan bilangan paten Merck kepada 22 di seluruh dunia.
"Nickase berpasangan menunjukkan langkah penting dalam meningkatkan kespesifikan melalui pendekatan yang sangat fleksibel dan cekap bagi mengurangkan kesan-kesan tersasar dalam penyuntingan gen," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Teknologi Merck dapat meningkatkan keupayaan CRISPR untuk memperbaiki gen berpenyakit dan dalam masa yang sama tidak menjejaskan gen yang sihat, seraya dapat meningkatkan kecekapan rawatan terapi gen yang berpotensi."
Paten ini meliputi strategi asas CRISPR yang mana dua nickase CRISPR disasarkan kepada sasaran gen sesama dan berfungsi bersama-sama dengan memotong atau membelah bebenang bertentangan dengan jujukan kromosom bagi menghasilkan pemutusan bebenang ganda dua. Proses ini secara pilihan melibatkan jujukan eksogen atau penderma bagi tujuan sisipan dengan cara yang sama seperti mana teknologi penyepaduan CRISPR berpaten Merck. Keperluan dua peristiwa pengikat CRISPR banyak mengurangkan peluang pemotongan yang tersasar di lokasi-lokasi lain dalam genom.
Selain daripada Jepun dan Singapura, Merck mempunyai paten berkaitan CRISPR di wilayah-wilayah berikut: Australia, Kanada, China, Eropah, Israel, Korea Selatan dan A.S. Syarikat berkenaan dianugerahi paten asas yang pertama di Australia meliputi penyepaduan CRISPR pada tahun 2017 dan paten CRISPR A.S. yang pertama untuk proksi-CRISPR pada tahun 2019.
Merck menjadi peneraju inovasi dalam bidang berkenaan selama 15 tahun lamanya, dengan pengalaman merangkumi penemuan kepada pembuatan. Sebagai pengguna mahupun pembekal teknologi penyuntingan genom, Merck menyokong penyelidikan dengan penyuntingan genom di bawah pertimbangan piawaian etika dan undang-undang yang teliti. Syarikat ini menubuhkan Panel Penasihat Bioetika bebas dan luaran bagi memberi bimbingan untuk penyelidikan yang mana perniagaannya turut terlibat, termasuk penyelidikan terhadap atau penggunaan penyuntingan genom. Merck turut menetapkan kedudukan operasi yang jelas yang mengambil kira isu-isu saintifik dan masyarakat bagi memaklumkan pendekatan terapeutik yang baik untuk digunakan dalam penyelidikan dan juga aplikasi.
Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila kunjungi www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.
Latar Belakang Merck
Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 52,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah kepada mendayakan kecerdasan peranti, Merck berada di mana-mana jua. Pada tahun 2018, Merck menjana jualan sebanyak €14.8 bilion di 66 negara.
Penerokaan saintifik dan keusahawanan bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama "Merck". Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1033911/Merck_CRISPR_EN.jpg