omniture

Hertz Global Holdings, Inc. Lantik Angela Brav sebagai Presiden, Hertz International

Hertz Asia Pacific Pte Ltd
2019-11-27 10:02 374

LONDON, 27 November 2019 /PRNewswire/ -- Hertz Global Holdings, Inc., (NYSE: HTZ) mengumumkan bahawa Angela Brav telahpun menyertai syarikat sebagai Presiden divisyen Antarabangsa Hertz.

 Hertz Global Holdings, Inc. Lantik Angela Brav sebagai Presiden, Hertz International
Hertz Global Holdings, Inc. Lantik Angela Brav sebagai Presiden, Hertz International

Brav, seorang jurucakap yang disegani untuk industri pelancongan, membawakan 25 tahun pengalaman eksekutif bersama InterContinental Hotels Group (IHG) menerusi pelbagai jawatan operasi dan strategik di A.S. dan Eropah. Paling terkini menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Rantau Eropah IHG, beliau memimpin kejayaan pemulihan perniagaan berkenaan dengan meningkatkan dan memanfaatkan peluang jenama, pengedaran, francais dan teknologi. Beliau ditempatkan di ibu pejabat antarabangsa syarikat sewa kereta berhampiran London, UK dan akan melapor kepada Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Hertz, Kathryn Marinello.

"Angela memiliki rekod prestasi terbukti dalam membentuk strategi pertumbuhan, memperlihatkan keupayaan berbilang jenama, membangunkan portfolio francais dan menunjukkan kepimpinan pemikiran yang inovatif, yang mana kesemuanya penting demi kejayaan berterusan kami," kata Marinello. "Beliau mempunyai minat yang sama dengan kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan melabur serta membina pasukan beliau. Beliau merupakan penambahan yang mantap kepada pasukan kepimpinan kami dengan tumpuan pada perancangan jangka panjang yang strategik untuk perniagaan antarabangsa."

Latar Belakang Hertz

The Hertz Corporation, subsidiari Hertz Global Holdings, Inc., mengendalikan jenama-jenama sewa kenderaan Hertz, Dollar dan Thrifty kira-kira di 10,200 lokasi milik syarikat, pemegang lesen dan pemegang francais di seluruh Amerika Utara, Eropah, Caribbean, Amerika Latin, Afrika, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand. The Hertz Corporation ialah salah sebuah syarikat sewa kenderaan yang terbesar di dunia manakala jenama Hertz ialah salah satu jenama paling diiktiraf di dunia. Inisiatif-inisiatif produk dan perkhidmatan seperti Ganjaran Hertz Gold Plus, Pilihan Terunggul, Carfirmations, Wi-Fi Mudah Alih dan kenderaan unik ditawarkan menerusi koleksi khususnya yang membezakan Hertz daripada persaingan. Selain itu, The Hertz Corporation memiliki syarikat peneraju pajakan kenderaan dan pengurusan kumpulan pengangkutan Donlen, mengendalikan jenama sewa kenderaan Firefly dan perniagaan perkongsian kereta Hertz 24/7 dalam pasaran-pasaran antarabangsa serta menjual kenderaan melalui Hertz Car Sales. Untuk maklumat lanjut tentang The Hertz Corporation, kunjungi: www.hertz.com.

Untuk maklumat media lanjut:

Perhubungan Media Hertz
mediarelations@hertz.com

DAYLIGHT Agency 
Zoe Guest 
Tel: +61-2-8235-7600 / +61-487-732-611 
Emel: zguest@daylightagency.com.au

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191126/2654129-1?lang=0

Source: Hertz Asia Pacific Pte Ltd
Keywords: Auto Transportation Travel Personnel announcements