omniture

Quantstamp Menang Anugerah Keselamatan Siber dalam Kes Penggunaan Rantaian Blok

Quantstamp
2019-11-28 06:07 82

SAN FRANCISCO, 28 November 2019 /PRNewswire/ -- Quantstamp, sebuah syarikat keselamatan rantaian blok yang disokong oleh Y Combinator, baru-baru ini telah memenangi tempat pertama dalam Anugerah Keselamatan Siber dalam Kes Penggunaan Rantaian Blok. Dianjurkan oleh Disruptor Daily, anugerah bertujuan untuk memprofilkan syarikat-syarikat yang membangunkan kes-kes penggunaan praktikal dalam industri keselamatan siber. Disruptor Daily menyediakan kajian dan pandangan mendalam pasaran yang eksklusif daripada pemimpin pemikiran terkemuka di barisana hadapan sektor mereka ini.


"Kami melancarkan Anugerah Rantaian Blok dalam Kes Penggunaan Keselamatan Siber bagi mengiktiraf organisasi-organisasi yang memanfaatkan kuasa rantaian blok untuk mengubah industri keselamatan siber," jelas Emi Picco, Editor Urusan bagi Disruptor Daily. "Kami meminta komuniti kami untuk mencalonkan dan mengundi siapakah kes penggunaan kegemaran mereka dan kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Quantstamp telah dipilih sebagai pemenang!"

Penyertaan Quantstamp memprofilkan Rangkaian Keselamatan Quantstamp, sebuah rangkaian sumber-terbuka yang membolehkan pengguna untuk mengimbas kontrak pintar bagi mendedahkan sebarang kelemahan. "Dengan pesatnya perkembangan kontrak pintar, permintaan bagi audit telah melebihi bilangan juruaudit yang berkelayakan," ujar Richard Ma, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Quantstamp. "Rangkaian Keselamatan Quantstamp membolehkan pembangun menyepadukan semakan keselamatan sebagai sebahagian daripada aliran kerja mereka, dengan hasil keputusan disimpan terus dalam rantaian blok."

Quantstamp merupakan sebuah syarikat yang disokong Y Combinator yang membina piawaian dalam keselamatan siber rantaian blok. Dengan sebuah pasukan pakar keselamatan yang berdedikasi dalam melindungi sistem terpencar, Quantstamp mendayakan masa depan aplikasi rantai blok yang lebih selamat dan lebih andal menerusi pengauditan kontrak pintar dan Rangkaian Keselamatan Quantstamp. Dengan pejabat-pejabat di San Francisco, Toronto, dan Tokyo, Quantstamp komited dalam inovasi rantaian blok terbaik dalam kelasnya di dunia. Hingga kini, Quantstamp telah melindungi lebih sebilion dolar dalam bentuk nilai aset digital menerusi audit mereka dan telah banyak membantu pelbagai perusahaan untuk menginovasi dengan selamat. Ketahui lebih lanjut tentang hasil kerja Quantstamp dengan membaca Wawancara Disruptor Daily dengan Ketua Pegawai Eksekutif Quantstamp, Richard Ma.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1035706/Quantstamp_Blockchain_Use_Case_Awards.jpg

Source: Quantstamp
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Awards Blockchain Canadian Federal Government